Jihyo termenung seorang diri di luar rumah berdekatan dengan tempat kolam renang. Fikirannya melayang entah ke mana. Dia hanya mahu mengosongkan minda. Jihyo menutup mata perlahan. Menghirup udara segar dengan tenang."Bahh!!!!"
"Ahh!!! Pasu mak kau pecah!!" Jihyo melatah akibat sergahan daripada Kai. Terhambur ketawa Kai apabila melihat riak muka Jihyo yang terkejut.
"Ish, apa ni Kai? Tak baik lah buat saya macam ni. Kalau saya ada penyakit jantung macam mana?" Jihyo mencebik.
Kai berhenti ketawa. Dia memandang wajah cantik Jihyo. Jihyo yang berasa seperti dipandang, terus membalas pandangan. Lama mereka bertatap.
"Ehem"
Pandangan mereka langsung dialih pada gerangan yang membersihkan tekaknya sebentar tadi.
"Kau kenapa Jungkook? Sakit tekak?" tanya Kai dengan sedikit bengang.
"Mana ada aku sakit tekak. Aku saja je nak bersihkan tekak kat sini. Tiba-tiba ternampak ada orang buat 'drama' pulak" sindir Jungkook.
Kai berasa geram dengan sikap Jungkook yang semakin menjadi-jadi. Namun, dia masih kawal perasaannya. Apa yang dia fikir, mungkin Jungkook terlalu penat dan moodnya selalu bertukar-tukar.
"Ikut kau lah Jungkook. Aku nak blah dulu" kata Kai lalu pergi dari situ.
Jungkook memandang Jihyo yang sedang termenung di hadapan. Rasa cinta di dalam hatinya semakin bertambah hari demi hari.
"Noona..." Jihyo menoleh ke arah Jungkook.
"Ye? Kookie nak apa-apa ke?"
"Kookie nak noona.."
Namun hampa, ayat itu hanya mampu terungkap di dalam hatinya sahaja. Dia masih belum bersedia untuk membuat pengakuan kepada Jihyo. Dia takut. Takut tiba-tiba ditolak. Dia belum mempunyai sebarang keberanian walaupun sedikit.
"Kookie-ah!!!"
Jeritan Jihyo serta merta memberhentikan lamunan Jungkook. Jungkook memandang Jihyo sambil mengangkat kening.
"Waeyo noona?"
"Haih, kookie ni. Noona tanya, kookie tak jawab. Lepastu, termenung sorang-sorang. Bila noona panggil kookie, kookie tak jawab pun. Nak kena tunggu noona jerit dulu baru nak jawab" jelas Jihyo sambil membuat muka cemberut.
Jungkook ketawa kecil melihat muka cemberut Jihyo. Comel.
"Kenapa gelak?"
"Takde apa-apa. Saje je gelak. Hobi" Jihyo memandang Jungkook pelik.
"Hobi? Salah satu hobi kookie, gelak? Hah?! Kookie kena hati-hati tau lepas ni"
"Wae?"
"Sebab nanti mesti ada orang cakap kookie ni gila" Jungkook mengerutkan dahi.
"Kookie gila? Nugu?"
"Siapa-siapa je lah. Termasuk noona. HAHAHAHAHA" Jihyo ketawa riang kerana dapat mengenakan Jungkook.
"Ee noona ni kan. Nakal" rambut Jihyo diserabutkan oleh Jungkook. Ketawa Jihyo berhenti. Dia memandang Jungkook geram.
"Yahh!! Habis rambut noona!"
Kini, giliran Jungkook pula ketawakan Jihyo. Jihyo mendengus. Habis rambutnya jadi kusut.
"Lari!!!!"
"Yahh!! Kookie!! Jangan lari!!"
"Werkkk" Jungkook menjelirkan lidah. Dia berasa sangat gembira ketika ini. Dapat luangkan masa bersama dengan orang yang dia cintai. Iaitu, Song Ji Hyo.
*****
Setelah penat berkejaran, mereka pun duduk di bawah pokok. Habis muka dibasahi peluh kerana terlalu penat. Tiba-tiba mereka ketawa sesama sendiri.
"Kita macam budak-budak lah main kejar-kejar ni" ujar Jihyo sambil ketawa.
"Kan" sokong Jungkook bersama dengan ketawa.
"Kookie.."
"Hm? Kenapa noona?"
"Noona dahagalah. Tolong belikan air sekejap" Jungkook brdiri menghadap Jihyo. Dia mentabik hormat.
"Baik tuan"
Jihyo ketawa melihat telatah Jungkook. Kemudian, dia merehatkan kepala di batang pokok yang berada di belakangnya. Jihyo pun memejamkan mata.
Setelah beberapa minit berlalu, Jungkook pun sampai dengan dua botol air mineral di kedua-dua belah tangannya. Jungkook melihat Jihyo yang sedang berehat.
"Lah, tidur rupanya" bisik Jungkook perlahan. Takut kalau Jihyo terjaga kalau dia bercakap dengan kuat.
Jungkook mengambil kesempatan ini untuk meneliti wajah polos Jihyo. Putih. Tanpa cacat-cela. Mata yang cantik. Bulu matanya yang sedikit panjang. Bibir mungil kelihatan menawan. Kedua belah pipi yang gebu. Semuanya perfect. Amat perfect.
Jungkook mula merasakan kelopak matanya berat. Perlahan-lahan dia melelapkan mata di sebelah Jihyo. Mereka tidur di atas tanah berteduhkan dahan serta daun-daun pokok.
💫BERSAMBUNG💫
YOU ARE READING
[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)
FanficThis namja, seorang ketua mafia. Seorang yang tidak berperikemanusiaan. Seorang pembunuh yang kejam. Seorang yang mempunyai ego tinggi melangit. Dialah, Oh Sehun. Apa yang akan terjadi apabila seorang perempuan tinggal bersama ketua mafia dan geng...