BAB 10

279 16 7
                                    


IMAN berkira-kira mahu minum petang ketika Datin Faridah datang ke butik. Wajah wanita awal lima puluhan itu dikenalinya kerana ada iras-iras Mak Long Safiah di kampung.

"Puan Asrina ada?" soalnya dengan senyuman.

Benar kata Farieth, emaknya juga cantik macam Mak Long di kampung. Dari wajah itu, mata dan kening Farieth dilihat seperti mamanya juga. Mata Farieth yang redup, mampu menyembunyikan apa jua sehingga kadang-kadang tidak menyedari lelaki itu marah.

Iman sedar dari lamunan.

"Maaf. Ini Datin Faridah ya?"

Dia pantas menghulur tangan dan disambut mesra oleh Datin Faridah. Setelah mempersilakan Datin Faridah duduk di sofa, dia segera mencari Asrina di belakang.

"Mama buat apa di sini? Kenapa tak bagitahu mama nak datang sini?"

"Mama tunggu Tengku Khairiah ni, mana pulak Tengku ni? Janji dengan kita pukul lima sekarang dah nak dekat pukul enam."

"Janji jumpa kat sini?" Asrina kehairanan. Datin Faridah mengangkat muka. Berkerut dia memandang Asrina terkebil-kebil.

"Mama nak ajak kamu sekali hi-tea di mana-mana coffee house kemudian carikan barang untuk Sophia." tingkah Datin Faridah. Matanya meninjau-ninjau ke dinding kaca, kalau kelibat Tengku Khairiah ada di luar sana.

"Kenapa nak ajak Kak Long pulak? Sophia punya barang, Sophialah kena cari sendiri. Kak Long tak tahu apa saiznya. Kakinya besar mana, dia nak barang macam mana, manalah Kak Long tahu mama?"

"Kak Long ikut ye?"

"Butik ni? Takkan nak tinggalkan butik ni macam tu aje. Mama ajelah pergi dengan Tengku Khairiah tu." Asrina mencari alasan. Malas dia mahu mengikut kerenah mamanya dan Tengku Khairiah. Beli sajalah apa yang patut. Inikan baru majlis bertunang?

"Pembantu kan ada?"

"Iman?" soal Asrina.

Baru sebentar tadi dia mahu membenarkan Iman pulang awal. Dua tiga minggu kebelakangan ini Iman sibuk menguruskan tempahan demi tempahan. Iman juga bertindak menjadi jurucakap bagi butiknya untuk pasaran fesyen Muslimah antarabangsa bulan depan dan banyak perkara harus di selesaikan. Sekurang-kurngnya Iman perlu berehat petang ini. Dia sendiri nampak Iman keletihan bekerja kuat sepanjang minggu.

Asrina pergi ke belakang mendapatkan Iman.

"Iman, akak nak keluar cari barang untuk bakal tunang Farieth. Boleh Iman tolong tengokkan butik?"

Iman mengangguk saja.

"Maaf Iman, kalau akak tak balik sampai pukul 9 malam ni, call Farieth. Minta tolong dia datang dan ambil barang-barang akak dalam bilik tu." pesan Asrina. Dia berjalan kembali ke arah Datin Faridah. Senyuman menyapa Tengku Khairiah yang baru sampai.

"Sorry you all tunggu. I lambat sikit sebab call si Sophia. I nak juga tahu apa yang dia mahu."

"Patutnya dia ada sekali. Biar barang-barang dia betul-betul muat dan sesuai." sambut Datin Faridah.

"Tak kisah lah. Asrina ni pun boleh jadi pengukur. Biarpun janda, body dia lebih kurang sama aje." Tangku Khairiah bersuara sinis, melirik pada Asrina. Datin Faridah hanya kelat. Asrina menyumpah dalam hati. Dirasakan senyuman Tengku Khairiah itu membakar hatinya.


"KAHWIN atas pilihan keluarga. Keputusan emak dan ayah. Itu maksud abang?" kedatangan Farieth ke butik itu mengejutkan. Farieth datang awal dari waktu yang dijangka. Dia sendiri belum menghubungi lelaki itu agar datang ke butik mengambil barang-barang Kak Longnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 28, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEDETIK LARAWhere stories live. Discover now