PART 5🍃

1.1K 126 19
                                    

Andrea mencelikkan matanya. Dah pukul 10 pagi. Lamanya dia tersasar tidur. Dia terus masuk ke kamar mandi yang sudah sememangnya tersedia di dalam biliknya. Dia sendiri tidak terkata apabila melihat keluasan rumah lelaki itu. Sungguh besar.

Usai sahaja mandi dan bersiap, Andrea terus melangkah keluar dari biliknya dan turun ke ruang tamu. Dari atas dia sudah dapat melihat Jeonghan yang sedang membaca majalah.

"Hmm awak." Andrea menegur.

Jeonghan menggumam dengan matanya melirik memandang kearah Andrea.

"Saya nak keluar. Saya rasa nak cari kerja dekat sini."

Jeonghan menutup majalahnya.

"Tak payahlah. Aku boleh sara kau. Aku mampu."

"Er tapi saya dah masuk seminggu tinggal dekat sini. Saya tak selesa kalau saya asyik guna duit awak je."

"Tak payah. Kalau aku kata tak payah, tak payahlah maksudnya. Susah ke kau nak dengar?"

Andrea menggigit bibirnya. Dia takut apabila Jeonghan cuba ingin menjadi tegas.

🍃

[COMPLETED] FEARFUL WIFE 무서운 아내 (JEONGHAN SVT)Where stories live. Discover now