Chapter 20

3K 82 11
                                    

   Sepanjang Alicia mengandung ni, Ali memang jaga Alicia betul-betul. Alicia nak pergi mana-mana mesti ada Ali. Even kat kolej pun sama.

   Pendek kata, memang Alicia tak boleh nak pergi mana-mana tanpa Ali. selamat kolej lagi sebulan nak habis. Lepas tu Ali terus start gantikan tempat Dr. G.

   Alicia tak ada alahan teruk-teruk. Dia cuma tergila-gila kan...

"Ali... Alicia nak kek red velvet, boleh?"

Masuk kali ni, dah 3 kali Alicia minta kek red velvet dalam 2 minggu ni. Semuanya terjadi lepas Alicia tengok drama Red Velvet.

   Selamat lah ada kedai kek yang berdekatan. Sampai satu hari...

Ali dapat pesanan daripada Alicia. Kek red velvet lagi. 

   Ali baru balik dari pejabat Dr.G terus pergi kedai kek tu. Sampai-sampai je..

Tutup.

   Notis kat depan kata sebulan tak buka untuk renovate. 

Ah Sudah!

   Apa nak cakap kat Alicia? Dia dah lah tak reti nak bake kek yang satu itu. Kenapa lah Alicia mengidam kek tu? kalau mengidam kek coklat ke.. dia reti lah nak buat.

   Sudahnya, dia balik je rumah tanpa kek red velvet tu.

"Kek red velvet?"

itulah soalan pertama yang ditanya Alicia sebaik sahaja Ali muncul di ruang tamu.

   "Sorry sayang. Tapi kedai kek tu tutup sebulan nak renovate" jawab Ali.

"Alaaa.. tapi Alicia nak kek red velvet"

"Nak buat macam mana? Kedai tutup,"

"Alaaa... Kedai lain tak ada ke?"

"Ali pun tak tahu. Tapi Ali janji nanti Ali carikan"

   Ali dah bersedia untuk hadapi 'The Sulking Alicia'. Tapi... 

"Ermmm tak apa lah. Kesian Ali nak kena cari kan kek red velvet tu"

   Eh? Tak merajuk? Tapi selalu kalau dia baca novel yang si isteri tu merajuk. Unik betul sayang dia yang seorang ni.

"Eh? Kenapa kesian pulak ni? Macam susah sangat je nak cari kedai kek lain"

"Alicia tak nak susahkan Ali. Dah sibuk dengan kolej, kerjanya lagi, kerja ejen.. lepastu tambah lagi dengan pesanan Alicia yang membebankan dan menyusahkan ni"

   Alicia start menangis.  Ali makin tak keruan. Eishh.. hormon orang mengandung ni memang pelik-pelik agaknya.

"Sayang.. dah lah tu. Kenapa nak nangis pulak ni?"

"Sebab Alicia selalu susahkan Ali. Tapi Alicia tak pernah kisah"

"Eishh dah lah tu. Jangan nangis lagi.  Ali tak kisah pun"

   Ali memeluk Alicia. Sejak mengandung ni, Alicia jadi terlebih penyayang pulak. Kadang-kadang tu ada lah marah dan merajuk. Tapi tak teruk mana.

"Dah. Stop nangis. Jom tidur. Nanti tak cukup tidur pulak. Tak elok untuk baby"

   Ali mendukung Alicia naik ke atas. Dia memandang ke arah Alicia

"Aik? Dah tertidur?"

   Alicia dah tertidur. Memang biasa begitu. Alicia mesti terus tertidur lepas dah habis menangis. Memang cara untuk tenangkan diri balik kut.

...

   Hari tu Ali tak pergi kolej. Dia pergi rumah Viktor dengan Mia. (oh. Jangan salah faham. Diorang berdua dah kahwin. Tinggal author tak ceritakan je)

Ejen Ali (Ali x Alicia)Where stories live. Discover now