Kindly leave your comments and vote bebanyak😍Smile annd let everyone know that today you've a lot stronger than you were yesterday
💝
AIRIS HANANI POV
Nama Airis Hanani
Bermaksud bunga iris kesayanganku.
Indah bukan?
Hidupnya tidak seindah namanya.
Selama 20 tahun dia belajar untuk hidup berdikari tanpa ayah dan ibu disisinya.sejak kematian ayah dan ibunya kerana kemalangan, dia dijaga oleh mak tehnya.
Kehidupannya sekarang susah.mak teh tidak mampu membayar kos pembelajaran walaupun keputusanya cemerlang.
Namun setahun yang lalu dia telah melarikan diri dari kampungnya.berbekalkan duit sebanyak 300 ringgit sahaja, dia lari dari rumah ke Kuala Lumpur.tiada seorang pun yang tahu tentang itu kecuali mak tehnya.
Biarlah dia mencari rezeki disini.satu hari nanti dia pasti akan kembali ke pangkuan mak tehnya.hanya mak teh yang menerima dirinya.
💝
Papp!
"Woih.aku suruh kerja bukan mengelamun."jerit seorang wanita kepadanya.
"Ma-af Puan Mariah."
"Eh kau ni nak keje ke tak dekat sini.kalau kau nak keje buat cara nak keje.aku ambil kau untuk jadi waiteress dekat sini.kalau kau tak nak keje baik kau belah."
Aku menggenggam erat hujung uniform yang aku pakai.
Haih.nasib kau lahh kena marah dengan Singa Jadian.
Opss!!
Itu panggilan semua pekerja di restoran ini.
Aku baru je masuk kerja.mataku memandang kearah nametag yang tersemat didadanya.mulutnya dari tadi tak berhenti mengomel.
Yang tu salah ini salah.aku pun naik pening kepala.
Alahh..setakat SUPERVISOR je pun.bising mengalahkan Boss.
Aku rasa waktu mak dia mengandungkan dia dulu.mak dia tertelan microphone kot.itu sebab suara mengalahkan hape lagi.sikit hari mau berdarah telinga aku ni.
"Dah pergi buat kerja sekarang.jangan goyang kaki pulak."katanya lagi sebelum meninggalkan aku.
Aku mengeluh perlahan.baru sebulan kerja di kota metropolitan ini memang mencabar kesabaran betul.
Aku memandang sekeliling restoran.masing masing tidak mengambil kesah hal aku dengan Singa Jadian tu.mungkin semua dah tahu perkara macam ni akan terjadi.bila kuli kena marah.
Mujur saja gaji disini agak tinggi memandangkan restoran ini restoran yang mewah.
"Oit..kau okey tak Airis?"tanya Darlia housemateku.
"Okey je"jawabku perlahan.tanganku masih menggenggam erat baju sambil menggigit bibir.
"Alah.kau kena biasakan diri kau tu kalau kau nak kerja dekat sini.biasalah mulut Andartu Singa memang macam tu."
"Andartu?"tanyaku dengan nada yang perlahan.
Ni kalau Singa Jadian tu perasan mesti kena lagi.silap haribulan boleh kena buang kerja.
"Yelah ngek.kau ni pun satu yang kau sebut PUAN tu apehal?dia tu tak kawin lagi lah"
Aku menepuk dahi.
Patutlahh dia marah semacam.
"Ehh dah laa.nanti aku sembang lain.tu ada customer"kataku lalu berjalan kearah dua lelaki tersebut.
💝
"Assalamualaikummmm!"jerit Darlia dari luar.
"Oiiii tak nak bukak pintu ke.aku nak terkucil dah ni!!"katanya lagi.
"Haish.sabar laa sikit"
Aku tergeleng melihat Darlia.dari dalam kereta lagi mulut bising milik Darlia tak henti henti bercerita.sekarang ni terkepit kepit tahan nak terkucil.
"Haa kau bukak pun"kata Darlia kepada housemate kami Ulaiyya.
Sedapkan nama dia Ulaiyya.tapi tak sesedap perangai.Si Ulaiyya ni kalau dengan Si Darlia memang tak boleh duduk sekali.boleh meletup rumah ni.
"Ehh kau ni tak de kunci rumah ke.Asal tak bukak sendiri je.menyusahkan aku je."katanya sambil membukak pintu grill.
"Arghh.persetankan semua itu.aku nak KENCING!!!!"
Habis segala barang dapur dilempar di depan pintu.
Hajatnya harus ditunaikan dahulu.
"Kau beli apa Ris"tanya Ulaiyya.
"Barang masak.harini biar aku yang masak untuk malam nanti."tanganku lincah mengeluarkan bahan bahan dari peti sejuk.
"Woahhhh.syoknyaaa tak payah masakk!!"
"Memang selama ni dia yang masakkan untuk kita.kau tu yang selalu goyang kaki je."kata Darlia kepada Ulaiyya yang baru sahaja keluar dari tandas
"Ishh.kau ni menyebok je.kau kata dekat aku tapi kau pun sama je."bahu Darlia ditolak perlahan.
"Hehe.aku memang.kalau nak tunggu aku dengan kau yang masak.alamatnya tak berasap laa dapur tu Cik Ulaiyya Aqilah oi.."
"Dah laa dari korang bising je.meh tolong aku potong sayur ni ha."
💝
Aku menghempaskan badan diatas tilam single milikku.Alhamdulillah setelah aku melarikan diri dari kampung, aku berjumpa dengan Ulaiyya dan Darlia.kebetulan mereka mencari housemate baharu.
Dari situlah aku mengenali mereka.dan sehingga lah sekarang aku menetap di rumah teres ini.
Handphone jenama Asus berwarna gold itu aku capai.Nombor seseorang aku dail.
Betul ke tindakkan aku ni.
Tutttt..tuttttt..
"Helo Assalamualaikum."
Suara itu.suara yang aku rindu setelah setahun lalu.
Tubir mataku hampir pecah.aku cuba untuk bertahan takut di dengari oleh suara disana.
"Siapa ni?"tanya suara itu lagi.
Lembut suaranya yang seakan akan arwah ibu membuatkan aku semakin merindui wajahnya.
"Ishh.ni mesti budak budak yang main ni.tah ape lagi."
"Hello?ada sesiapa disana?"suara itu bertanya lagi.
"Kalau tak mak cik letak ni"
Aku tersentak.
"Ma-mak teh"sebutku perlahan.
Serta merta air mataku laju membasahi kedua pipi.
#Grazie#
Typo harap dimaafkan
YOU ARE READING
Mr. Prince Ice Berg
RomancePerubahan plot dibuat!! Tengku Arash Ezaril&Airis Hanani 🐯 "Rash" "Ye" "Macammana nak pikat hati lelaki?" "Siapa?" "Awaklah.saya nak pikat hati awak" "nonsense" 🐯 "Andai satu hari nanti saya dah tiada ruang dihati awak lagi. Izinkan saya pergi"- A...