Sebelum baca tekanlah vote dulu!!
Sometimes the dreams that come true are the dreams you never ever knew you had
💝
Airis Hanani POV
Aku merapikan rambut lurus milikku dihadapan cermin tandas. Sekarang sudah habis waktu kerja jadi tinggal dia dan beberapa pekerja yang tinggal.
Mop sudah disimpan didalam stor setelah selesai mencuci.
Sepatutnya cleaner yang perlu buat kerja ini. Tapi katanya cleaner cuti harini jadi alih alih dia jugak yang perlu buat kerja ini.
Tak apalah dah terbiasa buat kerja mencuci ni. Sebelum ini pun dia pernah bekerja di petrol pump. Setakat kotor macam ni benda simple.
Lagipun restoran ini restoran mewah takkan nak kotor teruk sangat pun.
Aku melangkah keluar dari tandas menuju ke loker pekerja. Disini setiap pekerja diberikan satu loker kecil untuk mengisi barang peribadi.
Uniform restoran dibuka lalu diganti dengan baju kemeja petak berwarna merah hitam. Didalamnya aku sarungkan t shirt putih.
Uniform disimpan didalam beg. Esok hari cuti jadi dia perlu membawa pulang kesemua baju uniform untuk dibasuh.
"Airis! " tegur satu suara.
Aku menoleh ke belakang.
Aku tersenyum nipis kearah En. Naufal yang berjalan kearah aku.
"Awak nak balik dah kee?"
Tak lah aku nak berkampung dekat sini ha. Nak je aku jawab macam tu.
"Haah."
"Awak balik naik apa?" Aku mengangkat helmet kearahnya.
Takkan tak faham lagi mestilah aku naik motor takkan nak naik teksi pakai helmet pulak.
"Ohh. Saya baru nak tumpangkan awak. " jawabnya setelah melihat helmet ditanganku.
"En. Naufal kalau tak ada apa apa saya balik dulu. Lagipun dah lewat ni "
"Esok awak free kan? Kita keluar esok ye."
"Ehh. Saya kerja eso-ok dekat tempat lain" jawabku mencipta alasan.
Banyaklah kau punya kerja.
"ohh yeke melepas lagilah saya nak date dengan awak ni." katanya dengan perlahan.
"Apadia?! " tanya aku sekali lagi. Tak silap tadi telinga aku dapat dengar.
"tak apalah saya balik dulu. Assalamualaikum hati hati bawak motor tu"
YOU ARE READING
Mr. Prince Ice Berg
RomancePerubahan plot dibuat!! Tengku Arash Ezaril&Airis Hanani 🐯 "Rash" "Ye" "Macammana nak pikat hati lelaki?" "Siapa?" "Awaklah.saya nak pikat hati awak" "nonsense" 🐯 "Andai satu hari nanti saya dah tiada ruang dihati awak lagi. Izinkan saya pergi"- A...