"Banduan 0431, awak ada pelawat" kata seorang pegawai polis bertugas sambil tangannya membuka pintu jel.
Jong Nam meludah air liur ketepi dengan kasar. "Aku ada namalah bodoh!! Nama aku Kim Jong Nam! Bukan banduan bodoh kau tuh!! Kau jangan main-main dengan aku eh. Aku ada kuasa!! Aku ni kaya!! Kau nak aku pecat kau ke hah??!!!"
Pegawai polis itu hanya berdiri statik selepas selesai membuka kunci jel. Dia langsung tidak menghiraukan tengkingan Jong Nam. Dibawanya Jong Nam ke tempat untuk berjumpa dengan pelawat.
'Kau layan aku macam taik ye sekarang. Takpe, kau tunggulah nanti' detik hati Jong Nam geram.
Jong Nam duduk di atas kerusi berhadapan dengan pelawat. Pegawai polis yang bertugas itupun berlalu buat seketika untuk memberi privasi kepada mereka berdua.
"Kau buat apa datang sini?" ujar Jong Nam terlebih dahulu. Lelaki yang melawatnya tadi tersenyum sinis. "Best duduk penjara?" balasnya atau lebih tepat, seperti mengejek.
Jong Nam tergelak yang dibuat-buat. Sinis sahaja. "Kalau setakat nak tanya soalan najis macam tu, baik tak payah nak melawat aku bagai. Pergi baliklah!" Jong Nam berdiri. Baru saja mahu beredar, kakinya terhenti saat mendengar ayat lelaki itu.
"Sehun, adik kesayangan kau tu, sikit je lagi nak capai kebahagiaan. Dia berseronok di luar dengan pasangan kekasih, kau pulak berseronok dalam penjara. Kau rela macam tu? Rela? Heh"
Jong Nam menggenggam penumbuk. Urat-urat di tangan mula menimbul. Giginya diketap. Rahangnya bergerak-gerak menandakan dia betul-betul dalam keadaan marah. Dengki tidak tentu pasal. Tak guna kau, Sehun!!!!!!
Lelaki itu yang seakan faham perasaan Jong Nam, mula memancing,,"Rileks, rileks. Apa gunanya ada aku, kan? Kau jangan risau. Nanti aku sendiri yang akan bawak kau keluar dari penjara ni. Setuju?"
Jong Nam kembali memusingkan kepalanya. "Pastikan apa yang kau cakap tu, kau buat. Kalau cakap saja, takde guna" Lalu, dia pun masuk kembali ke dalam jel penjara dengan bantuan pegawai polis.
Lelaki itu hanya melihat kelibat Jong Nam yang menghilang dengan senyuman sinis yang masih tidak lekang dari bibir. 'Mestilah aku buat, Jong Nam'. Dia pun berlalu keluar dari situ sambil memikirkan plan yang seterusnya.
💕💗💕
Sehun terjaga daripada tidur yang panjang. Tiba-tiba, sebelah kanan lengannya berasa lenguh. Rasa seperti 'ditindih'. Dia memaling kepala melihat objek yang 'menindih'nya. Kelihatan Jihyo yang lena tertidur beralaskan lengannya.
Sehun berdecit. Sudah beberapa kali dia gerak-gerakkan lengan yang ditindih. Perempuan itu tetap tidak bangun-bangun. Tidur mati betul.
Sehun menolak kepala Jihyo dan, yeah, perempuan tu dah bangun. Good job, Sehun!
"Auch!" Jihyo mengeluh sakit. Dia memegang kepalanya yang berasa sedikit pening-pening lalat. Dia memandang Sehun yang sedang memandangnya tajam.
"Best tidur alaskan lengan aku?" ucap Sehun dengan perlian. Jihyo tersengih sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Mian, Sehun. Saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sedar yang saya tidur atas lengan awak" katanya bersungguh-sungguh.
Sehun hanya memandangnya kosong. Sehun? Dengan orang lain boleh pulak panggil oppa. Dengan aku? Ish, menyusahkan betullah perempuan ni. Cakap suka kat aku. Ya, Sehun mendengar semua luahan Jihyo semalam. Rasa nak tergelak pun ada. Tetapi, ada lagi satu rasa yang baginya pelik. Rasa terharu dan rasa yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Apakah ini?
"Aku lapar" ucap Sehun sambil memejamkan matanya. Jihyo pula tergopoh-gopoh mengambil bubur yang baru dimasak Kyungsoo tadi. Bubur yang dia masak semalam, kena buang. Rasa kecewa juga tetapi cepat-cepat dia tempis. Dia menghulur bubur itu kearah Sehun.
