Jong Nam menunggu seseorang di sebuah kelab yang sangat bingit. Dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia yang khayal. Sesekali juga dia meneguk segelas wain. Tiba-tiba seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan duduk di sebelah Jong Nam. Jong Nam memandang orang tersebut. Bibirnya menguntum senyuman jahat. Seperti ada niat yang tersembunyi di dalam senyuman itu."Pehal kau ni senyum-senyum bagai? Gila?" kata seorang lelaki itu.
"Aku ada berita baik untuk kau"
"Apa?"
"Kita dah boleh mulakan plan tu"
Belum sempat lelaki itu mahu membalas, Jong Nam terus melintas.
"But, kena slow-slow"
Lelaki itu hanya mengangguk. Dia berfikir seketika. Kemudian, wajah Jong Nam dipandang kembali.
"Bila nak mula?" tanya lelaki itu dengan tidak sabar.
"Yang bila tu, bila-bila masa je boleh. And now, kau dengar plan aku dulu" balas Jong Nam. Jong Nam mendekatkan bibir dengan telinga lelaki itu untuk berbisik. Perlahan-lahan lelaki itu juga turut tersenyum jahat.
"Nice" ucap lelaki itu.
💕💖💕
Sehun melihat jam dinding. Pukul 9:30 malam. Nak balik? Awal lagi. Paling awal pun dia balik, pukul 12 pagi. Dah lama tak melihat wajah Jihyo. Bercakap apatah lagi. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa nak mengelakkan diri dari Jihyo. Entah apa salahnya gadis itu.
Sehun mengeluh. Dia berasa buntu. Rasa seperti beban yang ditampung, semakin bertambah dengan kedatangan Jong Nam tadi. Sungguh dia bencikan nama itu. Nama kepada pemilik yang telah membuatkan appa kandungnya sendiri benci terhadap dirinya.
Flashback
Ketika itu, Sehun masih berumur 9 tahun. Dia berlari anak menuju ke arah appanya yang sedang membaca suratan akhbar di ruang tamu. Cawan yang diisi kopi di dalam, diambil oleh Tuan Oh lalu dihirup perlahan.
"Appa!!" laung Sehun. Ditangannya terdapat sehelai kertas kecil berwarna putih.
"Ye, Hun. Wae?" Tuan Oh meletakkan surat khabar di atas meja. Sehun yang berada di sisi dipandang dengan senyuman manis.
"Appa!! Tengok ni!!" dengan teruja, Sehun menghulurkan kertas yang dipegangnya tadi kepada Tuan Oh. Tuan Oh mengecilkan mata. Setelah itu, bebola matanya menjadi luas.
"Wow! Anak appa cemerlang. Semua A. Appa bangga sangat dengan Hun. Hun nak apa-apa tak? Appa akan belikan. Everything"
"Jinjja? Yeayy!! Sayang appa" kata Sehun dengan teruja. Dia sangat menyayangi appanya setelah ommanya meninggal dunia akibat kanser hati. Hanya Tuan Oh yang Sehun ada. Hanya Tuan Oh juga yang selalu ada di sisi Sehun ketika sedih ataupun gembira. Semuanya, hanya Tuan Oh.
*****
Tuan Oh dan Sehun tiba di sebuah kedai permainan. Penuh dengan bermacam-macam jenis permainan yang dijual di dalam kedai itu. Semuanya telah menarik perhatian Sehun untuk membeli permainan kegemaran di situ.
"Appa! Kita pergi kat sana!" Sehun menarik-narik tangan Tuan Oh sambil jari telunjuknya menunjuk pada kedai itu. Tuan Oh tersenyum lalu menganggukkan kepala.
"Jom"
*****
"Hun nak ni"
"Eh, nak yang ni"
"Tapi yang ni pun best jugak"
"Nak yang ni lah"
"Eh, yang tu macam lagi best je"
"Nak yang tu lah"
Tuan Oh menggelengkan kepala melihat pelbagai kerenah Sehun. Dia memegang bahu Sehun perlahan agar anaknya itu menghadap ke arahnya.
"Hun, appa bagi Hun pilih tiga permainan yang Hun suka. Lepastu, kita pergi balik eh? Appa rasa penat. Nak rehat" ujar Tuan Oh. Sehun menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Baik bos!" Sehun membuat tabik ke arah Tuan Oh. Tuan Oh ketawa kecil. Sehun pun terus berlari ke arah permainan kegemarannya. Dicapainya tiga kotak permainan yang berlainan lalu dihulurkan kepada Tuan Oh. Tuan Oh dengan segera, terus sahaja membayar permainan-permainan itu di kaunter pembayaran. Setelah itu, mereka berdua pun bertolak balik ke rumah.
Dalam perjalanan, Sehun leka melihat permainan yang baru dibeli tadi. Dibelek sana, dibelek sini. Dia berasa sungguh teruja dan tidak sabar mahu bermain di dalam biliknya nanti.
Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Tuan Oh, brek secara mengejut. Tuan Oh mengurut dada akibat terkejut. Sehun pula masih terpinga-pinga.
"Kenapa brek mengejut?"
"Maaf tuan. Saya tak sengaja. Tadi ada sorang budak lelaki lintas jalan. Mula-mula saya tak perasan, lepastu baru lah saya perasan. Tu yang terbrek mengejut" jelas pemandu Tuan Oh. Dia menundukkan kepala kerana takut. Takut akan dimarahi Tuan Oh.
"Hm, tak pe lah. Hun?" Tuan Oh berpaling ke arah Sehun yang berada di sebelahnya.
"Ye appa?"
"Hun ok tak?" tanya Tuan Oh dengan prihatin. Dia begitu sayang dengan Sehun selepas mendiang isterinya meninggal. Sehun tersenyum dan menganggukkan kepala. Tuan Oh menghela nafas lega.
"Kalau macam tu, Hun duduk elok-elok tau. Appa risau" Sehun menganggukan kepalanya sekali lagi.
"Driver, boleh jalan" ucap Tuan Oh. Dia pun menyandarkan tubuhnya dengan kerusi kereta yang sedikit empuk.
"Tapi tuan, budak ni macam mana?" soal pemandu Tuan Oh. Dia menggaru sedikit di bahagian belakang kepala yang tidak gatal.
"Kenapa dengan budak tu?"
"Dia pengsan"
"Bwo?!!"
💫BERSAMBUNG💫
And, author nak sory again because buat flashback ptu sambungan. Author minta maaf sebab takut readers merungut je😂 ok, author dah merapu😂👌 Bye. Jgn lupe vote and comment!
YOU ARE READING
[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)
FanfictionThis namja, seorang ketua mafia. Seorang yang tidak berperikemanusiaan. Seorang pembunuh yang kejam. Seorang yang mempunyai ego tinggi melangit. Dialah, Oh Sehun. Apa yang akan terjadi apabila seorang perempuan tinggal bersama ketua mafia dan geng...