Aku melihat di sekeliling aku..Semuanya gelap...Tiba-tiba aku terdengar satu suara memanggil aku..
"Is...Tolong...Tolong aku...Aku dah tak bole tahan lama..Kau..Kena cari aku..."
Suara tu..Suara Syimir?
"Cari kau?Cari kau dekat mana?!"
"Kau...Kena..Ikut perangkap tu..Makin...Banyak perangkap tu..Lagi.."
Kemudian aku terdengar satu jeritan yg sangat kuat..Bukan jeritan manusia..Aku tak pasti..Kemudian aku memandang ke belakang..Aku ternampak satu benda..Aku tak pasti.. Tiba-tiba..
"Is...Is..Is!"
Aku kemudian membuka mata aku...Aku melihat Ummar ade di depan mata aku..
"Bangun la..Banyak keje nak kena buat ni."
"Ha..Ok-ok..Dah pukul berape?"
Aku bertanya dalam keadaan mamai..
"6:30 Am.."
"Ouh..Ha pergi kejut yg lain dulu..Kejap lagi aku ikut.."
"Ok.."
Kemudian dia berlalu pergi..Aku bangun kemudian memandang tangan aku..Mimpi tadi..Syimir?Pelik..Benda ape tadi tu?
Aku keluar dari bilik dan dapat melihat mereka yg lain juga baru keluar dari bilik mereka..Nasib baik la ada chalet ni..Kalau tak,tidur mana la kitaorang malam tadi.Kemudian aku melihat Fakhrull naik ke tangga yg naik ke tingkat dua di mana kebanyakkan bilik terletak..
"Cepat la..Kita makan,pastu korang mandi,kita buat kerja sikit.."Kami menganggukkan kepala kami.Aku turun dari tangga.Aku dapat melihat Fakhrull sedang memasak manakala Ummar baru masuk ke dalam rumah dengan memakai tuala.
Aku turun dan terus duduk di meja makan."Kau pergi mana?"
Aku bertanya.
"Kitaorang mandi kat luar ramai-ramai.Yang lelaki aje la..Yg pompuan mandi kat bilik air.Pergi la.Ke kau nak join yg perempuan dalam bilik air?Diaorang mandi ramai-ramai dalam bilik air..
"Siapa?Budak pompuan?"
Ummar menganggukkan kepala..
"Fakhrull...Jom la.Pergi sekali dengan aku."
"Pergi la.Aku nak siapkan telur dadar ni.Sikit lagi nak siap."
Aku bangun dari kerusi dan naik ke bilik untuk mengambil tuala aku.Apabila aku selesai mengambil tuala,aku turun ke pantai tu dengan diaorang.Aku tengok mereka masih lagi mandi.
Aku meletakkan tuala aku di salah satu dahan pokok dan terus mandi."Weyh is datang,is datang."
Ahmad berkata.Aku hanya memandang mereka dan muka mereka semua seperti menahan daripada gelak.Pelik?Ya..Memang pelik..
"Korang ni pehal?Aku datang senyum-senyum pulak."
"Tak..Ahmad ni ha...Bodoh." Akmal berkata sambil tersenyum dan tergelak.
"Mad..Tanya la dia."
Niyaz berkata.
"Tanya apa?"
"Weyh is..Cuba kau teka..Org ape yg selalu menangis?"
Ahmad bertanya sambil tersenyum beruk..
"Entah."
"Org yg duduk dekat Kuala Kerai la."
Ahmad berkata sambil tersenyum.
"Ha?Ouh..Kuala KERAI..Bangang."
Aku berkata kemudian aku pun mengikut tergelak sekali.
●————————————————●
Kami masuk ke dalam rumah memakai tuala.Aku melihat Fakhrull baru habis memasak.Banyak lauk kampung yg disediakan di atas meja.
Kami pergi ke meja makan."Uish..Sedapnya.." Ummar berkata.
"Ha..Korang pergi pakai baju,ajak perempuan turun,tunggu aku mandi,kita makan.Amacam?"
Fakhrull berkata.
"Baek." Ahmad berkata.
Kami naik ke dalam bilik masing-masing dan memakai baju.Sedang aku memakai baju,aku memandang ke tingkap.Aku memandang secara terperinci..Macam ada..Satu sosok tubuh yg sedang mecangkung di dahan pokok berdekatan tingkap bilik aku.
Tiba-tiba aku ternampak seperti ada sepasang mata apabila mata itu bercahaya sekejap..Tiba-tiba,pintu bilik aku diketuk.."Is..Turun jom.Makan."
"Ha..Ok-ok.."
Aku memandang ke arah dahan pokok tadi..Benda tu...Dah hilang?
Pelik..Apa benda tadi tu?Benda tu ada kaitan dengan benda dalam mimpi aku tu ke?Dia ada kaitan dengan syimir hilang ke?●————————————————●
YOU ARE READING
TERKANDAS
HorrorSekumpulan org² dewasa yg pernah menjadi kawan yg rapat dahulu kini terkandas di sebuah pulau setelah di kapal yg dinaikinya di sabotage...Tambahan..Di antara mereka ade seorang pembelot yg mahu kesemua mereka mati dan ade suatu makhluk yg tidak dik...