BAB 9

158 10 3
                                    

"I minta maaf pasal semalam."

Sophia terkejut bila didatangi Farieth. Sesuatu di luar jangkaannnya.

"I tak minta you ke sini."

"I yang mahu ke sini. Tak salahkan? You kan tunang I walaupun belum rasmi." Farieth merapati kolam renang itu.

"You perli I Farieth?"

Farieth menggeleng-geleng kepala. Tuala di tangan Neng Sutini dicapai lalu dihulur pada Sophia yang mahu naik dari kolam renang itu.

"I tak perli. Memang kita akan bertunang dan you boleh datang rumah I bila-bila masa. I tak boleh larang sebab I tahu you memang degil."

"I tahu you marah I datang ke rumah you semalam sebab tu you tak habis-habis perli I." Sophia berjalan menuju ke meja tempat Farieth duduk. Dia mengenakan pijama dan melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Farieth.

"Tak salah you datang cuma silap I tak ada masa tu."

"Kalau you ada you akan menerima I dengan wajah mencuka? Then you akan cakap I tak perlu datang kerana kedatangan I tak diundang?"

"Sophia. Kalau pun I berhenti menyintai you tapi parents I dah jatuh hati pada you, I tak mampu lari." suara Farieth perlahan berbaur kesal.

"You tak ihklas terima I!" bentak Sophia.

"Ikhlas atau tak, you pun tahu takdirnya bagaimanakan? I tetap kena terima you dan I datang ni pun untuk minta you tetapkan tarikh pertunangan. Kalau perlu, you bincang dengan mama I tentang persiapan dari I untuk you. You uruskan segala-galanya but the most important thing that you have to know, I terima you sebab I hormat permintaan my parent dan bukan sebab I masih cintakan you!"

Farieth meninggalkan Sophia sebelum sempat Sophia membalas. Setelah agak jauh dia berpaling lalu tersenyum, cuba mengikhlaskan diri walaupun hatinya begitu sakit kala itu.

Sebentar kemudian BMW sport itu meninggalkan villa Mirna. Sophia terus duduk di kolam renang itu. Matanya tidak berkedip melihat air kolam yang jernih. Ketenangan itu membuatnya terfikir-fikir kembali perbualannya dengan Yasmeen.

"You ingat lelaki boleh lupa first love dia begitu sahaja?"

"Itu pendapat you! I yakin Farieth not like that." Sophia membantah pendapat Yasmeen.

"Habis tu kenapa you tinggalkan dia?"

Sophia menghempas tubuh ke tilam empuk. Yasmeen terus sibuk dengan make-upnya, meneliti wajah dicermin. Sophia memang bodoh, senang membuat keputusan terburu-buru. Bila jadi begini, dia juga yang dirujuk.

"Entah!!"

"I rasa, he still love you! You tinggalkan dia dulu bukan dia tinggalkan you! You sendiri kata you boleh dapat dia semula bila-bila masa."

"Itu dulu!" Sophia bersuara perlahan. Yasmeen tercegil lalu ketawa.

"Hei you're Sophia. Tengku Sophia Tengku Shariman. I knew you. You sendiri kata you tak pernah kisahlah sama ada you dapat memiliki dia kembali secara ikhlas ataupun tidak."

Sophia hanya tersedar apabila terdengar namanya diseru. Perbualannya dengan Yasmeen dua hari lalu hilang begitu saja. Tengku Khairiah tercegat di hadapannya sambil tersenyum.

SEDETIK LARAWhere stories live. Discover now