PROLOG

387 17 1
                                    

DARI jauh, kala infra merah melatari bersama himpunan batu-batu dalam cahaya senja yang makin suram warnanya, Iman berteleku memeluk tubuh yang semakin dingin dirasakan.

Tiada apa yang mahu dikisahkan pada batu-batu ini. Segalanya sudah berakhir kala takdir meminggir dirinya jauh dari kebahagiaan.

Salahkan takdir? Ah, dia tidak bisa menyalahkan takdir. Dia bukan sesiapa, mahu menentukan perjalanan hidup seperti impiannya. Dia bukan sesiapa mahu kehendak tuhan diubah dan digubah seperti harapannya dan dia bukan sesiapa mahu mengembalikan segalanya seperti asal.

Nashrul!

Kita tamatkan cinta kita di sini. Kita singkirkan segala cinta yang ada agar kita bebas untuk bersua dan untuk hari seterusnya, anggaplah perasaan kita tak pernah sengketa!

Luka?

Ya, sekalipun aku luka dengan keputusan ini! Kala aku terumbang-ambing, resah sikapmu, terlalu luka rasanya. Sesungguhnya luka ini hebat menduga, merobek rasa namun aku harus tega. Sesekali tidak perlu lemas kerananya. Farieth banyak merawatnya walau mungkin di hatinya tidak pernah menyedari betapa aku terpaut padanya. Sekian waktu, berdosakah aku merelakan cinta ini mekar kembali di laman nuraninya? Atau tersisihkah aku, menyintainya dalam kabut resah, atas nama persahabatan yang telah aku langgar sempadannya?

Farieth!

Harusnya bagaimana kita? Lepas, tinggal dan bebaskan perasaan yang sekian lama terseksa? Atau tamatkan jua kerana aku bukan ratu cintamu? Ah, sukar jalan yang kau hadirkan buatku. Aku bisa kalah lalu saat memaksa aku melangkah pergi, mencipta sepi yang tidak bertepi. Hadirmu mungkin hanya mimpi!

Iman sendu. Dia selalu mahu adil pada semua tapi ternyata ia terlalu sukar!

Ini kisah cintanya. Kisah hati dan ini juga kisah lukanya. Harus dikhabarkan pada siapa?

Pada bayu?

Pada mentari?

Pada gelora?

Pada senja?

"Iman!"

Iman berpaling. Redup mata itu membening harapan dan hanya ucap maaf yang keluar dari bibir itu. Tiba-tiba dia menjadi begitu rindu!


SEDETIK LARAWhere stories live. Discover now