Ali dan Alicia pergi ke akademi untuk berjumpa dengan ejen lain.
"Dengan ini diumumkan bahawa Alicia akan masuk kerja semula dalam masa 3 bulan!" Ali membuat pengumuman.
"Habis tu, Airis nak duduk kat mana kalau kau orang berdua tak ada?" tanya Roza.
"Lek lah. Granpa's kan ada. Betul tak sayang?" jawab ali seraya menyiku lengan Alicia di sebelahnya. "Apa lah awak ni. Menyusahkan ayah dengan papa je"
"Alah ayah dah tak kerja kan?" tambah Ali.
"Alah apa susah, hantar je lah pergi nursery dengan Irfan. Betul tak awak?" cadang Chris sambil memandang ke arah Iman. "Haah. Boleh dia berkawan dengan Irfan"
"Okey je"
Diorang berbual sambil memandang kearah pelajar akademi yang sedang berlatih di arena dari viewing area.
Tiba-tiba Airis yang sedang didukung Ali merengek. "Eh, kenapa ni?" Ali tanya polos. "Ish awak ni. Dia nak makan lah tu" jawab Alicia sebelum mengambil Airis dari pegangan Ali.
"Apalah papa awak tu kan? Airis merengek pun tak faham-faham lagi Airis nak apa. Jomlah pergi dengan mama" bebel Alicia.
"Eleh. Poyo" ucap Ali.
"Eh, poyo saya pun faham cakap dia. Awak tu?"
"Hmm yelah tu."
...
Alicia tengah ada di rumah. Ali tengah bekerja. Balik lah tu kejap lagi.
Alicia pergi ke dapur. Nak minum teh. Tengah minum tu, tiba-tiba air the terkena tangannya. Serta-merta cawan terlepas dari pegangannya. Cawan tu pecah berderai.
Dia tiba-tiba rasa tak sedap hati dan teringatkan Ali. Selalunya waktu-waktu macam ni Ali tengah memandu pulang ke rumah.
Dia berdoa untuk keselamtan Ali. Mohon lah taka da apa-apa terjadi.
...
Telefon rumah berdering. Alicia mengangkat telefon tersebut.
"Helo?"
"Selamat petang. Ini Puan Alicia ke? Isteri kepada Encik Ali?"
"Ya saya."
"Begini puan. Saya dari jabatan polis. Saya nak maklumkan kepada puan yang suami puan sekarang berada di hospital kerana terlibat dalam kemalangan sebentar tadi."
"Apa?!"
Alicia terus terduduk di situ. Air mata terus mengalir di pipi. Dengan kekuatan yang masih ada, dia berkata kepada polis tersebut.
"Baik. Terima kasih tuan."
Panggilan dimatikan. Dia tak tahu nak call siapa sekarang. Dia hanya ingat Ali je sekarang ni. Apa dia nak buat? Macam mana dia nak memandu kalau tak ada kereta? Kebetulan pula kereta dia sedang berada di bengkel.
Dia teringatkan kawan baiknya, Mia. Ya, dia perlukan Mia sekarang ni. Dia nak call papanya. Tapi dia tahu papa dia tengah sibuk waktu macam ni.
Dia terus mendail nombor Mia. Dia menceritakan segalanya.
"Ok Alicia. Kau tunggu kat rumah dengan Airis. Lagi 10 minit aku dengan Viktor sampai rumah kau. Kita pergi hospital sama-sama."
"Thank you so much Mia"
"No prob."
Panggilan di matikan. Dia tak henti-henti berdoa untuk Ali untuk keselamatan dia. Dai banyak dosa dengan Ali. Dia takut dia tak sempat nak minta maaf pada Ali.
...
Alicia menghampiri katil Ali. "Awak, jangan tinggalkan saya dengan Airis. Awak baru janji hari tu kan? Bangunlah Ali.."
Mia mengusap lembut bahu Alicia. Alicia memandang ke arah Mia. "Mia, kenapa dia tak nak bangun?" Alicia memeluk Mia. Semua ni terasa terlalu cepat untuk berlaku. Baru sahaja dia nak berbaik semula dengan Ali. Tapi ada dugaan lain datang.
Viktor memasuki wad tersebut. "Doktor cakap dia kemungkinan akan koma. Diorang masih tak tahu bila Ali akan bangun semula. Dia mengalami hentakan yang kuat masa accident tu." Terang Viktor.
Sejujurnya dia sendiri tak tahu macam mana Ali boleh accident. Ali memang fokus kalau bawa kereta. bawa pun tak pernah laju yang melampau. Setakat ni dia rasa ali tak ada kena saman pun kalau bab deka tatas jalan ni.
General Rama dan Dr.G masuk dalam wad secara serentak. Alicia meluru ke arah General. Kemudian Khai, Moon, Iman dan Chris masuk.
"Kami singgah kat balai polis sekejap. Tanya pasal accident tu." Khai buka cerita.
"Macam mana accident tu happen?" tanya Dr.G.
"Polis tu cakap, Ali terlanggar satu pokok yang ada kat selekoh. Ali tak sempat nak perlahankan kereta dia." Cerita Chris.
"How so?" Tanya Viktor.
"polis tu cakap, brek kat kereta Ali tak berfungsi. Sebab tu dia tak boleh kawal kereta masa nak membelok." Kata Khai.
Alicia yang dari tadi diam membatu terus berdiri. "Tak mungkin! Kereta dia baru hantar pergi bengkel untuk selenggara. Tak mungkin cepat sangat rosak! Ada orang yang sabotaj dia!"
Alicia tak mampu nak kawal perasaan dia. "Sabar Alicia. Kita takt ahu lagi kan dia kena sabotaj atau tak. Mana tahu brek tu memang rosak?" Mia cuba memujuk.
Alicia tak dapat nak terima semua benda ni. Kenapa semua dugaan ni jadi kat dia? Selepas satu, satu masalah lagi datang. Macam mana kalau ali tak kan bangun sampai bila-bila?
Kepala dia terasa berat. Alicia terus pengsan di situ.
...
Hai readers sekalian!!!
So, this is another conflict. Terasa macam drama betul. Author rasa macam dah jadi penulis novel pun ada (berangan je lebih -_-)
So, hope korang suka walaupun dah masuk part conflict- conflict ni. So ni memang part yang agak stressed out. Author pun naik stress
Tu je lah. Malas nak tulis panjang2 . bye!!
Abai typo tau. Sebab kali ni author type pakai pc author. Selalunya, author update guna phone or tab. (author selalu typo kalau guna pc )

YOU ARE READING
Ejen Ali (Ali x Alicia)
Novela JuvenilI can't promise you that this story is good so read at your own risk Yours truly, W.seraphim