🔥Bab 59🔥

1.1K 97 5
                                    

Tetamu semakin berkurang setelah pengebumian Jungkook sudah selesai. Hanya perasaan sedih dan pilu sahaja yang menyelubungi suasana di situ. Gambar Jungkook yang digantung pada sebuah keranda dipandang sayu. Wajah Jungkook yang tersenyum di dalam gambar, sungguh menyayat hati. Selepas ini, senyuman itu tiada lagi. Semuanya hanya tinggal sebuah kenangan.

Hanya kenangan.

Sehun mula bangun apabila teringatkan Jihyo yang masih berada di dalam hospital. Keadaan gadis itu semakin lemah selepas 2 hari tinggal di hospital. Makan pun tak lalu, makin pening Sehun dibuatnya.

"Sehun, kau nak pergi hospital dulu ke?" soal Kyungsoo. Kepala Sehun terangguk mengiyakan.

"Hurm, nanti pandai-pandai lah eh kau pujuk Jihyo. Suruh dia makan. Mungkin esok barulah aku dengan yang lain datang melawat Jihyo, nae?"

"Arasseo, aku pergi dulu"

----

"Jihyo-yaa, makan sikit, nae? Perut tu dah kosong dari semalam lagi." kata Sehun seperti memujuk dengan suara yang lembut. Naik lenguh juga tangannya memegang sudu untuk menyuap makanan ke dalam mulut Jihyo, tetapi gadis itu tetap dengan keputusannya, hanya menggeleng.

Sehun menghembus nafas berat. Dipandangnya wajah Jihyo yang memucat, seperti kehilangan banyak darah. Bekas-bekas lebam juga masih kelihatan tetapi tidak seteruk yang dia lihat pada malam itu. Mata Jihyo menjadi semakin sayu. Mulutnya dibuka, mahu berkata sesuatu.

"Jungkook mati sebab saya, kan? Kalau saya tak ada, mesti dia hidup lagi, kan? Sehun, semua ni salah saya."

Sudu yang dipegang Sehun tadi perlahan-lahan ke bawah. Jihyo mengungkit lagi. Sehun menguap rambut ke belakang. Habis rambutnya menjadi serabai berbanding tadi.

"Song Jihyo, semuanya bukan salah awak. Jung.. Jungkook pergi dari kita semua, itu takdir. Bukan salah sesiapa."

Air mata Jihyo jatuh lagi. Lama-kelamaan, semakin lebat tangisan gadis itu. Tanpa berfikir panjang, Sehun terus mendakap tubuh Jihyo erat. Jihyo membalas pelukan Sehun dengan bahu yang terhinjut-hinjut. Hatinya pilu apabila teringatkan Jungkook.

"Shuhh..shuhh..jangan menangis."

"Salah..sa..saya, Sehun."

"Shuhh, jangan cakap lagi."

"Tskk..tskk.. Jungkook, Sehun.."

Lama-kelamaan, tangisan Jihyo semakin perlahan. Sehun melepaskan pelukan lalu ditatap wajah pucat itu dengan pandangan yang sedikit redup. Bila bercakap tentang Jungkook, hatinya tersentuh. Sedih yang bukan kepalang. Namun, cepat-cepat dia menempis perasaan itu, mahu menunjuk kuat di hadapan Jihyo. Jika bukan dia yang memujuk, siapa lagi?

"Dah, jangan menangis lagi. Nanti mesti Jungkook tak tenang dekat sana." Ibu jari Sehun menyeka air mata Jihyo yang melekat di pipi.

"Kalau saya tak menangis, barulah Jungkook tenang?" soal Jihyo polos, tangisannya berhenti serta-merta. Tanpa menunggu masa, Sehun mengangguk-nganggukkan kepala, mengiyakan persoalan Jihyo.

"Ya, Jungkook akan tenang."

Jihyo pantas menyeka air matanya yang masih berdegil mahu mengalir. Dia mahu Jungkook tenang disana. Tenang sehinggakan tiada apa-apa yang boleh menganggu pemilik nama itu lagi.

Melihat Jihyo yang tersenyum nipis, hati Sehun betul-betul berasa lega. Dia kemudiannya menguntumkan senyuman yang manis. Sangat manis. Seperti lelaki itu bukan Sehun, tetapi orang lain.

Sehun dah berubah.

"Okay, sekarang Jihyo kena makan pulak. Buka mulut." Jihyo menurut. Dia pun membuka mulutnya lalu selamat bubur yang disuap Sehun masuk ke dalam rongga mulut. Jihyo tersenyum nipis, air matanya kembali mengalir.

"Terima kasih, Sehun."

"Sama-sama, sayang."






💫BERSAMBUNG💫

Okay, cukup utk harini ye semua😂 dah 4 bab author publish, ahh so tireddd🔥keep reading tau, dah nak habis dahh citer nii huihuiii😌

Author baru nak minta pandangan korang untuk pilih sad ending or happy ending. But, kwan baik author dah pesan awal-awal suruh buat happy ending😙siap ugut lagi tauu!😪

So, pengakhirannya.....

Kita nantikan! Buahahahahahah😎

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now