Suasana di wad menjadi sunyi seketika. Aku rasa sangat kekok sebab aku tak rasa yang aku patut berada dalam wad ni. Aku rasa seolah-olah aku sedang masuk campur hal keluarga mereka pula. Aku nak keluar sekarang rasa pelik pula, nanti diorang perasan! Aku mengambil keputusan untuk berdiri di hujung bilik dan mendiamkan diri sahaja. Yes, good decision, Nia. Aku perasan bahawa Encik Zul dan Cik Ros masing-masing seperti buntu mencari jawapan kepada pertanyaan ayah Encik Zul tersebut. Mungkin juga mereka terkejut kerana persoalan itu ditujukan kepada mereka secara mengejut. Kalau aku pun pasti akan terkejut!
Pintu wad yang dibuka oleh jururawat memeranjatkan kami semua. "Maaf, saya nak check tekanan darah Encik Hisham dulu, ye." Sungguh sopan-santun jururawat di hospital ni. "Oh, okay. Ayah Zul balik dulu lah ye dah malam ni. Ayah kena rehat juga. Zul balik dulu lah eh?" Encik Zul agak tergesa-gesa mencium tangan ayahnya. Tanpa disedari aku terketawa kecil melihat gelagat Encik Zul. Mugkin dia ambil kesempatan untuk lari dari soalan ayah dia kot! Hahahaha. Cik Ros pun lantas meminta izin daripada Encik Hisham untuk balik dengan alasan dia ada dinner malam ni dengan family-nya.
Aku masih bingung dengan apa yang harus aku buat ketika ini. Cik Ros menarik tanganku untuk keluar bersamanya dari wad. "Nia, pergi mana tu?" Aku menoleh ke arah ayahku yang masih berdiri di sisi Encik Hisham. "Ah?" "Nia ikut ayah balik." Aku terkejut sekali lagi. Selama ni aku nak pergi mana-mana ayah selalu suruh naik bas je dengan alasan dia kena jumpa klien lah sibuk la sampai tengah malam. Tanpa berfikir panjang, aku turuti sahaja perintah ayahku. "Err, sorry Cik Ros. Hari ni saya ikut ayah saya je balik eh?" "Okay then, nanti saya inform kat Zul. See you at office tomorrow!" Cik Ros mengenyitkan matanya lalu berlari kecil mengejar Encik Zul yang sudah berada jauh di hadapan. Mungkin betul juga tindakan aku, dapatlah Cik Ros dan Encik Zul berbincang tentang rancangan perkahwinan diorang tu.
Aku masuk semula ke dalam wad di mana terlantarnya ayah Encik Zul. Jururawat tadi sudah tidak kelihatan lagi kelibatnya di dalam wad ini. Mungkin dia dah siap ambil tekanan darah Encik Hisham. Aku berdiri di sebelah ayah aku tetapi tak lah rapat sangat. Aku masih takut dengan ayahku. "Ni anak kau ke berapa Zal?" "kedua" "Ooh, ingat yang bongsu." Aku tidak hairan dengan jawapan itu. Memang dah selalu sangat orang ingat aku ni bongsu kalau kami tiga beradik keluar bersama-sama. Dah aku ni paling kecil, paling rendah antara kami tiga beradik. Tetapi seperti biasa, aku cuba sedaya upaya untuk menerima kenyataan itu secara positif yang aku ni awet muda! Hohoho.Aku senyum sahaja sambil mendengar perbualan ayah aku dengan Encik Hisham. "Tak ade lah. Yang bongs utu tahun ni baru nak SPM.Belum kerja lagi." "Oh ya ke? Mesti pandai-pandai anak kau ni." "Ish biasa-biasa je." Please, please jangan tanya pasal result aku. Ya Allah! "So Nia, result SPM okay ke?" Ish, baru je aku harap dia tak tanya. Pakcik ni tanya juga!! Urghh. "Err, err." Aku malu nak jawab soalan tu...."Aih result dia? Nyawa-nyawa ikan je. Tapi lulus juga." Ayah aku menjawab dengan acuh tak acuh sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Ala, tak apalah. Mungkin dia kreatif kat bahagian lain. Tak semestinya orang yang pandai belajar selalu dapat kerja yang gaji tinggi. Selagi kau rajin berusaha dengan apa yang kau mahir, Mesti berjaya juga. Ya la, rezeki di mana-mana pun ada kan, Nia?" Hrmm nak kata aku pandai melukis, tidak juga. Menyanyi? Hujan turun nanti tak henti-henti. Aku mengiyakan sahaja pujukan ayah Encik Zul tu lalu melihat ayah aku. Aku risau tanpa sebab. "Ha, ye lah kott. Hahaha." "Jadi Nia kerja dengan Zul lah ni?" Aku mengangguk-anggukkan kepalaku. "Baguslah tu, nanti Nia tolong tengok-tengokkan Zul ye? Dia tu Nampak je tegas tapi actually Zul ni senang sakit. Lagi-lagi bila dia stres banyak kerja kat office tu. Nia tolong lah apa yang patut eh?" Eh, eh. Aku pula kena jaga Encik Zul tu? Bukannya aku ni orang gaji dia, Cik Ros PA Encik Zul tu and paling penting bakal isteri dia tu la jaga. Ish. Aku ni driver je! Walaubagaimanapun, aku mengiyakan sahaja permintaan Encik Hisam. "Baik Encik. Hehe." "Okaylah Sham. Masa melawat nak habis dah ni. Aku balik lah dulu. Nanti esok insya-Allah ada masa aku datang lagi." "Ye la ye la. Baik-baik eh?" "Bye Encik." Aku melambai-lambaikan sahaja tanganku walaupun aku agak tidak pasti samada perlukah aku berbuat demikian. Macam budak-budak je lambai-lambai tangan! Encik Hisham melambai kembali.
YOU ARE READING
Cik Debar
Teen FictionCerita ini mengisahkan seorang remaja, Nia yang merupakan lepasan SPM mencari peluang pekerjaan setelah di berputus asa untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keputusannya yang kurang memuaskan. Nia juga baru sahaja menyedari betapa mencabarnya ke...