Sehun pandang bubur yang dihulur Jihyo. Kosong je. Dia memaling kearah lain menunjukkan dia tidak berminat dengan bubur itu. Jihyo terdiam.
"Erm, awak tak larat nak makan eh? Chakkaman" Jihyo mengambil sudu lalu mencedok bubur dan menghulur di hadapan Sehun. Sehun mengerut kening. "Kau buat apa ni?"
"Lah, saya nak suap awak lah. Awak kan tak larat nak makan" katanya polos. Sehun menjuling mata.
"Aku tak cakap pun yang aku tak larat. Yang memandai sangat kenapa? Aku tak nak lah makan. Dah lah bubur kosong. Tak ada selera aku" kata Sehun kasar, saja mahu menguji gadis ini. Mahu melihat sama ada Jihyo sanggup menjaganya lagi atau tak.
Jihyo terdiam. "Tak baik awak cakap macam tu. Kesian Kyungsoo oppa kalau dia terasa nanti. Makanlah, Sehun. Nanti perut awak masuk angin. Makan, eh? Saya suapkan" pujuknya lagi sambil mengacu-ngacu sudu di hadapan mulut Sehun sekali lagi.
Sehun hanya mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi. Lama sedikit selepas itu, dia membuka mulutnya sedikit. Kecik je.
Jihyo tersenyum. "Bukak lah mulut tu besar sikit. Mana muat kalau nak masukkan bubur ni" katanya lembut.
Sehun mencebik. Mulutnya dibuka besar sedikit daripada tadi. Jihyo pun terus menyuapkan ke dalam mulut Sehun.
"Good boy" puji Jihyo. Ketika itu, Sehun seperti budak-budak. Hatinya berbunga-bunga. Mungkin waktu sakit je kot ego dia tu turun.
Tidak lama kemudian,,
"Aduhh! Sakitlahh! Pabo!" kutuk Chen kepada Rapmon yang menindih tubuhnya. Rapmon mendengus geram.
"Aku pun sakitlah, pabo! Weh, Xiumin, tepi sikit. Appo! Kaki aku sakit" kata Rapmon pula. Dia menolak-nolak tubuh Xiumin yang menindih kakinya.
Serentak Jihyo dan Sehun memandang kearah pintu. Mereka melopong.
Rapmon menindih atas Chen, Xiumin pula menindih atas kaki Rapmon, Chanyeol pula terbaring di tepi bersama Baekhyun dan Taehyung. Jhope, Suho, Lay, Kai, Kyungsoo, Jin, Suga dan Jimin pula tercegat di hadapan pintu. Yang terjatuh pula, mengeluh kesakitan.
"Apa yang korang buat ni? Korang mengintip ke?!" sergah Sehun kuat. Tak padan dengan sakit, masih lagi sergah orang.
Mereka semua cepat-cepat bangun. Alamak! Kantoi sudah.
"Sorry lah, Sehun. Korang tu yang romantik sangat. Kitaorang pun intip lah. Kan, Rapmon?" Rapmon terangguk-angguk setuju dengan Xiumin.
"Haah. Kitaorang pun join lah sekali. Selalunya dapat tengok kat drama je. Ni ada kat depan mata!!" kata Chen pula.
Sehun bungkam. Ada jugak kaki ni melayang kat muka masing-masing.
DIA TENGAH MALU LAH WEIII! KAWAN-KAWAN DIA DAH TENGOKK!! HUHU -,-
"Tak pe lah, mesti kau tengah malu. So, kitaorang keluar dulu. Sambung balik tau suap-suap tadi. Bubyee~~"
Muka Jihyo sudah merah menyala. Kena mengusik macam tu, aduhai, malunya!
Mereka semua pun keluar sambil sengih-sengih kearah Jihyo dan Sehun. Yang last keluar, Jimin. Dia sempat memandang ke arah Jihyo sambil mengukir senyuman. Sehun berasa tidak sedap hati. Jelas sangat terpancar rasa kecewa pada wajah Jimin. Cuma nasib lah dia pandai cover.
'Berbahagialah, hyo. Mungkin oppa dah tak ada peluang. Hyo happy, oppa pun happy!' Kata-kata itu hanya mampu diungkap dalam hati. Jimin tersenyum nipis.
💫BERSAMBUNG💫
YOU ARE READING
[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)
FanfictionThis namja, seorang ketua mafia. Seorang yang tidak berperikemanusiaan. Seorang pembunuh yang kejam. Seorang yang mempunyai ego tinggi melangit. Dialah, Oh Sehun. Apa yang akan terjadi apabila seorang perempuan tinggal bersama ketua mafia dan geng...