"Aku terima nikahnya Putri Elyna Qaisara Binti Haji Ismail dengan mas kahwinnya lima ratus lima puluh lima ringgit tunai"
"Sah? "
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah"
Pada pagi yang indah, pada cuti sekolah ini, satu pasangan telah diijabkabulkan.. Dengan hanya sekali lafaz, Elyna selamat menjadi isteri kepada Zafreel.. Zafreel bangun dan pergi ke arah Elyna, dengan perasaan yang berdebar, Elyna menghulurkan tangannya dan Zafreel menyarung kan cincin.. Kemudian Elyna menyalam tangan Zafreel.. Lama.. Dan dia lepaskan..
Elyna dengar ada segelintir tetamu yang menjerit menyuruh Zafreel meyium dahinya..
"Maaf, mereka masih bawah umur! " Aliff tiba2 menjerit dan mengundang tawa tetamu yang hadir..
Ya..Aliff, Dayana dan Rayyan tahu akan hal ini..
"Kahwin dah kawan aku ni.." Dayana berkata sambil memeluk tubuh kecil Elyna erat..
"Alhamdulillah" jawab Elyna pendek.. Sejujurnya dia takut..
Setelah selesai majlis perkahwinan mereka.. Mereka bergerak ke hotel yang ditempah khas untuk mereka.. Di dalam kereta suasana sunyi sangat2...
Elyna yang tak suka dengan suasana yang sunyi mulakan perbualan..
"Erm awak,saya bukak radio eh? " Elyna tanya dengan perlahan.. Takut Zafreel tiba2 melenting..
"Hmm" Zafreel hanya menggumam..
Elyna pun bukak radio..
I'm in love with the shape of you
We push and pull like a magnet tooElyna tukar siaran, ada ke patut bukak lagu tu..
Despacito
Quiero respirar tu cuello
DespacitoElyna terus tutup radio.. Apesal lah DJ radio pergi bukak lagu2 macam tu? Buat malu je..
"Pehal kau tutup pulak radio tu? Tadi bukan kau nak sangat ke dengar lagu? " tanya Zafeel ingin menyakat Elyna..
"Mana ada saya tutup.. Saya 'TER' tutup.. " jawab Elyna sempat menekan kan perkataan ter..
"Dah tu, bukak lah balik.. " kata Zafreel.. Seronok dia tengok Elyna yang dah tak keruan tu.. Serba salah aje nak tekan butang 'on'..
Ige mwoya dugeungeorinuem gamjeongi neukkyeojyeo
(What is this i can feel my heart pounding)What!
Wanna be my baby, wanna be my baby
"Yes i want" jawab Elyna perlahan tapi masih dapat didengari oleh Zafreel.. Dalam hatinya dah bersorak riang.. Nasib baik lah lagu Wanna One keluar.. Macam tau2 je.. Wanna One gumawo!
"Tak payah nak jadi baby diaorang.. Diaorang bukan nak dekat kau pun.. " jawab Zafreel sinis atau cemburu?
"Eleh, biarlah.. Awak kisah apa? Diaorang sayang tau dekat fans diaorang.. " Elyna menjawab.. Mulut tu pandai sangat menjawab.. Ada je jawapan nya..
"Tapi bukan dekat kau.. Diaorang sayang dekat fans korea diaorang.. " Zafreel menjawab jugak.. Haih, Zafreel pun pandai menjawab jugak.. Memang tak reti nak mengalah langsung!
"Awak ni tak gentleman la.. " kata Elyna..
"Apahal pulak? " tanya Zafreel.. Pelik kerana Elyna tiba2 cakap dia tak gentleman..
"Yelah, bila kita gaduh mesti saya yang mengalah.. Tak gentleman la namanya tu.. Takkan selama kita gaduh ni, awak tak pernah rasa bersalah bila saya terpaksa mengalah.. " kata Elyna dan suaranya tiba2 jadi perlahan.
"Tak.. Aku tak kan pernah rasa bersalah dengan orang macam kau.. " kata Zafreel tanpa rasa bersalah.. Dia tak fikir pun yang Elyna akan rasa tergores dengan kata2 nya..
Elyna hanya diam.. Terasa dia dengan apa yang Zafreel cakap sebentar tadi.. Zafreel yang perasan Elyna tiba2 diam pun tegur..
"Pahal diam? Terasa? " Zafreel tanya dengan muka selamba nya..
"Mana ada terasa.. Tak ada apa nak cakap, diam je lah.. " kata Elyna.. Dia kena kuat.. Dia tak boleh tunjuk lembik depan Zafreel.. Jatuh maruah dia..
"Weyh, kau nak tau something tak? " tanya Zafreel tiba2..
"Apa? " jawab Elyna lebih kepada berminat.. Dengan muka yang innocent nya, dia pandang Zafreel..
"Aku kan.. " Zafreel saja nak buat Elyna suspen..
"Awak? " tanya Elyna..
"Aku kan.." Zafreel main2 lagi..
"Awak apa?!" suara Elyna meninggi sedikit. Bengang dengan Zafreel..
"Aku kan suka sangat dekat Raina. Sayang sangat" Zafreel tiba2 jadi jejaka jiwang..
"Lepastu? " tanya Elyna.. Hilang terus minat dia bila Zafreel cakap pasal Raina..
"Kalau dia tak de,aku tak tau lah apa yang akan jadi dekat aku.." kata Zafreel..
"Maksud awak? " tanya Elyna.. Layan kan je lah si Zafreel ni..
"Aku.. Aku tak boleh hidup tanpa dia.. Kau faham kan maksud aku? Aku langsung tak boleh nak lupakan dia.. Dia dah ambik separuh dari jiwa aku.. Kalau aku atau dia tinggalkan sesama sendiri, kitaorang akan rasa macam tak boleh hidup.. Macam jiwa kitaorang akan mati.. Jadi, aku harap kau faham, kalau aku lebih kan dia dan bukanya kau.. Aku juga harap yang kau akan terima kalau suatu hari nanti aku akan tinggalkan kau atau ceraikan kau untuk Raina.. Sumpah aku cakap, demi Raina, aku sanggup buat apa je.. Janji dia boleh jadi yang halal untuk aku.." kata Zafreel panjang lebar macam bagi ceramah je.. Zafreel kembali fokus memandu apabila Elyna tidak membalas..
Tanpa Zafreel sedar, air mata Elyna mengalir di pipi putihnya.. Dia memang terkilan dengan kata2 Zafreel tadi.. Baru sehari mereka diijabkabulkan,jangan kata sehari, belum sepuluh jam lagi perkahwinan mereka tapi Zafreel dah bicara tentang soal cerai.. Zafreel sungguh kejam.. Teruk sangatkah dirinya? Sampaikan Zafreel langsung tak boleh nak lupakan Raina.. Dan belajar untuk terima dia seadanya..
+++
Happy new year guys! 🎉🎊
Sorry sangat2 sorry sebab author dah lama tak update sebab masa cuti author feeling2 cuti gitu.. Mood nak menaip memang down.. And ya,, author 15 this year.. Dan bakal menghadapi pt3.. Maybe author jarang update masa nak dkt pt3 tu.. Who know kan.. Mana tau my father pegang phone ke apa ke.. Kita tak tau.. Dah tu je lah.. Enjoy your reading! 📖
YOU ARE READING
E L Y N A [✓]
RomanceKahwin paksa? Oh come on lah! Diaorang baru je nak ambik spm kot. Tapi bila keluarga dah suruh, sampai merayu, takkan nak tolak kan. Terpaksa lah diaorang terima. Tapi boleh ke si Tengku Zafreel Haiqal tu pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? P...