PART 165🍃

885 36 15
                                    

2 minggu berlalu.

Andrea mencelikkan matanya apabila terkena pancaran matahari dari luar bilik.

"Morning sayang." Ucap Jeonghan yang baru sahaja menarik langsir. Dia terus menghampiri isterinya itu lalu dahi gadis itu dikucupnya sekilas. Tangannya masih erat mendukung anak keduanya.

"Morning." Balas Andrea.

"Hyemin mana?" Soal Andrea.

"Ada dengan Mirae nuna dekat bawah."

"Mirae unnie datang?"

Jeonghan mengangguk. Wajah Hyejin dipandangnya.

"Dah jom mandi. Aku dah sediakan air untuk kau." Andrea mengangguk. Diberi tangannya untuk menyurug Jeonghan menariknya bangun.

"Sejak jadi mak ni makin pemalas kan kau." Perlian Jeonghan mendapat sebuah cebikkan dari Andrea.

"Bukan malas lah. Bagilah saya rehat pula. Dulu saya bersusah payah bawa twin dalam perut."

Jeonghan tersengih.

Rambut isterinya yang sedia kusut makin dikusutkan lagi.

"Ish jangan lah." Andrea mengelak.

"Hyejin tengok appa ni kacau omma." Andrea mengadu pada Hyejin tetapi anaknya itu tidak memberi sebarang reaksi.

"Dia tak nak kisah pun."

Andrea mencebik.

"Dua- dua sama macam awak. Susah nak senyum. Lepastu suka sangat menempel dekat awak. Kesian saya alone." Andrea terus mencapai tualanya dan masuk kedalam bilik air.

"Omma merajuklah sayang." Pipi Hyejin diusapnya. Tersenyum kecil Hyejin dibuatnya.

🍃

[COMPLETED] FEARFUL WIFE 무서운 아내 (JEONGHAN SVT)Where stories live. Discover now