5

2.4K 90 3
                                    


"TAK MAU BUKA PINTU?" Soal satu suara halus dari luar...

Berderau darah dua beradik itu. Sekarang mereka diganggu dari arah luar rumah pula. Benarkah mereka sedang diganggu oleh syaitan iblis sekarang? Tiada seorangpun dari mereka yang berani untuk pergi membuka pintu utama. Mahu pergi mengintai pun tidak berani.

Keberanian Danial juga jatuh merudum. Tidak seperti tadi.

TOK! TOK!

Kedengaran bunyi ketukan di pintu dapur pula. Mereka yang sedang berada di tengah-tengah rumah hanya mampu menggigil ketakutan. Bacaan ayat-ayat suci juga sudah tidak lancar meniti di bibir.

TOK! TOK!

"Aku dah datang." Ujar suara itu dari luar pintu dapur.

Ya ALLAH.... Apa yang harus mereka lakukan sekarang? Danish memandang adiknya. Selalunya Danial yang banyak bertindak jika hal seperti ini berlaku. Contohnya ketika kes almari dan ketika pulang ke kampung nenek mereka sebelum ini. Masa kes arwah Tok Wan pun si Danial berani pergi menghulurkan bantuan.

"Nak buat apa ni?" Bisik Danish. Dia sudah memeluk lengan adiknya.

Danial mendiamkan diri. Otaknya ligat berfikir. Penat juga asyik kena ganggu sahaja. Tak habis-habis. Entah apa silapnya.

"Abang beli kat mana phone saya ni?" Dia tiba-tiba bertanya. Selalunya ada sahaja yang tidak kena jika abangnya membeli sesuatu.

"Kat kedailah. Takkan kat bank pulak."

"Phone ni yang berpuaka agaknya..." Danial menunjuk ke arah phone yang terletak di atas kabinet televisyen.

Danish terdiam. Betul ke? Teringat pula dengan kereta dan almari yang pernah dibelinya sebelum ini. Memang berpuaka betul. Tapi manalah dia tau! Bukannya dia nampak benda-benda tu ada penunggu!

"Manalah abang tau! Dah kau takde handphone...Abang yang murah hati ni belikanlah!" Tempelak Danish seraya melepaskan lengan Danial. Kecil hati betul dia.

Danial melepaskan keluhan panjang. Sempat pula mereka bertekak. Pertengkaran itu terhenti apabila bunyi ketukan kembali bergema. Kali ini di tingkap kaca dapur pula. Bunyi ketukannya tajam dan halus menusuk ke telinga. Bagaikan bunyi kuku panjang runcing sedang mengetuk kaca tingkap. Danish kembali memeluk lengan adiknya.

Jantung mereka berdegup laju apabila kedengaran tingkap dibuka dari luar, TAPP!

Danial melangkah perlahan menuju ke ambang pintu dapur dan berdiri di balik pintu. Pandangannya ditujukan ke tingkap dapur yang kini sudah terbuka sedikit. Ada secebis kain putih lusuh kelihatan terbuai-buai di situ. Jantung Danial bagaikan mahu luruh! Kejadian itu turut disaksikan abangnya yang kini berpeluh-peluh.

Tiada suara yang kedengaran. Hanya secebis kain putih yang diyakini kain kafan berada di celah tingkap yang terkuak. Angin yang bertiup di luar membuatkan ia bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Ingin sahaja Danial berlari ke dapur dan menutup jendela itu tetapi dia tidak berani!

Danial menarik nafas dan menghelanya perlahan sebanyak beberapa kali. Kemudian dia kembali mengintai ke jendela dapur. Lututnya menggeletar apabila ada mata yang turut mengintai ke arahnya dari jendela itu. Danial cepat-cepat menyembunyikan dirinya.

"Ya ALLAH...." Mulutnya terkumat-kamit. Danish panik.

"Kenapa Danial???"

"Ada benda kat luar jendela dapur kita bang." Jelasnya dengan suara yang tersekat-sekat.

"Benda apa?" Danish menanyakan soalan bodoh. Ya, dia tahu tetapi dia ingin mendapatkan kepastian.

"Benda berkain putih bang...."

Mata Danish terbeliak. Dia menelan liur, "Kau nampak ke?"

Danial mengangguk-angguk, "Jendela dapur terbukak bang. Risau saya kalau benda tu masuk ke dalam."

"Kalau tak bukak pun benda tu boleh masuk Danial!"

Okay, ada logiknya. Itukan syaitan iblis. Danial sudah sakit kepala memikirkan apa yang perlu mereka lakukan. Akhirnya dia mencadangkan supaya mereka keluar sahaja. Malam itu mereka akan tidur di hotel. Handphone berpuaka itu mereka akan tinggalkan di rumah jika itu penyebab kepada masalah ini.

Mereka bergegas ke bilik untuk mengambil dompet dan beberapa barang yang berharga dan perlahan-lahan berjalan ke pintu untuk keluar. Namun ternyata rancangan mereka rosak kerana makhluk itu masih berdiri di luar pintu utama. Menanti pintu dibuka supaya dia boleh masuk ke dalam.

"Kita keluar ikut pintu dapur..." Usul Danial. Mungkin jembalang itu sudah tiada di dapur tapi ternyata tanggapannya silap. Ia masih ada di luar jendela. Tegak seperti mannequin.

Dua beradik itu benar-benar hilang punca. Bagaimana mereka mahu keluar dari situ?

"Kita pasang VCD ayat Quran..." Danish berkata. Dia berlari ke ruang tamu dan ketika cakera padat diletakkan ke atas pemainnya, elektrik tiba-tiba terputus. Sekali lagi rancangan mereka musnah.

Kini apa yang mereka lakukan ialah berdoa pada Yang Maha Esa. Sambil-sambil mengumpul kekuatan dan cuba mengingati ayat-ayat suci yang kadangkala menghilang dari layar ingatan.

TAPP!

Bunyi jendela dibuka dengan lebih luas menyapa pendengaran dua pemuda itu. Danial meminjam handphone abangnya. Dia akan menyuluh ke dapur untuk memeriksa apa yang sedang berlaku ketika itu. Dia harus berani walau apapun yang terjadi. Dia sebagai adik yang maskulin harus melindungi abangnya yang lemah semangat.

Mereka mengatur langkah seperlahan yang mungkin dan berhenti di balik pintu dapur. Danial menghalakan skrin handphone ke jendela dapur dan melihat kain putih tadi semakin panjang terjulur di jendela dapur yang semakin luas terkuak.

Astaghfirullahaladzim.

WHATSAPPWhere stories live. Discover now