Bab 27

3K 193 15
                                    

Zafreel tidak mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik, jadi Elyna tidak perasan dengan kehadiran Zafreel. Jelas kedengaran suara tangisan Elyna walaupun Elyna membelakangi Zafreel. Zafreel jalan mendekati Elyna. Setapak demi setapak, tapi Elyna masih tak sedar. Bila dah sampai depan Elyna, Zafreel duduk bercangkung di depan muka Elyna yang sedang menangis. Elyna tak perasan kerana dia memejamkan mata.

"Hey, are you crying?" Zafreel cuba slow talk dengan Elyna. Elyna yang terkejut dengan suara garau Zafreel terus membuka matanya. Hidung merah, pipi merah, mata merah. Nangis teruk tu.

"Bila awak masuk?" Elyna dengan tersedu-sedunya menanya Zafreel.

"Baru je lagi. Kenapa menangis? Terasa dengan aku ke?" Zafreel yang dah memang tahu kesalahannya masih tanya.

"Ma-mana ada. Ada habuk masuk mata lah."

"Tipu. Alasan tu dah lapuk lah." Zafreel duduk bersila di hadapan Elyna. Elyna masih lagi terbaring.

"Habistu, alasan apa yang tak lapuk lagi?" Elyna dengan muka polosnya menanya.

"Cakap lah jari tercucuk mata ke apa ke." Zafreel cuba buat lawak bodoh tetapi tak jadi sebab Elyna tak gelak pun. Diam je. Yang gelaknya Zafreel.

"Okay stop. Look, I'm sorry okay. Aku tak de niat pun nak buat kau terasa. Benda ni jadi secara spontan. Lagipun aku penat, so aku like tak de mood sikit. Pasal dalam kereta pulak, aku minta maaf, again okay. Tu pun aku tak de niat. Tapi kau tau lah bila aku marah kan. Semua orang kena tempias. Sorry." Zafreel berkata sambil memegang tangan kecil Elyna dan mencium tangan tersebut.

"Tak." Hanya itu yang keluar dari mulut Elyna. Kening Zafreel terbaik sebelah.

"Apa yang tak?"

"Saya tak marahkan awak pun. Apatah lagi kecewa dengan awak. Yelah, saya sedar yang saya ni isteri atas kertas je. Lepas spm mesti awak nak ceraikan saya kan? Dan pilih Raina as your partner right? Saya tak kisah pun. Sebab, jodoh tu di tangan Allah." Pegangan tangan mereka terurai apabila Elyna melepaskan tangan mereka.

"Jangan tidur lambat tau esok sekolah." Dan selepas berkata begitu, Elyna menarik selimut sehingga paras bahunya. Dan memejamkan mata.

Zafreel bangun dari duduknya dan masuk ke dalam bilik air. Terasa sebenarnya dengan apa yang Elyna katakan tadi.

Apabila pintu tandas tertutup. Elyna terus membuka matanya.

"Saya sayang awak. Saya tak nak bercerai." Elyna berkata perlahan dan memejamkan matanya kembali.

+++

Setelah selesai menunaikan solat Subuh, Elyna terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Tak sabar dia nak jumpa Rayyan. Dia nak tuntut potato chips yang Rayyan janji nak belikan. Bila dia keluar dari bilik air, dia nampak Zafreel di hadapan cermin tengah pakai jam. Handsome macam selalu. Dengan baju pengawasnya.

"Aku tunggu dekat bawah, kita breakfast sama-sama. Cepat sikit." Zafreel terus keluar untuk membenarkan Elyna menyalin baju tidurnya kepada baju sekolah.

Setelah menyembur perfume, Elyna membuka pintu untuk keluar, sempat tudungnya dibetulkan. Typical perempuan. Takkan nak selekeh pergi sekolah, so lelaki please faham apa yang kami lalui. Jangan nak judge kitaorang je kerja korang. Korang pun need cermin jugak kan. So just shut up bila nampak perempuan betulkan tudung kalau tak nak kena penumbuk.

Elyna pun turun ke bawah dan pergi ke dapur. Dia mengambil tempat di hadapan Zafreel. Roti yang sudah dibakar Elyna ambil dan menyapu nuttela di atas roti tersebut. Roti itu dimasukkan ke dalam mulutnya dan mulalah proses mengunyah, menelan dan selebihnya. Zafreel memandang Elyna sebelum memulakan bicara.

"Pasal semalam, aku nak minta maaf." Zafreel berkata,matanya tepat menikam mata Elyna.

"Tak de apa-apa lah. Aku tak kisah pun."

"Where's your 'saya' word?"

"Ops sorry, saya."

"Sure eh tak marah?" Zafreel bertanya sekali lagi.

"Ya."

"Good. Sayang kau muah." Zafreel bangun dari duduk dan sempat mencium tepi bibir Elyna yang comot akibat nuttela tersebut. Zafreel mengambil bagnya yang terletak di atas sofa.

"Pergi sekolah dulu!" Jerit Zafreel sambil menutup pintu rumah. Manakala Elyna masih tergamam.

"Di-dia kiss aku?! Argh!" Elyna menjerit sambil menekup pipinya yang merah itu. Mulut tersengih-sengih. Suka la tu.

Dia mengerling jam yang terdapat di dinding.

"Oh guy! Aku dah lambat!" Cepat-cepat Elyna mengemas meja dan berlari mendapatkan bagnya yang turut berada di atas sofa dan terus keluar rumah. Dia tidak lupa untuk mengunci pintu rumah. Dia mengambil kasutnya di atas rak, baru je dia nak sarungkan dekat kaki, atas sticky note atas kasut dia.

Tersenyum Elyna membaca sticy note tersebut.

"Such a sweet talker!" Elyna berkata perlahan dan menampalkan sticky note itu di dalam note booknya lalu memakai kasut.

'Sorry my sayang! Have a nice day! Jangan nakal-nakal dekat sekolah. Aku always perhatikan kau. Muah'

-YourHubby-

+++

"Sampai pun kau! Aku ingatkan tak datang tadi." Dayana yang nampak kelibat sahabat baiknya itu terus menegur.

"Mana boleh aku tak datang. Pak cik singa tu mengamuk nanti dekat siapa dia nak lepaskan kemarahan. Dekat kau? Aku rasa kau pun nangis dengar mulut laser dia tu bagi mukadimah." Elyna tanpa segan silunya mengutuk suami sendiri.

"Ehem! Lupa ke aku always perhatikan kau?" Zafreel yang dari tadi berdiri di belakang Elyna terus menegur. Suka hati je kutuk orang.

"Eh? Hai Mr hubby. Sorry kutuk." Elyna tersengih-sengih.

"Jom bertugas."

"Ayy ayy sir!"

"Fikir comel lah ha budak kecik. Dah jom." Sempat Zafreel mengusap kepala Elyna. Nasib baik hanya mereka bertiga sahaja di dalam kelas.

Elyna mengikut langkah Zafreel keluar dari kelas.

"Sayang awak. Muah." Elyna berkata perlahan di belakang Zafreel dan terus mendahului Zafreel.

Zafreel tersenyum.

E L Y N A [✓]Where stories live. Discover now