Seperti biasa, rutin yang diamalkan setiap awal pagi, Sehun dan member yang lain duduk di atas kerusi meja makan untuk sarapan yang disediakan Kyungsoo. Pagi ini, mereka mengenakan roti sandwich dan beberapa keping roti bakar serta kopi yang dibancuh lazat. Tenang. Tiada satu pun suara yang keluar ketika itu. Masing-masing sibuk menikmati makanan. Sehun pula, berfikir tentang Taehyung. Mendengar cerita yang ditutur Suho semalam, dia menjadi risau pula.
"Taehyung, kau dah sembuh?" Taehyung mengangkat kepala. Dia mengangguk.
"Dah"
"Bagus la, nanti kalau ada apa-apa yang kau perlu, bagitahu aku" Taehyung sekadar memberi senyuman nipis. Sehun masih lagi dalam pemikirannya. Dia berasa tidak sedap hati.
"By the way, kau cakap, kau ada nampak seorang lelaki dalam bayangan kau semalam. Kau dapat cam tak?" Jungkook tersedak. Semua mata-mata memandang kearahnya. Jungkook membaiki anak tekak.
"Sorry sebab ganggu. Sambunglah makan" Sehun memandang Jungkook lama. Jungkook yang sedang makan berasa tidak selesa. Dalam diam, dia membalas kembali pandangan Sehun. Tetapi tidak lama, hanya sementara.
Sehun berhenti memandang Jungkook malah pandangannya beralih kepada Taehyung kembali. "So..?"
"Aku tak dapat cam..tapi, aku dapat rasa yang aku kenal dia" ujar Taehyung dengan jelas. Terangguk-angguk kepala Sehun mendengar.
"Its okay. Slow-slow, jangan terlalu paksa. Nanti kau jugak yang sakit" pesan Sehun. Taehyung mengangguk dan menyambung makannya kembali. Tiba-tiba Suga mula bersuara,,
"Hun, majlis tu pukul 7 malam nanti, kan?" Sehun hanya sekadar mengangguk menjawab soalan Suga.
"Nanti, aku nak pergi spa, boleh?" Suga mengedip-ngedipkan mata kepada Sehun. "Dengan Baekhyun, Chanyeol, Jhope sekali" sambungnya.
"Pergi je lah"
"Jihyo pun nak ikut jugak"
"Nope" balas Sehun keras. Matanya mencerlung kearah Jihyo. Tertunduk Jihyo, langsung tidak memandang wajah Sehun. Dia hanya mampu mendiamkan diri kerana malu. Malu dengan kejadian semalam.
"Wae? Biar je lah dia ikut. Kau siapa nak halang dia?" Jungkook membantah. Rasa semakin meluap-luap kemarahannya terhadap Sehun. Tangannya digenggam dengan kuat.
"Aku, bakal suami dia dan aku berhak untuk halang dia"
PRANG!!
KTANG!!
Semua tercengang. Automatik wajah Jihyo menjadi sasaran untuk dipandang. Membuntang Jihyo jadinya mendengar ayat-ayat Sehun.
"B.. Bwo??" mata Jungkook tidak berkelip tanda tidak dapat percaya. Sehun tersengih sinis. Lantas dia bangun dan merapati tubuh Jihyo lalu tangan Jihyo menjadi mangsa pegangannya.
"Yes, we will get married. Semua dah jelas kan? Kajja, Jihyo"
Sehun mengheret Jihyo keluar dan memaksanya masuk kedalam kereta. Jihyo terpinga-pinga ketika ini. Dia masih lagi tidak dapat menghadam. Tanpa membuang masa, Sehun mengestartkan enjin lalu keluar dari perkarangan rumah dengan pantas.
Keadaan di rumah masih lagi membuntang dengan tingkah laku Sehun yang tiba-tiba. Sehinggalah, Baekhyun bersuara,,
"Woww, daebak. Apa semua ni? Ottokhae....." kata-katanya terhenti tidak mampu untuk meneruskan. Dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Jungkook berang. Dia mengetuk meja dengan kuat.
BAMM!!
Terhinjut bahu semua member dengan hentakan meja. Jungkook terus berlari keluar dengan kemarahan yang semakin meluap-luap naik. Kau takkan dapat miliki Jihyo, Oh Sehun. Never.
![](https://img.wattpad.com/cover/131140314-288-k398536.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)
FanficThis namja, seorang ketua mafia. Seorang yang tidak berperikemanusiaan. Seorang pembunuh yang kejam. Seorang yang mempunyai ego tinggi melangit. Dialah, Oh Sehun. Apa yang akan terjadi apabila seorang perempuan tinggal bersama ketua mafia dan geng...