2 minggu kemudian,
"What?! Mama dengan papa ni.. Pandai kan buat lawak.. Ha. Ha. Ha." Zafreel tiba2 jerit.. Lepastu gelak.. Gila ke apa?
"Mama dengan papa tak buat lawak Zaf.. " kata Datin Rokiah..
"Am I dreaming? " kata Zafreel sambil cubit pipi nya..
"Tak Zaf, this is real.. " kata Dato' Zakaria pula..
"But I'm still young.. Spm pun tak lepas lagi.. Tak kan tiba2 kena kahwin.. This is nonsense.. Orang pun akan gelak lah ma, pa.. Awal sangat.. Nanti orang ingat Zaf ni menggatal nak kahwin awal.. And how? Macam mana Zaf nak tanggung my future wife? " tanya Zafreel tidak puas hati.. Ada ke suruh dia kahwin.. Umur dia baru 17 tahun kot.. Kahwin? Nonsense.. Dia dah la tak bersedia lagi nak pegang tanggungjawab yang satu tu.. Tanggungjawab dia sebagai anak pun tak terlaksana lagi.. Ni kan pulak tanggungjawab sebagai seorang suami..
"Zaf.. Kita tak buat besar2 pun majlis ni.. Kita buat biasa2 je.. Hm? Lagipun inikan permintaan tok nek jugak.. Dia nak tengok cucu dari keluarga kita kahwin.. Zaf jangan risau.. Mama dengan papa akan tanggung Zaf dengan your future wife sampai lah Zaf kerja dekat syarikat papa.. Ok?" kata Datin Rokiah memberi penjelasan.. Dia pun terkejut juga dengan permintaan mak mentua nya tu.. Kalau diikutkan dia nak membantah.. Tapi nanti apa kata orang pulak.. Dia pun kesian kan Zafreel sebab jadi mangsa.. Zafreel masih belum cukup matang.. Dia masih perlu belajar.. Berkahwin pada umur 17? Zafreel pecahkan rekod antara saudara-mara nya..
"Ok fine.. Zaf setuju.. But siapa my future wife? Mama dengan papa dah ada calon? Atau mama dengan papa nak Zaf cari sendiri? Kalau nak Zaf cari sendiri.. Zaf dah ada.. " kata Zafreel.. Malas mahu membantah lagi.. Nanti tak pasal2 dapat dosa free..
"Mama dengan papa dah ada calon.. Jadi, boleh tak Zaf lupakan Raina? " Datin Rokiah tanya dengan perlahan.. Takut anaknya tu melenting pulak suruh lupakan kekasih hati..
Zafreel pejamkan mata sekejap lalu mengeluh..
"Ok"
+++
"Kahwin? Siapa nak kahwin ni ummi? " Elyna tanya.. Saje buat2 bodoh..
"Ummi cakap kamu kan Elyna.. " kata ummi Elyna.. Geram dengan sikap anak perempuan nya yang suka main2..
"Elyna ok je ummi, babah.. Orang cakap pilihan mak ayah ni betul.. Terpulang lah.. " kata Elyna semlamba.. Walhal dalam hati nak je dia melenting..
"Betul ni? Kalau macam tu nanti kamu jumpa dengan bakal suami kamu hari sabtu ni ya? " kata ummi..
"Baik" kata Elyna pendek dan sambung tengok dramanya yang tergendala sebab berita mengejut ummi dan babah..
Ummi dan babah tersenyum..
"Alhamdulillah.. " kata mereka serentak.. Kahwin jugak anak diaorang.. Nak harapakan abang nya, berjanggut lah mereka.. Asal cakap pasal kahwin, mesti tukar topik lain.. Nak harapkan kak ngah.. Memang dia tak kan dengar terus.. Hanya Elyna lah harapan mereka.. Anak yang tak suka membantah..
+++
{Sabtu}
Elyna memakai seluar palazo dengan baju muslimah kembang.. Katanya malas nak pakai baju kurung, sebab dekat mall kan, nanti dia boleh terus pergi shopping. Setelah selesai, Elyna turun ke bawah..
"Kau pakai macam tu je ke dik? " tanya kak ngah apabila dia nampak Elyna mencapai kunci kereta..
"Macam ni je la, kau nak aku pakai macam mana lagi? " kata Elyna dengan selamba..
YOU ARE READING
E L Y N A [✓]
RomanceKahwin paksa? Oh come on lah! Diaorang baru je nak ambik spm kot. Tapi bila keluarga dah suruh, sampai merayu, takkan nak tolak kan. Terpaksa lah diaorang terima. Tapi boleh ke si Tengku Zafreel Haiqal tu pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? P...