Masih Typing... juga. Ya Allah, Astaghfirullah....Aku tak sengaja ya Allah... Namun aku masih bersyukur at least gambar yang aku TERhantar kat Encik Zul tu, aku pakai tuala untuk membalut rambutku. Nasib je aku cuci rambut, nasib aku balut rambutku, nasib lah......nasib aurat aku tak terbuka. Alhamdulillah...huhuhu, Aku beristighfar tak henti-henti di kala perasaanku yang sedang bergelora, gelisah tak tentu pasal.
'?' LOL. punya lama aku tunggu, rupa-rupanya itu je yang Encik Zul reply kat aku. 'Eh, sorry salah sent Encik Zul' *Insert emoji terkejut' Seen. Dia tak balas apa-apa lagi. Hal ini yang buat aku lebih takut ni. Macam mana lah aku nak jumpa Encik Zul esok? Macam mana lah aku nak hadap muka dia tu, macam mana lah aku mau explain kat dia esok kalau dia tanya aku....Huhuhuhu. Hati ku merintih tak henti-henti. Jantungku terasa seperti sedang berkecai-kecai!! AARGGH... Aku tenangkan hatiku. Nia, semua ni berlaku ada hikmahnya, lagipun kau bukannya sengaja kan? So, jangan risau. Manusia je pun Encik Zul tu! Kau sepatutnya takut kat Allah je! Manusia ni memang tak pernah sempurna, kau tak sengaja so daripada kau menyesal tak tentu pasal...doa banyak-banyak kat Allah minta ampun... huhuhu..Ya Allah, ampunkanlah dosaku mahupun dosa kecil ataupun dosa besar dari hujung rambutku hinggalah hujung kakiku ya Allah... Ampunkanlah hambaMu yang kerdil ini ya Allah...
Setelah aku bersungguh-sungguh berdoa, 'menangis' bukanlah menangis betul-betul pun hehe...Seperti kebiasaannya, aku membalut diriku di dalam selimut di kala aku runsing, resah gelisah, aku istighfar banyak-banyak sambil menutup mataku lalu terlelap juga akhirnya dengan tenang, aman dan damai...Hehehe...Lalu seperti biasa juga, sebelum Sarah bertolak dari rumah pergi ke sekolah, dia akan mengejutkan aku bangun solat Subuh sebaik sahaja dia siap mempersiap dirinya pada sekitar jam 5.15 pagi. Tapi...kadangkala ada masanya aku terlalu mengantuk lalu sambung tidur sehingga 5.45 pagi baru lah aku bangun semula untuk solat Subuh... Hahahaha...Astaghfirullahalaziim...Inilah manusia, tak pernah sempurna huhuhu.
Keesokan harinya...
Lepas aku siap solat, barulah aku mandi bersiap-siap untuk pergi ke PV Hotel untuk berjumpa dengan Encik Zul di lobi hotel seperti yang telah dijanjikan semalam. Aku harap sangat Encik Zul lupakan apa yang dia nampak semalam kat Whatsapp tu!! Aku nak sangat ceritakan hal ni kat Mirah tapi...tak perlulah, Mirah pun banyak kerja penting dia nak buat. Ye lah, final exam dia dah dekat so buat apa nak kacau dia atas perkara-perkara remeh macam tu (walaupun bagi aku ini tak remeh langsung! Ini masalah besar! BESAR!) Nia,just let it go lah...kau je tu react lebih-lebih...orang lain ada benda yang lebih penting lah nak difikirkan. Please matang sikit please? Urghh..
Jam 6.45 pagi aku dah sampai kat lobi hotel. Awal 15 minit. Aku lebih suka datang awal dari masa yang ditetapkan. Biarlah aku tunggu orang lain, tapi aku sangat tak suka orang lain yang tunggu aku! Aku rasa bersalah sangat!! That's why semalam lagi aku dah sedia awal-awal baju apa yang aku nak pakai, shawl apa aku nak pakai, kasut apa yang aku nak pakai... Hrmm ambil masa yang lama juga aku nak plan outfit aku tu sebenarnya, hehehhe. Adalah lebih kurang setengah jam. Lepas dah siap semua tu, aku terus bergegas tunggu GRAB datang depan rumah.
YOU ARE READING
Cik Debar
Teen FictionCerita ini mengisahkan seorang remaja, Nia yang merupakan lepasan SPM mencari peluang pekerjaan setelah di berputus asa untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keputusannya yang kurang memuaskan. Nia juga baru sahaja menyedari betapa mencabarnya ke...