My heart is perfect because...you are inside. - Unknown
💝
" Kita nak buat apa dekat sini?" tanyaku seraya kereta BMW milik Tengku Arash Ezaril berhenti di salah satu shopping complex terkemuka disitu.
"basuh kereta" jawab Tengku Arash dengan nada sarkastik.
"tak lawak la Tengku." aku memandangnya tajam.
"kau rasa kalau datang sini nak buat apa? Soalan kau tu boleh tak bagi cerdik sikit. Kau sekolah ke tak? Ke nak aku sekolah-kan kau balik?"
"Ehh, tahu lah Tengku tu educated sangat pun. Ada pulak nak sekolah-kan kita" jawabku perlahan.
"Dah tak payah banyak cakap. Jom ikut aku."
Aku seraya membuntuti langkah Tengku Arash dari belakang. Rata rata orang disekeliling memerhatikan kami.
Eh!pembetulan.
Bukan kami tapi Tengku Arash. Macam artis pulak diani.Hensem sangat ke?
Aku memperlahan langkah. Mataku masih lagi memandang tubuh tinggi milik Tengku Arash.
Dari belakang not bad. Bila tengok muka pula tak dinafikan handsome! Tapi bila bukak mulut. Ayat yang menyakitkan hati saja yang keluar.
Failed terus.Kalau wujud Tengku Arash ni versi bisu lagi bagus. Aman sikit dunia!
Bukk!
"Aduhh" dahiku terasa pedih.
"Tuhan bagi mata kau buat apa? Jalan tengok depan bukan tengok lantai. "kata suara itu.
Bibir aku cebikkan ke hadapan. Tanganku perlahan lahan menggosok dahi. Haishh ini aku langgar badan manusia tapi sakit macam langgar tiang.
Kami berjalan menuju ke sebuah butik pakaian MacLyna.
Kesemua rekaan bajunya sangat menarik perhatian. Siapa tak kenal butik rekaan MacLyna. Jenama tersohor di Malaysia tambahan baru baru ini melebarkan sayapnya dalam bidang ini ke luar negara. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu membeli busana dari MacLyna.
Aku melabuhkan punggung diatas sofa sementara menunggu Tengku Arash. Sebenarnya aku masih tidak tahu apa tujuan aku dibawa ke sini.
"Nah!" sepasang dress peplum berwarna nude dihulurkan kepadakku.
"untuk?" tanya aku kembali tanpa menyambut hulurannya.
"try this. Aku nak tengok" terus tubuhku ditolak ke fitting room.
"Kalau saya tak nak?" Soalku.
"Kalau kau berani cubalah. Aku boleh je nak tolong pakaikan baju tu untuk kau.kau nak?"ujarnya sambil memandang aku atas bawah.
YOU ARE READING
Mr. Prince Ice Berg
RomancePerubahan plot dibuat!! Tengku Arash Ezaril&Airis Hanani 🐯 "Rash" "Ye" "Macammana nak pikat hati lelaki?" "Siapa?" "Awaklah.saya nak pikat hati awak" "nonsense" 🐯 "Andai satu hari nanti saya dah tiada ruang dihati awak lagi. Izinkan saya pergi"- A...