🔥Bab 18🔥

1.4K 122 0
                                    


"Aku nak kau tempah dua tiket ke Australia. Itu je. Kau dah boleh keluar sekarang"

"Arasseo boss" balas seorang lelaki sambil membongkokkan tubuhnya ke arah Sehun. Lalu, lelaki itu pun keluar dari bilik pejabat Sehun.

Sehun menarik nafas dan menghembus dengan kasar. Dahi berkerut menahan sakit di kepala yang semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba, telefon pejabat miliknya berdering. Sehun terus menekan butang 'y' dimana panggilan akan disambungkan dengan pekerja yang membuat panggilan dengannya.

"Tuan Oh, ada orang nak berjumpa dengan tuan. Tapi, dia langsung tak buat sebarang temu janji dengan tuan" kata pekerja itu.

"Namja or yeoja?"

"Namja, tuan"

"Suruh dia masuk"

"Baik, tuan"

Setelah itu, panggilan terus dimatikan oleh Sehun. Dia menyandarkan tubuh di kerusi empuk miliknya. Selepas beberapa saat berlalu, tiba-tiba pintu bilik Sehun diketuk berkali-kali dari luar.

"Masuk"

Pintu dikuak dari luar. Serentak dengan itu, muncul satu figura lelaki yang tinggi lampai serta berpakaian dengan sedikit kemas. Mata Sehun sedikit luas memandang 'figura' yang berada di hadapannya.

"Oh Sehun" ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis.

Muka Sehun kembali dengan riak wajah yang ketat. Kertas-kertas yang bertaburan di atas meja disusun dengan rapi. Setelah siap, Sehun memandang tajam ke arah lelaki itu.

"Buat apa kau datang sini? Kau memang tak tenang tengok hidup aku senang? Kau nak hancurkan hidup aku lagi? Kim Jong Nam?"

Jong Nam ketawa jahat.

"Oh Jong Nam. Bukan Kim Jong Nam. My dongsaeng" kata Jong Nam dengan senyuman sinis yang tidak pernah lekang di bibir. Dia memandang tepat pada wajah Sehun.

"Aku bukan adik kau. Dan tak akan sesekali jadi adik kau" Sehun memandang tajam ke arah Jong Nam. Dia dah cukup muak melihat wajah itu. Wajah yang dah buat hidup dia merana. Dalam hati, tak pernah langsung terdetik untuk hilangkan rasa benci dalam diri.

"Oh Sehun.....Oh Sehun. Kau dah lain sekarang. Tak sangka pulak aku, yang anak pungut pun boleh berjaya" kata Jong Nam, sinis.

Sehun mengetap gigi kegeraman. Segera dia mencapai telefon lalu mendail nombor security.

"Kau nak panggil security untuk bawak aku keluar dari sini? Aku boleh keluar sendiri lah. And one more, hal kita belum selesai lagi. Bye my lovely dongsaeng~~" Jong Nam berlalu pergi dengan iringan ketawa. Sehun mengenggamkan tangannya dengan kuat. Perasaan benci, marah mula menguasai diri.

"Tak guna!"

💕💖💕

Jhope menggelengkan kepala melihat Jihyo dan Jungkook yang sedang lena tertidur di bawah pokok. Kalau taufan ribut tiba-tiba datang, belum tentu lagi dua makhluk ni bangun. Ish ish.

Chanyeol yang berada di sebelah ditepuk. Idea jahat mula keluar dari otak. Jhope tersengih nakal.

"Chan, kau tangkap gambar dua ekor ni" bisik Jhope.

"Okeyhh" Chanyeol turut tersengih nakal. Dia mengeluarkan telefon miliknya dari poket seluar dan terus menekan butang 'camera'.

Klik!

"Yes! Dapat dah"

Mereka ketawa besar melihat gambar yang ditangkap oleh Chanyeol. Tiba-tiba.....

"Apa oppa-oppa buat kat sini?"

"Eh, Jihyo! Bila bangun? Terkejut oppa"

Chanyeol mengurut dada perlahan. Jihyo menenyeh anak matanya. Dia pun mula berdiri.

"Mian oppa. Jihyo nak masuk rumah dulu lah"

Mereka mengangguk. Jihyo senyum. Dia memulakan langkah menuju ke dalam rumah.

"Tapi, Jungkook ni macam mana?" kata-kata Jhope membuatkan langkah Jihyo terhenti. Dia menoleh kebelakang. Matanya membulat.

"Jungkook? Apa dia buat kat sini?" tanya Jihyo kehairanan. Jhope menepuk dahi.

"Aigoo. Mana lah oppa tahu. Oppa ternampak tadi yang korang berdua tidur kat pokok ni" jelas Jhope. Sekali lagi mata Jihyo membulat.

"Hah?! Kitaorang berdua?!!" suara Jihyo sedikit kuat membuatkan Jungkook terus terjaga dari tidur.

"Apa bising-bising ni? Nak tidur pun tak senang. Hish!" usai berkata, Jungkook langsung menyambung tidur kembali.

"Yah! Jeon Jungkook! Ireona!!!!" Chanyeol menggumam bibir tanda geram. Dah elok-elok bangun, boleh pulak dia pergi tidur balik.

"Janganlah kacau Jungkook!"

"Yahh!!!!" Jhope mula menyampuk.

"Ish. Bising betul dua ekor orang tua ni"

Jungkook mengomel. Dia pun berdiri.

"Pandai pun bangun. Ingatkan dah tak pandai. Liat sangat"

Chanyeol yang berada di sebelah dipandang tajam.

"Tak payah nak perli. Jungkook masih sedar diri lagi" balas Jungkook dengan suara yang mendatar.

"Jungkook nak keluar sekejap" sambungnya lagi.

"Nak pergi mana?"

"Adalah"

Jungkook pun terus keluar dari perkarangan rumah. Mereka bertiga hanya menghantar bayangan Jungkook dengan ekor mata. Masing-masing mendiamkan diri.

"Jom masuk" ajak Chanyeol. Jihyo dan Jhope menganggukkan kepala.




💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now