3

2.7K 98 21
                                    




NOTIFIKASI yang masuk ke kotak whatsapp tidak dipedulikan. Apa yang penting ialah keselamatan mereka berdua pada ketika itu. Danial khuatir jika benar-benar ada seseorang di bawah katil abangnya. Kain cadar itu dia pegang.

Danish hanya membisu seribu bahasa dan hanya memerhatikan apa yang sedang dilakukan Danial. Dia pasti Danial ada alasannya sendiri.

Danial membuat kiraan di dalam hati. Selepas kiraan 3 dia akan menyelak untuk mengintai apa yang sedang bersembunyi di situ. 1...2...3!

Kain cadar diangkat dan mata Danial terpaku pada bawah katil Danish. Tiada apapun di situ kecuali beberapa kotak berisi kasut lelaki itu. Danial memeriksa dengan lebih teliti dan tiada apa-apa yang dia temukan di ruangan itu. Mesej whatsapp dia baca.

UNKNOWN : Just kidding.

Danial mengetap bibir. Tak guna! Nampaknya dia telah dipermainkan oleh si unknown secara bertubi-tubi. Dia benar-benar bengang.

DANIAL : Kau ni sape hah? Kau nak main-mainkan aku nampak? Kalau betul anak jantan, tunjuk mukalah wei!

UNKNOWN : [ Image ]

Berkerut kening Danial tatkala melihat imej yang baru diterimanya itu. Ada sepasang mata putih di sebalik kegelapan malam. Ini sudah melampau!

DANIAL : Kalau betul-betul berani tunjuklah muka kau! Kau tunjuk muka jembalang buat apa!

UNKNOWN : Kalau aku memang jembalang.... Macam mana?

Danial terdiam. Dia melirik ke arah katil abangnya sekali lagi. Entah mengapa hatinya berdebar-debar pula. Tetapi dia anak jantanlah! Dia bukan seorang yang penakut! Lama dia merenung skrin handphone sehingga menimbulkan rasa pelik dalam hati abangnya.

"Kenapa ni Danial? Dari tadi abang tengok kau pelik aje..."

Danial menggeleng perlahan.

"Kau ingat abang buta? Kalau takde apa-apa, takkan kau check bawah katil abang." Danish tidak berani mendekati katilnya. Entah-entah ada raksasa ke bawah katilnya.

"Ada someone suka whatsapp saya dengan mesej pelik-pelik."

"Kau kenal tak sape?"

"Kalau kenal, senanglah pulak kerja saya. Saya dah tanya member-member, memang bukan dia orang."

Rasa pelik Danish semakin bertambah. Dia meminta handphone dan mahu membaca mesej-mesej itu sendiri. Mungkin dia boleh bantu kenalpasti nombor telefon yang sedang mempermainkan adiknya.

"Abang pernah nampak ke nombor tu?" Soal Danial.

Danish mengeleng-geleng. Dia memang tidak pernah mengenali nombor telefon itu. Display picture dia periksa. Hanya imej berwarna hitam. Apa tujuan insan ini mengganggu adiknya?

"Peminat kau tak?" Tebaknya.

"Hisy! Ada-ada ajelah abang ni..."

"Yalah.. Kau kan kacak macam abang... Mestilah ramai peminat."

"Tapi saya lebih maskulin, lebih macho kot..." Balas Danial sambil tersengih lebar. Terlupa seketika tentang apa yang sedang menimpanya.

"Eh ada mesej...." Danish cepat-cepat membuka kotak mesej tersebut.

UNKNOWN : Hello Danish.

Terperanjat Danish apabila disapa begitu. Bagaimana unknown ini tahu dia yang sedang membaca mesej itu? Dia melempar handphone ke katil.

Danial tahu ada sesuatu yang menakutkan sedang berlaku. Jika tidak, abangnya tidak akan bertindak begitu. Selepas membaca mesej tersebut, dua beradik itu berlari hingga keluar rumah. Mungkin unknown ini sedang mengawasi gerak-geri mereka dari luar.

"Takde sapepun kat luar ni. Kita masuklah." Ujar Danish dengan hati yang berdebar. Apa yang sedang berlaku ke atas diri mereka itu sangat aneh. Keselamatan mereka mungkin dalam bahaya.

"Esok kita buat report polis pasal ni." Danish memberi usul. Danial bersetuju. Sebelum apa-apa yang lebih teruk berlaku pada diri mereka, baik lah mereka membuat laporan polis secepat mungkin.

Notifikasi whatsapp kembali berbunyi. Sekaligus membuatkan kembar itu terdiam.

"Baca...." Arah Danish.

Kotak chat dibuka.

UNKNOWN : Kau takkan nampak aku tapi aku nampak kau.

DANIAL : Kau ni sape hah?! Meringkuklah kau dalam lokap!

UNKNOWN : Aku kan dah cakap tadi...

DANIAL : Apa?!

UNKNOWN : Aku jembalang hahahaha....

Jantung Danish dan Danial bagaikan mahu tercabut apabila membaca mesej itu. Mereka berdua melepak di ruang tamu pada malam itu. Jika berlaku apa-apa, mereka akan segera keluar dari situ. Ada imej yang diterima sejurus selepas pukul 12 tengah malam.

"Dia tulis apa?" Tanya Danish.

Danial menelan liur, matanya meliar ke setiap sudut ruang tamu itu. Imej yang dihantar itu merupakan imej dia dan Danish yang sedang duduk di ruang tamu.

UNKNOWN : Nampak tak?

DANIAL : Nampak apa?

UNKNOWN : Aku....

DANIAL :

UNKNOWN : ...duduk kat sebelah abang kau.

Dahi Danial berpeluh. Perlahan-lahan dia angkat muka dan memandang ke arah Danish...

WHATSAPPWhere stories live. Discover now