Kahwin?!

242 5 0
                                    


Setibanya kami di depan pintu masuk utama PV Hotel, aku dikejutkan oleh Cik Rose. Aku tidak sedar kerana terlalu nyenyak tidur. Memang aku terlalu mengantuk pada hari ini. Mana tidak, dari jam 4 pagi sehinggalah jam 5 petang ni aku belum sempat mencuri masa untuk melelapkan mata aku walaupun sebentar. Mujurlah aku dapat juga peluang itu sepanjang perjalanan pulang dari Warung Bandung ke PV Hotel semula yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Jalanraya di bandar Kota Kinabalu sudah mula Sesak dengan kenderaan pada waktu sebegini. Semua pekerja office hour berlumba-lumba untuk cepat sampai ke rumah mereka masing-masing.

Aku lantas terjaga dari tidurku lalu segera mengelap liur aku yang mengalir keluar dari tepi bibir aku. Walaupun tidak ketara, tetapi aku tetap terasa basah di tepi bibir aku. Aku berharap agar Cik Rose tidak perasan akan perbuatan aku mengelap liurku. Aku malu sungguh! Bukan setakat kepala ku sahaja yang terhantuk-hantuk di tepi pintu kereta mahal Cik Rose, malah tidur pun berliur pula tu! Nasib je liur aku tak terkena kereta mewah anak mat salleh ni! Aku lekas masuk ke dalam hotel itu dan mencari surau, waktu asar dah nak habis ni. Tanpa membuang masa, aku berani menghampiri Cik Rose untuk bertanyakan di mana terletaknya surau di hotel ini walaupun hatiku agak gusar. Mungkin sahaja dia tidak tahu di mana, dia bukannya Islam, mungkin dia tak tahu! Aah, lantaklah. Aku cuba tanya dulu! Belum tanya belum tahu!

"Err, Cik Rose tahu tak surau ada kat mana?" "Surau?" Dia melihat jam tangannya. "Ha'ah lah, waktu Asar dah nak habis. Awak nak pergi solat ke? Jomlah ikut saya, saya pun nak solat!" Cik Rose menarik tanganku menuju ke surau yang terletak di hujung lobi hotel. Rupanya anak mat salleh ni Islam. Syukurlah... Tidak ramai orang yang berada di surau sewaktu kami solat Asar. Maklumlah, hotel ini kebanyakannya dikunjungi oleh orang luar negara. Majoritinya berketerampilan segak memakai kot hitam. Mungkin juga mereka ni usahawan-usahawan berjaya yang dating ke sini bukannya untuk melancong, tetapi untuk mengendalikan urusan bisnes mereka.

Setelah siap menunaikan solat Asar, belum sempat kami menaiki lif untuk pergi ke pejabat Encik Zul kami terserempak pula dengannya di depan pintu lif. Encik Zul kelihatan agak cemas dan tergesa-gesa. Aku mengerutkan dahiku, pelik melihat gerak-gerinya. "Zul, you nak pergi mana?" "Pa...Papa I, I nak pergi hospital." Katanya agak tersekat-sekat. "Kenapa dengan uncle? Okay biar I yang bawa kereta. Kita pergi sama-sama. I risau you drive kereta dengan keadaan you macam ni." Cik Rose tampak sungguh risau dengan Encik Zul. Aku semakin bingung, apa yang harus aku buat. Aku tercegat di depan pintu lif sambil melihat mereka berdua berlari keluar dari hotel. Belum sempat Cik Rose menjejakkan kakinya keluar dari hotel, dia memalingkan kepalanya lalu memanggil aku. "You, cepatlah!" Aku lekas berlari mengikuti mereka dari belakang. Dalam keadaan genting sebegini, aku tidak sepatutnya masuk campur dengan hal keluarga mereka. Tapi, kenapa aku kena ikut pergi hospital pula? Aku duduk diam sahaja di bahagian belakang kereta Cik Rose. Aku turut gelisah apabila melihat Encik Zul dalam kegelisahan. Suasana dalam kereta sunyi sepi sahaja sepanjang perjalanan kami ke Hospital Jaya. Radio kereta juga tidak dipasang.

"Kenapa dengan uncle?" "I pun tak pasti, tadi Doktor Helmi call, ayah pengsan tadi time dia main golf dengan kawan dia." Cik Rose hanya mengangguk tanda bahawa dia mendengar. Setibanya kami di hospital, kami terus berlari ke bahagian kecemasan. "Boleh saya tahu mana Doktor Helmi?" Tidak lama kemudian seorang doctor di awal umu 40-an menghampiri kami."Dzulkifli!" Encik Zul pergi bersama doktor tersebut. Mungkin lelaki itulah Doktor Helmi. Aku dan Cik Rose menunggu di ruang menunggu di hadapan kaunter pertanyaan. "Oh ya, baru saya ingat! Kita belum berkenalan in the right way. My name is Roxanne Joseph. Panggil I Rose je lah." Di menghulurkan tangannya. "Nurdaniyah binti Rizal. Panggil Nia?" kami berjabat tangan. "Nia? Sounds familiar though." "Cik Rose ni Islam rupanya, saya ingat kan cik ni non-muslim." Aku ketawa kecil. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Matilah, aku salah cakap ke? Dia tersinggung ke? Kenapa reaksi dia begitu? Aku berdebar. Mungkin aku hanya perlu terus menutup mulut aku. Itu pilihan yang terbaik. Patutkah aku minta maaf? "Actually my dad and my mom both non-muslim but then diorang bercerai and my dad kahwin dengan mama, I mean his new wife. So I ikut my dad dari London pergi sini tinggal dengan mama. My dad convert to Islam before kahwin dengan mama kat sini. Then I pun papa convertkan I masuk Islam time I umur 5 tahun ke 6? Haha I tak ingat sangat." Aku diam seketika. Aku agak sedih dan terharu mendengar kisah hidup Cik Rose. Aku tidak sangka yang anak mat salleh ni yang kelihatan begitu periang a.k.a "Happy-go-lucky" ni dalam diam ada kisah yang begitu menyedihkan yang berlaku dalam kehidupannya.

Cik DebarWhere stories live. Discover now