Ali dan Alicia sampai di akademi. Beberapa pelajar akademi ada di situ.
Mereka berdua bergerak ke bilik mentor. Ada lagi dua orang mentor yang tidak asing bagi mereka iaitu Ejen Bakar dan Ejen Karya. "Hah sampai pun. Karya kumpulkan semua budak" kata Bakar.
Karya pun pergi panggil pelajar-pelajar Akademi. Seketika kemudian, Karya dan 12 lagi pelajar Akademi sampai.
"baik lah. Semua dah ada. Jadi hari ni cuma latihan. Latihan ni akan menguji kepantasan dan juga kecekapan kamu semua" kata Bakar.
"Tapi sebelum tu. Semua berkumpul sesama teras dan jumpa Mentor masing-masing untuk ujian ringkas. Kamu boleh bergerak sekarang.
Semua mentor mengambil tempat. Setiap mentor handle tiga orang pelajar dari teras mereka sendiri.
Ali cuba jadi friendly. "Ok hari ni saya mentor gantian je. Jadi boleh sebutkan nama dan gadjet apa yang kau orang pakai?"
Seorang pelajar perempuan tampil ke hadapan.
"Nama saya Coco. Gadjet saya guna drone."
"Saya pula Syaz. Saya guna lasergun.
"Saya Irfan. Saya guna boomerang"
Ali pun memulakan sesi training ringkas dan ajarkan cara untuk guna gadjet mereka dengan lebih efektif.
Masa ujian, semua pelajar menunjukkan skill masing-masing. Tapi sampai Irfan, dia gagal untuk bersaing dengan yang lain. Dia dapat tempat last.
Semua pelajar ketawakan dia.
Tapi, Ali bertindak mendekati Irfan. Irfan hanya menundukkan muka. "Hoi apa gelak-gelak hah?! Sumbat yoyo ni dalam mulut baru tahu" Ali marah budak lain.
Semua terus terdiam.
"Irfan, gagal sekarang bukan gagal selama-lamanya. Situasi Irfan sekarang sama dengan situasi saya dulu. Saya lagi teruk. Lebih 5 minit saya cuba untuk selesaikan ujian macam ni." Cerita Ali. Memorinya kembali ke 7 tahun yang lalu.
Ya, bila masa dia hanya seorang Ali yang dipandang rendah oleh pelajar akademi yang lain. "Jadi Irfan kena cuba lagi dan buat yang terbaik" Ali memberikan kata-kata semangat.
Irfan perlahan-lahan mengangkat muka sebelum tersenyum.
Ali kembali berdiri. Dia merenung tajam ke satu-satu pelajar yang gelakkan Irfan tadi. Semuanya diam sambil mata memandang Ali takut-takut.
"Hei ni memang nak kena dengan override mode ni," Ali masih belum habis marah lagi. "Kenapa gelakkan dia? Fikir dah bagus sangat ke? Beza masa bukannya jauh mana pun." sambung Ali.
"Ejen Karya, boleh ulang ujian ni. Tapi tahap maksima." Tanya Ali.
"Haah Ejen Karya. Budak-budak ni memang nak kena denda" Tambah Alicia. "Panggil sekali pelajar senior, biar kena gelak puas-puas"
"Ish kau orang berdua ni. Tak baik lah" Kata Karya.
"Entahnya, lepas balik honeymoon, otak dua-dua terus jadi sewel" sokong Ejen Bakar.
"Alaa.. Uncle kalau tak pun buat tahap senior. Saya nak tengok diorang boleh lepas tak." pujuk Ali
"Haah. Kalau tak panggil pelajar senior pun tak apa. Kitorang yang gelakkan" tambah Alicia. Karya dan Bakar diam sebelum memberikan kata putus.
"Bila fikir balik memang kena denda" kata Karya.
"Hmm.. Betul jugak tu. Boleh. Tapi setakat tahap senior je" sambung Bakar.
"Yeay!" sorak Ali dan Alicia.
"Hah kau orang semua.. Bersedia untuk kena gelak dengan kitorang berdua.
Ujian kedua bermula. Kesemua tidak melepasi ujian tersebut.
Ali dan Alicia gelak sakan tengok pelajar akademi tersebut. "Irfan tak nak join kitorang gelakkan diorang ke?" Ajak Ali. (bila Ali mengajak melakukan kejahatan..)
"Tak pelah Ejen Ali. Saya tak sampai hati nak gelakkan diorang. Tak baik" jawab Irfan.
"Haah. Ali, Alicia apalah nak jadi. Macam kanak-kanak riang dah uncle tengok" tambah Bakar.
"yelah uncle kena bagi pengajaran. Uncle nak ke Irfan kena macam saya kena dulu?" tanya Ali.
"Ish dahlah korang balik je dulu"
"hah yelah. Tapi sebelum tu, yang tak gelakkan dia tadi... Syabas saya ucapkan. Korang bertiga memamg kawan yang baik. Yang gelakkan Irfan tu, jangan kejam sangat. Seorang ejen yang bagus kena saling perbetulkan kesalahan antara satu sama lain"
"Betul tu. Jangan jadi pembuli. Jangan patahkan semangat orang lain yang cuba nak improve diri sendiri. " sambung Alicia. Ali memegang tangannya erat sambil teesenyum kearahnya.
Habis ceramah, mereka berdua terus pulang.
...
"Garangnya kau tadi" komen Alicia.
"Eh mesti bekas pengawas ni." jawab Ali
"Tapi kau tak rasa diorang akan buli lagi budak tu?"
"Alah, nanti aku stalk lah. Kalau tak selesai jugak. Tahu lah apa aku nak buat nanti"
"Yelah tu Ali sayang"
"Apa kau panggil tadi? Sayang?"
"eh tak de lah"
"sayang aku eh?"
"eh haruslah" kata Alicia sebelum memeluk Ali.
...
Halo readers!
So this chap author reveal kan sisi nakal Ali dan Alicia pulak. Tapi dengan reason sebagai neutraliser.😁
Ok tak? Author rasa chap ni merepek sebab Ali dan Alicia suruh orang lain stop bullying, tapi diorang pun membuli.
Sori author tiada idea.😅
Anyway, stay tune and high for my next chap dan abaikan typo
YOU ARE READING
Ejen Ali (Ali x Alicia)
Teen FictionI can't promise you that this story is good so read at your own risk Yours truly, W.seraphim