Salah Saya

167 4 0
                                    

Renungan Encik Zul masih tajam tepat ke arah aku. Matilah aku confirm kena buang kerja ! 

"Okay, you know what, I will drive this car first for the time being." Eh, eh? dia tidak pecat aku? woow, impressive, bole je dia cari driver lain. Hrmm tapi mungkin dia perukan segera kot driver ni and mungkin dia rasa bersalah kot aku tak dapat kerja apa-apa balik dengan tangan kosong je. Baik juga dia ni cuma garang. Aku tak tahu nak cakap apa-apa dan aku hanya akur lalu masuk ke dalam tempat duduk sebelah tempat driver tu. 

Encik Zul masuk ke tempat duduk pemandu. Haih, aku dah kata dah aku belum ada lesen, aku belum ada lesen! Manalah aku pandai drive sangat!! Nia, Nia. Macam mana lah kau mau bayar ganti rugi, gaji pun belum ada!

"Err, Encik Zul, kereta tuu, kereta tuu..." Sebelum dia memijakkan minyak aku memberanikan diri untuk bertanyakan perihal kereta yang aku calarkan tadi, "Kereta tu apa?!?!" Dia separuh menjerit, mungkin rasa menyampah dengan aku sebab lambat sangat nak bercakap. Padan muka kau Nia kena marah, memang patut pun. Walaupun begitu aku rasa kecil hati kerana ditengking sebegitu. Maklumlah aku ni bukan badan je kecil hati aku pun kecil. Kena marah sikit mula lah nak menangis macam buda-budak. Tapi memang aku ni masih budak-budak kott. Baru nak masuk 19 tahumn .HUHUHU. "Kereta tu macam mana bos? Eh Encik Z..Zul?" Aku tidak melihat ke arah wajahnya lalu menunjukkan jari telunjukku ke arah kereta sebelah kereta Encik Zul yang telah aku calarkan tanpa sengaja. 

"Biar je lah dulu, nanti aku uruskan,  insuran kereta aku yang bayarkan. Sekarang kita dah lambat ni." Mataku separuh terbeliak, Wow senangnya jawapan dia, maklumlah orang kaya mungkin bagi diorang tak mahal sangatpun bayar ganti rugi kereta mahal macam tu. Tapi aku masih pelik, kereta tu dia punya kah? Kenapa dia tak nak jumpa pemilik kereta tu dulu? Nanti tuan kereta tu buat report macam mana? Nanti dia dah tak datang hotel PV lepas tu bisnes down macam mana sebab dah kurang tetamu? Banyak yang aku fikirkan. Tak boleh jadi ni, aku curious sangat dah ni, aku kalau curious sangat memang x sah! Mesti nak tanya juga untuk dapatka jawapan dan untuk hilangkan curiosity aku ni.  Aku memberanikan diri untuk tanya Encik Zul yang kelihatan seperti sedang fokus memandu dengan kelajuan 100km/h

"Err, Encik Zul, tadi tu kereta yang saya calarkan tu, kereta Encik juga ke?" Aku bertanya dengan penuh sopan santun dengan nada yang rendah, tak nak kacau konsentrasi dia ketika memandu kiranya. Encik Zul memperlahankan lagu yang dipasang dalam keretanya itu lalu menjawab, "Ya lah, takkan kereta kau pula, hahahha." Muka jak hensem, tapi sombong hrm!! Kau tunggu nanti aku beli satu sport car juga! Aku menahan kemarahanku, maklumlah siapalah diri aku ni, driver jak pun and memang dia kaya so boleh lah berlagak. "Ohh, sorry Encik Zul." Aku menenangkan diri lalu memohon maaf dengan suara yang lembut sekali lagi walaupun dalam hati ini sudah membuak-buak kemarahan aku terhadap bos aku yang sombong ni! 

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang aku sendiri tak pasti ke mana, aku pun malas nak buka mulut tanya Encik Zul jadi aku memilih untuk berdiam diri sahaja selepas bertanyakan milik siapakah kereta yang aku calarkan tadi. Rasa bersalah mula menitip di sudut hatiku, ya lah, baru nak mulakan hari bekerja yang pertama, tapi dah buat silap, aku rasa bersalah sangat, Dahlah bukan kereta biasa, ni kereta berjenama pula tu! Haih, Nia, Nia. Bolehkah sekali dalam hidup kau tak pernah buat orang naik darah ! Cukup-cukup lah kecewakan parents kau dengan result SPM kau tu! Aku rasa seolah nak menangis waktu itu aku bermain dengan jari jemari ku, itulah kebiasaanku ketika berdebar ataupun risau. Aku dapat merasakan mukaku sudah berubah menjadi pucat. Aku diam sahaja sepanjang perjalanan itu. Ya Allah, aku rasa sedih ya Allah, semua yang aku buat mesti tiada yang menjadi, tiada yang betul. Semua yang aku buat mesti salah. Aku minta maaf ya Allah kerana tidak dapat menjadi banggan buat ibu ayahku. 

Ketika melayan perasaanku sambil erintih kepada Than yang Maha Mendengar, tiba-tiba radio yang dipasang oleh Encik Zul dimatikan, kini suasana dalam kereta makin sunyi sepi. Aku jadi tambah kekok. Haih, dia ni potong betullah, aku tengah syok2 layan perasaan sambil berbual dengan Allah, time  tu dia off radio tu. teda kerja betul! 

"Kau tak perlu rasa bersalah, salah aku juga sudah tahu kau tiada lesen, paksa juga kau drive. Sorry, I'm the one to be blame here." Tak tahu kenapa hati aku menjadi lembut dan sayu mendengar perkataan "Sorry" dari mulut mamat sombong ni. Sombong-sombong dia pun masih pandai minta maaf. Perkataan maaf tu dah buat aku hilang marah terhadap mamt sombong ni. Eh, maksud aku Encik Zul! Hahaha. "Err, it's okay Encik Zul, salah saya juga tidak hati2 hehe." Ya, tulah bukan salah aku pun , kesian aku yang dipersalah haha. Dalam diam masih juga seolah mengutuk mamat sombong tu hahhaa. Selepas mendengar perkataan tu, aku rasa sedap hati sikit, kurang rasa bersalah aku, at least aku ni taklah teruk sangat. 



Cik DebarWhere stories live. Discover now