"Andrea! Andrea!"
Jeonghan berpusing satu rumah semata- mata mahu mencari Andrea tetapi langsung tiada kelibat gadis itu.
"Mana pula perempuan ni pergi."
Dia melangkah keluar rumah.
"Selipar ada. Ke perempuan ni sengaja nak main sorok- sorok dengan aku."
Jeonghan menyarungkan seliparnya dan dia berjalan di halaman rumah untuk mencari gadis itu pula.
Jeonghan mendengus.
Dekat belakang rumah rupanya.
"Wey kau buat apa hah dekat sini."
"Eh mak kau tak makan." Andrea menoleh.
"Awak..." Andrea gigit bibir.
"Aku jerit punyalah kuat sampai kau tak dengar. Siapa suruh kau keluar."
"Er.. Saya bosan duduk dalam bilik."
"Duduk lah dekat ruang tamu."
"Bosan juga."
"Kalau macam tu duduk dekat hutan. Senang. Dah masuk."
"Taknak. Saya nak tengok arnab jiran sebelah ni."
Jeonghan mengetap rahangnya. Serta merta Andrea bangun dari mencangkung dan berlari masuk kedalam rumah.
🍃
YOU ARE READING
[COMPLETED] FEARFUL WIFE 무서운 아내 (JEONGHAN SVT)
Short StoryHighest ranking - 13 in short story Perjumpaan yang tidak disengajakan. Dua hati bersatu tanpa rasa cinta. Mampukah mereka mengecapi bahagia? Andrea Kim seorang yang gelabah dan tidak mampu mengawal ketakutkannya. Muncul sang suami membuatkan hidupn...