Mengisahkan tentang Dylia, seorang gadis bersikap kasar semenjak dari kecil lagi. Tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah kerana ayahnya memilih untuk berkahwin dengan perempuan lain. Sejak itu, dia benci pada kaum lelaki. Baginya, lelaki semuanya sama, suka menindas kaum wanita. Bila memasuki alam remaja, Dylia bertemu dengan ramai jenis orang namun, dia tetap benci pada lelaki.Semasa sekolah menengah, seorang guru baru didatangkan dari bandar besar, Airiez. Airiez seorang guru yang baik namun memiliki tubuh yang sedikit gempal. Dylia benar-benar rasa dimalukan oleh rakan-rakan sekolah bila Airiez meluahkan rasa cinta terhadapnya. Bukan saja Dylia bencikan Airiez malah, semua lelaki itu sama baginya.
Airiez menerima penghinaan Dylia sebagai cabaran untuk kuruskan badan. Dia akan tebus balik penghinaan itu di depan Dylia nanti.Setelah memasuki alam dewasa, Dylia berjaya mendapat pekerjaan dalam satu syarikat butik pemasaran, White Design. Saat pertama kali bersemuka dengan boss besar merangkap CEO syarikat, Dylia terkejut melihat bekas gurunya satu ketika dulu, Airiez. Dylia terkejut melihat penampilan Airiez yang jauh berbeza berbanding dulu. Penampilan baru yang bakal meruntunkan hati para gadis namun, di hati Airiez hanya tertulis nama Dylia.
💖Sedikit prologue pendek dlm #EncikBossDanCikSecretary..nantikan part 1 yg tdk lma lg bkl sa share dlm album😘
#Bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/134603435-288-k341193.jpg)