"Saya tanya awak pandai driving ke?" CEO itu tanya sekali lagi sambil membuat aksi memusingkan stereng kereta. "Err, tidak." Jawab aku acuh tak acuh dan aku semakin bingung memikirkan apa kaitannya aku pandai atau tidak driving dengan fakta yang aku didapati mendengar perbualannya. "Haih, susah lah begini. What should I do?" CEO itu berbisik kepada dirinya tetapi bisikkannya cukup kuat untuk aku dengari. "Then let me ask you something, apa perasaan awak tidak dapat bekerja di sini?" "Err, sedih? eh tak. Kecewa?" Kott. Walaupun aku tidak faham akan tujuan perbualan kami, aku jawabkan sahaja setiap soalan yang dianjurkannya kepada aku. "Kalau saya kata awak boleh kerja di sini, awak nak tak?" Aku terkejut dengan soalan itu. Separuh diriku ingin sahaja melompat-lompat dan menjerit sekuat hatiku saat itu, namun separuh lagi diriku cuba menahan daripada menjatuhkan air muka aku sendiri. Aku cuba berlagak normal dan menghampiri meja tempat duduk CEO itu.
"Boleh saya tahu kerja macam mana yang saya ditawarkan?" Aku harus memastikan kerja apa yang akan aku lakukan sebelum aku setuju dengan soalan itu. "Driver." Aku terkedu seketika. Jarang aku melihat wanita yang menjadi pemandu. "Driver saya." CEO itu senyum sinis. Aku terdiam seketika dan duduk di bangku bertentangan dengan CEO. Suasana di dalam ofis itu sungguh sunyi sepi. Dia hanya memerhatikan aku, mungkin sedang menunggu jawapan daripadaku. Dagunya diletakkan di kedua-dua tangannya. Tunggu sebentar ye, aku kena fikir kan dulu! patutkah aku hubungi kakak aku untuk mendengar nasihatnya? Lagipun aku belum ada lesen. No, macam mana ni. Bila aku dah ada peluang kerja, tak ada lesen memandu pula. Gaji.... gaji mesti lumayan! Dia kan CEO hotel lima bintang! Tapi itu tak penting, yang penting aku taklah memerap dalam rumah je kalau aku terima tawaran kerja ni. Aku hanya akan jadi driver dia je, mungkin aku patut terima kott, bukan je handsome, tapi juga high class. Manalah tau silap-silap nanti orang ingatkan aku ni kekasih dia! HAHAHA Eh, astaghfirullah.. Nia, Nia. Dia dah ada gf tu.... Aku cuba hilangkan fikiran nakalku. Fikiranku bercelaru, aku tidak dapat membuat keputusan yang munasabah. Satu, aku tak pandai driving. Kedua, kedua...Tak ada yang kedua! Masalahnya aku tak pandai driving je!
"Err, saya boleh terima tawaran tersebut. Tapi..." "Don't worry, pihak kami akan menampung yuran awak belajar driving." Wow, ini peluang yang jarang aku temui! Mana pernah orang nak sponsor kau dapat lesen kereta secara percuma! Untuk dapatkan lesen kereta bukannya senang, paling kurang kena ada RM 2000. Lagipun, mak ayah memang nak aku belajar driving guna duit aku sendiri. Semuanya sebab...nanti lah tu aku ceritakan. Aku lihat jam tangan yang aku pakaikan pada pergelangan tangan kiriku. Dah jam 10 "Err, boleh tak jam 11 nanti saya datang balik dan bagitau jawapan saya?" "Can't you tell me now? jam 11 ni saya ada meeting. It's now or never." IT'S NOW OR NEVER. Dia ni agak strict juga. "Okay, 5 minutes, I only need 5 minutes." Aku separuh merayu. Dia menganggukkan kepala lalu membenarkan aku keluar setelah aku meminta izinnya untuk berbuat demikian. Aku segera mencapai handphone aku keluar dari beg tanganku lalu segera mendial nombor telefon kakak aku. 'MIRAH'
Please angkat, please kau tidak sibuk, please angkat, angkat!! Tut tut....Tut tut... Tut tut... "Hello?" Yes! "Hello Mirah!" "Haa, apa, kenapa?" " Aku mau tanya kau ni..." "Tanya apa, cepatlaa, aku mau pergi kuliah ni." "Okay jap. Ada orang mau aku kerja jadi driver, kau rasa patutkah aku accept je?" "Ish kau ni, banyak-banyak kerja kenapa driver? Janganlah, jalan pergi rumah pun kau tidak ingat." Aku diam seketika sebelum kakak aku sambung pertanyaannya. Agak betul apa yang kakak aku katakan. "Kau jadi driver siapa juga? Moreover kau tu mana ada lesen lagi!" "Ha, itu yang aku mau cakap sebenarnya, bos tu yang akan bayar yuran aku ambil lesen kereta!" "Banyak duit dia, siapa juga 'bos' kau tu?" "Memang banyak, dia tu CEO PV Hotel, hotel yang selama ini kita angan-angan nak menginap sana satu malam tu!" "What? Betul bah? Okay, okay! Aku rasa bagus tu. Gaji mesti lumayan juga! Aku rasa bagus kau terima je lah kerja tu!" "Serious bah?" "S.E.R.I.O.U.S Nia. Ambil lah kerja tu. peluang begini datang sekali je." "Kalau gitu aku accept lah ni ahh." "Iye, aku sokong! Ui, aku dah nak pergi kuliah dah ni, malam ni jangan lupa call aku! Tell me the whole story! Bye." "Bye, assalamu'alaikum." "Wa'alaikumussalam." Tut, tut, tut
YOU ARE READING
Cik Debar
Teen FictionCerita ini mengisahkan seorang remaja, Nia yang merupakan lepasan SPM mencari peluang pekerjaan setelah di berputus asa untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keputusannya yang kurang memuaskan. Nia juga baru sahaja menyedari betapa mencabarnya ke...
