Aku Ingat Lagi...

1.1K 10 1
                                    


"Ya Allah, aku nervous!" tapak tangan aku berpeluh dari tadi...Rasa melekit! aku keringkan tangan pada jeans biru tua yang aku pakai hari ini. Aku genggam kedua-dua lutut aku sambil menggoyang-goyangkan kakiku (ini cara aku kurangkan rasa risau aku). Aku mengetap bibir aku sambil mataku memandang ke arah lantai yang bersih berkilat, maklumlah tempat aku interview sebagai seorang personal assistant CEO hotel terkenal di seluruh dunia, Hotel PeaceView (orang selalu panggil Hotel PV je) yang terletak di tengah bandar Kota Kinabalu ni. Aku pun tak sangka yang aku boleh kena call untuk interview ni sebab maklumlah SPM aku nyawa-nyawa ikan dan aku ni malas sangat nak sambung belajar. So, aku ikut je nasihat mak aku untuk terus je cari kerja lepas habis SPM sebab buat apa aku nak susah-susah masuk universiti atau sambung belajar dengan otak aku yang berkarat ni.

Setelah dengar kata-kata mak aku, satu hari tu aku search online jawatan kosong. Aku main apply je semua kerja yang ditawarkan di website applyjob.com.my di laman web Mr. Google (selagi kerja tu halal dan boleh dipercayai). Selepas aku selesai apply semua jawatan kosong yang tertera di website tu, semangat aku untuk cari kerja semakin punah sebaik sahaja aku mengenangkan keputusan SPM aku tahun lalu..... 3A, 2B+ dan 4B- hahahah . Sebenarnya, aku dah cukup happy dengan keputusan aku sebab aku LULUS! Walaupun aku ulangkaji seminggu sebelum peperiksaan, aku Lulus! Mungkin berkat aku doa minta ampun daripada Allah sehari sebelum hari pertama menduduki ujian SPM. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Namun, mak ayah aku seperti biasa, mereka kecewa dengan keputusan aku. Walaupun mak tidak tunjukkan kekecewaannya seperti ayah, tapi aku tahu dia sangat kecewa dengan aku. 

Ayah menaruh harapan yang tinggi terhadap kami tiga beradik, kakak aku , Syamirah, aku dan adik aku, Sarah. Ayah lebih mengutamakan kakak dan adik aku sebab mereka selalu menjadi top student di sekolah dan juga di U(kakak aku) ! Siap jadi dekan tahunan dan mereka juga yang dapat biasiswa. Well, top student kan? Mestilah dapat biasiswa penuh, jimat duit mak ayah aku. Mak ayah ada cadangkan supaya aku masuk je kolej MSU, kolej swasta. Tapi, aku menolak sebab aku tahu walaupun ayah membelanjakan beribu-ribu yuran pelajaran aku, aku tak akan lulus sebab..... Aku tak suka belajar! 

 Aku ingat lagi masa hari pengumuman SPM, mak dan ayah hantar aku ke sekolah, mujurlah mereka tidak menemani aku ambil keputusan tu. Kalau tak...... AAH! Itu nanti lah aku ceritakan. Aku berdebar dan terasa teruja sebab dapat jumpa dengan kawan baik aku yang setelah sekian lama berpisah selama 3 bulan sebab masing-masing sibuk kerja part-time dan belajar memandu sepanjang 3 bulan tu dan aku pula....terperuk dalam rumah jadi orang tanpa gaji, tengok drama korea (sangat unproductive). Kenapa aku tak cari kerja part time dan belajar memandu? Ahh, nanti aku ceritakan juga. Semua pelajar lepasan SPM yang menunggu di pondok sekolah dipanggil oleh guru kaunseling, Cikgu Abidin untuk berkumpul di dalam dewan sekolah.Waktu tu ramai junior-junior berkeliaran di seluruh sekolah sebab waktu tu waktu rehat menengah rendah. Mereka pun sibuk nak masuk ke dalam dewan untuk melihat nasib senior mereka. Atau mungkin juga mereka nak cari motivasi untuk diri mereka. Aku pun tak tahu sangat sebab sudah tentulah aku tidak termasuk dalam golongan sumber motivasi adik-adik sekalian.

 Beberapa orang guru termasuk guru kelas aku dulu, Cikgu Emilia berada di atas pentas. Beberapa buah meja disusun di atas pentas dan guru-guru pun mengagihkan beberapa sampul surat bersaiz A4 berwarna coklat. Di dalam sampul surat itulah terkandungnya sijil-sijil keputusan kami, dan salah satunya tentulah adanya keputusan aku. Semua pelajar pun seperti aku, berdebar-debar menunggu saat-saat yang dinantikan, ada yang menangis. Aku pun pelik, belum dapat keputusan, dah menangis. Aku tinggalkan rakan-rakanku dan aku mencari satu tempat untuk aku bersendirian. Aku gemar untuk bersendirian daripada berkomunikasi sebenarnya sebab aku ni pemalu orangnya dan tak tahu apa nak dibualkan sangat. Aku tenangkan diri aku dengan berjalan ulang-alik dari pintu masuk ke dewan hingga ke hujung pintu keluar dewan yang terletak bertentangan antara satu sama lain. Aku ternampak beberapa orang murid melihat aksi aku yang seperti orang bodoh. Aku malu tetapi aku endahkan sahaja, maklumlah rasa takut aku melebihi rasa malu aku waktu itu.

Cik DebarWhere stories live. Discover now