PART 157🍃

783 41 10
                                    

Andrea menoleh kepintu bilik yang dibuka dari luar. Jeonghan melangkah masuk kedalam. Lelaki itu baru sahaja balik dari rumah ibu bapanya.

"Omma appa sihat?"

"Sihat." Jawab Jeonghan. Telefon dan beg duitnya dikeluarkan lalu diletakkan diatas meja.

Bajunya dibuka dan dimasukkan kedalam bakul baju kotor.

"Macam mana okay tak?"

Andrea mengangguk.

Jeonghan terus naik diatas katil dan mengambil tempat disebelahnya.

"Tadi omma membebel cakap kenapa aku tak bawa kau. Sakit telinga aku ni dibuatnya."

Andrea tersenegih.

"Alahai siannya dia. Meh sini baring." Andrea menepuk pehanya menyuruh Jeonghan membaringkan kepalanya disitu.

Bila disuruh, Jeonghan terus membaringkan kepalanya diatas peha isterinya.

Perut isterinya yang berada tepat dihadapan matanya disentuh.

"Baby okay? Buat hal tak?"

"Tak pun. Cuma harini dia aktif sikit bila tengok dekat dapur appa dia dah siapkan spaghetti carbonara untuk omma dia."

Jeonghan tersengih. Sebelum dia pulang kerumah orang tuanya, dia membuatkan dahulu makanan untuk si isteri agar gadis itu tidak mencari- cari makanan.

"Habis tak?"

Andrea mengangguk.

"Dah habis dah." Jawab Andrea.

"Tak tinggalkan untuk aku langsung?"

"Dah awak tak cakap saya habiskan lah semua."

Jeonghan tersengih.

"Tak apalah makan je. Itu aku buat untuk kau semua."

"Makin nak jadi appa ni makin caring eh awak."

"Eh mestilah."

🍃

[COMPLETED] FEARFUL WIFE 무서운 아내 (JEONGHAN SVT)Where stories live. Discover now