HANDPHONE yang baru digunakan selama setahun itu diketuk-ketuk dengan jari-jemari. Mulutnya tidak henti-henti mengomel dengan sepasang kening yang berkerut-kerut.
"Beli ajelah phone baru. Dah nazak sangat dah tu." Tegur Danish dengan muka selamba. Di tangannya ada novel cinta seperti biasa. Tidak lama lagi adalah dia menangis tersedu-sedan apabila membaca part yang menyedihkan.
Danial mendengus, "Baru aje beli kot!"
"Baru beli pun... Kalau dah nazak baik kau beli yang baru. Sampai bila kau nak pinjam phone abang untuk whatsapp kawan-kawan kau?"
"Ala... Apa salahnya? Abang kan dah takde girlfriend sekarang..." Sindir Danial.
Kata-kata Danial menyebabkan Danish melempar kusyen dan tepat mengenai muka adik kembarnya itu.
"Adui... Sakitlah!" Marah Danial sambil menggosok-gosok muka.
"Lain kali kau sebut lagi pasal tu, dapur gas abang lempar!" Ugut Danish seraya berlalu masuk ke bilik tidurnya.
Danial mencebik. Abangnya memang selalu melempar kusyen ke arahnya setiapkali marah. Dia pula tidak reti-reti lagi mahu mengelak dengan sempurna. Telefon ni pun satu! Rosak pulak!
Akhirnya handphone itu dia buang ke dalam tong sampah akibat terlalu bengang. Malas dia mahu membaikinya kerana warranty baru sahaja tamat dua tiga hari yang lalu. Malang sungguh nasibnya! Dia tahu membaiki handphone boleh memakan duit yang banyak... Lebih baik dia membeli yang baru sahaja.
HABIS DUIT AKU!
*****
2 HARI KEMUDIAN...
Kotak yang berbalut kertas hadiah menarik perhatian Danial. Ia terletak cantik di atas meja dalam biliknya. Hadiah siapa pula ni? Warna merah jambu berbunga mawar pula tu... Tak syak lagi pasti daripada Danish.
Kotak yang berbalut cantik itu dicapai dengan rasa teruja. Dia membukanya perlahan-lahan. FULAMAK!
Dia berlari keluar untuk mendapatkan abangnya yang ketika itu sedang sibuk di dapur untuk mengambil sesuatu. Danial memeluk abangnya sambil berteriak penuh kegembiraan.
"Thank you! Thank you bang! I love you!!"
"Sabar.... Tolong abang bawak ni keluar." Danish tersenyum. Di tangannya ada kek hari jadi mereka berdua. Hari itu merupakan hari kelahiran keduanya. Maka genaplah usia mereka yang ke 24 tahun.
Danial mengambil air bergas dan berlari meletakkannya di atas meja di ruang tamu. Dia betul-betul gembira kerana abangnya telah membelikannya telefon bimbit baru. Selepas ini tiadalah dia asyik menggunakan handphone abangnya.
Malam itu, Danial terlalu asyik menggunakan handphone barunya. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman manis. Dia memuatnaik aplikasi whatsapp ke dalam handphone dan akhirnya dapat berkomunikasi dengan kawan-kawannya. Sudah tidak perlu meminjam whatsapp abangnya seperti sebelum ini.
Tepat jam 12 tengah malam, dia terlena dengan handphone di atas dada.
*****
NOTIFIKASI dari whatsapp mengejutkannya dari lena. Ia datangnya dari nombor yang tidak dikenali. Sudah pukul 2 pagi. Siapa pula yang menghantar chat whatsapp kepadanya pada pagi-pagi buta seperti ini? Sudahlah daripada nombor yang tidak dapat dikenalpasti pula tu.
Chat itu dibuka.
Ada foto yang telah dihantar tetapi ia tidak mempunyai imej apa-apa. Hanya warna hitam sahaja. Berkerut dahi Danial. Siapa pula yang prank ni?
Dia menutup aplikasi itu lalu menyambung tidur. Beberapa saat kemudian, notifikasi whatsapp kembali berbunyi. Ada satu lagi imej dihantar ke nombor telefonnya. Kali ini ada imej putih seperti asap di sudut tepi warna hitam itu.
DANIAL : Weii sape ni?
UNKNOWN : . . .
DANIAL : Janganlah main-main. Ni Zakry ke? Baik mengaku!
UNKNOWN : . . .
Danial mengetap bibir. Pasti Kerja Zakry! Kawan baiknya memang terkenal dengan sifat mengusik. Geram betul!
Dia kembali menaip di kotak chat tersebut.
DANIAL : Ngaku jelah wei! Zak!
UNKNOWN : [ Image ]
Imej yang sama telah dihantar. Danial benar-benar bengang. Dia sudah malas mahu melayan Zakry. Esok taulah dia mengajar pemuda itu. Tengoklah nanti!
*****
ZAKRY benar-benar menafikan yang dia telah menghantar mesej whatsapp berbaur prank ke nombor telefon Danial.
"Kau jangan tipu aku Zak!"
"Ya ALLAH, memang bukan akulah."
"Jembalang kot?" Ujar pemuda berbangsa cina yang bernama Simon. Kemudian dia ketawa terkekeh-kekeh.
Danial mencebik.
"Jembalang tu engkau!" Balasnya. Tawa Simon dan yang lain semakin kuat.
"Apa yang dia hantar?" Tanya Raj. Dia agak berminat mahu tahu dengan lebih lanjut.
Belum sempat Danial mahu menjawab, rakan-rakan yang lain memanggil mereka untuk meneruskan permainan futsal. Handphone dia letakkan di atas bangku bersama handphone-handphone yang lain.
Notifikasi whatsapp berbunyi sekali lagi.
UNKNOWN : [ IMAGE ]