Andrea berbaring mengiring menghadap Jeonghan sambil menongkat dagu. Wajah suaminya dipandang dari mata turun ke hidung dan akhir sekali bibir. Semuanya nampak sempurna. Lelaki itu mempunyai mata yang cantik, hidung yang sempurna dan bibir yang merah dan lembut.
Andrea tersengih sendiri. Dia masih ingat lagi ciuman pertamanya sewaktu hari perkahwinan mereka. Dengan keadaan dia malu- malu dan orang ramai menumpukan sepenuh perhatian kearah mereka membuatkan dia rasa gemuruh. Semua itu adalah satu kenangan yang indah.
Dia bahagia bila Jeonghan adalah jodohnya. Dan dia tidak pernah menyangka lelaki sebaik Jeonghan yang pernah menolongnya dahulu kini menjadi suaminya.
"Jauh termenung." Andrea tersedar apabila hidungnya dicuit.
Malu Andrea dibuatnya. Mesti Jeonghan perasan yang dia berangan. Terus mukanya disembamkan ke bantal.
Jeonghan ketawa dengan matanya yang masih kuyu. Masih lagi mengantuk gara- gara tidur pukul 4 pagi.
"Comel bila kau malu macam ni." Puji Jeonghan.
Andrea mengangkat mukanya.
"Eee dah lah bangun."
Baru sahaja Andrea hendak bangun, Jeonghan menahannya.
"Kejaplah. Aku nak tenung kau balik ni."
Andrea memutarkan bebola matanya.
"Saya tak buat breakfast lagi ni
awak..""Tak apa. Kita makan dekat luar je."
Andrea mengeluh. Dia membaringkan kepalanya semula diatas bantal. Badannya dingiringkan menghadap Jeonghan.
"Kau tenung apa je tadi?"
"Masa depan kita."
Jeonghan ketawa.
"Sweetnya wife aku. Nak cium sikit."
"Ee taknak awak tak gosok gigi."
"Kau pun belum gosok gigi kan." Jeonghan mendekatkan jarak mereka.
"Taknak lah awak." Terus Andrea menolak bahu Jeonghan.
"Tahu takut."
🍃
Jangan jeles😋😂😂
YOU ARE READING
[COMPLETED] FEARFUL WIFE 무서운 아내 (JEONGHAN SVT)
Short StoryHighest ranking - 13 in short story Perjumpaan yang tidak disengajakan. Dua hati bersatu tanpa rasa cinta. Mampukah mereka mengecapi bahagia? Andrea Kim seorang yang gelabah dan tidak mampu mengawal ketakutkannya. Muncul sang suami membuatkan hidupn...