Andrea masuk kedalam kedai hadiah. Dia sendiri tidak tahu ingin belikan Jeonghan hadiah apa sempena hari lahir Jeonghan tidak lama lagi.
"Ye cik, boleh saya tolong?" Soal pelayan kedai hadiah itu.
"Err-- saya nak cari hadiah yang sesuai untuk suami saya." Ujar Andrea.
Pelayan itu tersenyum.
"Ouh dah kahwin rupanya. Puan nampak muda macam budak sekolah lagi."
Andrea tersenyum malu.
"Mari sini saya tunjukkan barang yang sesuai yang puan boleh beli untuk suami puan." Andrea mengikut langkah pelayan wanita itu.
"Ini dia. Puan boleh lah pilih. Mana tahu ada yang sesuai untuk suami puan." Andrea mengangguk. Pelayan itu terus meninggalkannya sementara dia sibuk mencari hadiah untuk Jeonghan.
Matanya meliar mencari hadiah yang sesuai. Dia sendiri buntu hendak menghadiahkan Jeonghan apa. Tangannya mencapai sebuah bingkai gambar. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu sebelum dia tersenyum kecil. Dia mengambil beberapa bingkai gambar yang cantik dan diletakkan kedalam bakul.
🍃
YOU ARE READING
[COMPLETED] FEARFUL WIFE 무서운 아내 (JEONGHAN SVT)
Historia CortaHighest ranking - 13 in short story Perjumpaan yang tidak disengajakan. Dua hati bersatu tanpa rasa cinta. Mampukah mereka mengecapi bahagia? Andrea Kim seorang yang gelabah dan tidak mampu mengawal ketakutkannya. Muncul sang suami membuatkan hidupn...