🔥Bab 1🔥

3.9K 215 21
                                    


"Bangg! Bang! Bang! Bang! Bang!"

Bergema di sebuah lorong dengan 5 das tembakan yang kuat. Kelihatan sekumpulan lelaki yang sedang berdiri dan seorang lagi lelaki yang telah terbaring kaku di atas jalan.

"Suho, Lay, Suga. Tolong bawak mayat budak mentah ni. Campak dalam sungai. Sebelum campak tu, ketuk dulu kepala dia guna batu. Lepastu letakkan dia dekat batu yang ada kat sungai. Sekarang." kata Sehun lalu memalingkan kepalanya ketepi. Rasa menyampah menyelubungi dirinya.

"Baik bos" kata mereka serentak. Mereka pun segera mengangkat mayat 'budak mentah' tersebut dan melaksanakan tugas yang diberikan oleh bos mereka.

Sehun menyandarkan tubuhnya di dinding. Dia menghembus nafas menandakan bahawa dia penat. Ya. Penat. Penat menjadi seorang ketua mafia. Bukan setakat ketua mafia, menjadi CEO syarikat ayahnya dalam masa yang sama. Pagi dekat office buat kerja sebagai CEO. Malam pulak kena buat pemantauan sebagai ketua mafia. Walaupun kerja yang dia lakukan sekarang menghasilkan ganjaran yang banyak, tapi dia sentiasa stress. Sudah lama dia tidak merasai perasaan bahagia. Macam mana nak rasa? Sekeliling penuh musuh. Kerja berlambak. Baru tinggal sehari, dah macam bukit. Langsung kepalanya digeleng.

"Dah pehal kau geleng-geleng kepala sehun?" tanya orang disebelah sehun merangkap kawan baiknya sendiri.

"Aku penat lah Kai" sehun mendongak kepala keatas sambil jarinya memicit micit kepalanya yang pening.

"Eh,mafia pun penat? Hahahahhaha" Kai menghamburkan ketawanya kepada sehun. Sehun menjeling tajam kearah kai. Kai yang melihat perkara tersebut, terus ketawanya terhenti.

"Ok, gurau gurau. Hm, kau pergi je lah rehat dalam kereta dulu. Biar aku dengan konco konco kau yang pantau kawasan ni. Nah kunci" Kai menghulurkan segugus kunci kepada Sehun.

Kunci yang dihulur, Sehun capai. Sehun menganggukkan kepala kearah Kai dan berpusing menuju ke keretanya yang terletak di hujung lorong tersebut.

"Hun!!" Sehun menoleh.

"Be careful" Kai menayangkan giginya yang tersusun elok sambil melambai lambai tangan kearah sehun.

Sehun menjuling biji matanya keatas. Mati mati ingat perkara penting. Buang masa betul si hitam ni. Sehun mengabai rakan baiknya itu lalu terus menuju kearah kereta. Apa yang berada diatas kepalanya sekarang, hanya tidur. Tidur. Dan tidur.

Butang on pada kunci yang berada dalam pegangan ditekan. Bunyi yang dihasilkan oleh kereta itu memasuki dalam deria pendengaran Sehun. Tanpa membuang masa, Sehun terus membuka pintu kereta dan menutupnya kembali. Tempat disebelah pemandu diraih. Sehun menurunkan sedikit tempat duduk tersebut lalu membaringkan tubuhnya sambil memejamkan mata.

Namun, rehatnya telah diganggu dengan bunyi jeritan meminta pertolongan. Sehun mendengus sekuat hati.

'Aku baru je nk berehat. Ada je yang kacau' getus hati Sehun.

Sehun bangun dari pembaringan. Matanya melilau memandang sekeliling. Bebola matanya terhenti di sudut lorong.

'Siapa lelaki tu? Asal perempuan tu menangis pulak? Kena dera ke? Ker..kena rompak?' . Otak Sehun ligat memikirkan tentang perempuan tersebut. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melihat dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Sepuluh minit kemudian....

Tiada sebarang tindakan yang diambil oleh sehun. Hmph! harap je ketua mafia. Duduk dalam kereta, macam katak bawah tempurung!




Sehun:eh eh, sukahati kau je cakap aku ni katak bawah tempurung. *jeling author*

Author: dah memang betul pun. Duduk je diam diam. Bukan tahu nak tolong. *jeling balik kat sehun*

Sehun: kau bukannya tau apa apa pun pasal ketua mafia. Disebabkan aku tahulah aku duduk diam. Buatnya kalau tu laki bini. Ha, tak ke dapat malu setepek? *jeling berkali-kali kat author*

Author: Jeling-jeling. Cungkil biji mata tu kang baru tahu.

Sehun:eleh. Ada hati nk cungkil mata orang. Dah lah pendek. Nak sentuh bahu pun tak sampai.*gelak tak ingat dunia*

Author:yah! *bangun nak kejar sehun* kurang ajar kauu!! Meh sini kauu!!

Sehun: *jelir lidah, lari sekeliling meja bulat yang ada kat situ*

Author:apekah -,- Lari kat situ buat apa *tepuk dahi* malas aku nak layan budak bubble tea ni.

Sehun:apa kau cakap?!! *pandang tajam kat author*

Author: argh! Lari!!! *lari sepuas puas hati*

Sehun:*kejar author*



Back to the story..



Tiba-tiba Sehun dikejutkan dengan bunyi jeritan yang kuat. Sangat kuat. Lagi kuat dari pertama kali dia dengar sebentar tadi.

"Sini kau!! Bangun!! Ikut aku!!!"

Perempuan itu mengeleng geleng kepala sambil menangis menandakan bahawa dia tidak mahu ikut.

Sehun melihat kejadian yang baginya agak keterlaluan, terus mengambil tindakan

"Hoi! Aku nak kau lepaskan perempuan tu!!" arah Sehun, tegas.

Lelaki yang menghadap kearah perempuan tersebut kini menghadap kearah sehun. Senyuman jahat diukir pada bibirnya

"Kau sape nak halang aku hah?! Kurang ajar!!" lelaki itu terus mengambil keputusan untuk menumbuk wajah sehun. Namun, segera Sehun mengelak lalu giliran Sehun pula yang menumbuk wajah lelaki itu.

Oleh kerana tidak sempat mengelak, lelaki itu tersungkur jatuh di atas jalan tar. Luka yang terhasil oleh tumbukan Sehun itu tadi dipegang menggunakan ibu jari. Dia memandang tajam kearah sehun. Rasa geram membuak buak dalam hatinya.

Baru sahaja hendak membalas tumbukan kearah Sehun, mereka terus dikejutkan dengan bunyi jeritan oleh sekumpulan lelaki yang berada jarak tidak jauh daripada mereka berada.

Disebabkan rasa takut menguasai diri, dia melarikan diri dari Sehun.

"Woii!!" jeritan Sehun diabai.

"Pengecut"

💫BERSAMBUNG💫

Actually, author saja je tambah yang perbualan antara author dengan sehun tu. Mian kalau readers tak suka. Author cuma buat kat part ni je. Part lain x de dah perbualan author dengan yang lain. Miann🙇

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now