CLOSING. Eh Eh?! Fikiran aku bercelaru. Lif nak tertutup dah! Wanita yang aku tengking cuba berlari untuk menghalang pintu lif itu tertutup. Namun, belum sempat wanita itu menyelamatkan aku daripada tersepit di antara pintu lif itu, dua tangan yang agak putih menghalang pintu lif itu daripada tertutup. OPEN. Aku agak terkejut. Jari jemarinya panjang dan kurus. Kukunya diwarnai dengan warna putih. Berkilat. Nice fingers! Bisik hati aku "Excuse me?" Tangan itu melambai-lambai di hadapan wajah aku. Wajah pemilik tangan itu tidak dapat aku lihat dengan jelas sehinggalah dia menepuk tangannya di hadapan wajah aku. Astaghfirullah...Bunyi tepukan itu memeranjatkan aku. "Are you deaf?" aku melihat wajah pemilik tangan itu, no wonderlah, anak mat salleh rupanya. Tinggi, kurus, cantik pula tu. aku melihatnya dari kepala hingga lah ke kakinya. Rambutnya panjang dan berwarna perang, bulu mata panjang, mata berwarna perang muda, hidungnya mancung, bibirnya berlipstick-kan merah . Fuhh! bukan mukanya je yang cantik! Siap mengenakan baju crop tops merah jambu, skirt pendek merah jambu lagi! Tumit tinggi.... Dia tak pakai tumit tinggi, hanya sandal...... warna merah jambu juga. WOW. Aku agak terpegun, bukan sebab kecantikannya tapi..... Aku terpaksa mendongakkan kepala aku untuk melihat wanita merah jambu tu walaupun aku dah memakai kasut tinggi 4 inci. Itupun sebab mak aku paksa, katanya supaya aku nampak matang dan tak kebudak-budakkan. Aku mengenakan baju kurung moden berwarna jingga dan memakai tudung shawl hitam sebab aku malas nak seterika tudung lain dan susah memikirkan warna apa yang sesuai dengan warna baju kurung aku. So, senang cerita warna hitam lah. Hitam kan universal colour. Hehehe.. Aihh, apalah nasib. Antara adik beradik aku, aku lah paling rendah. Kadang kala ada orang yang ingatkan aku ni kembar Sarah, yang lagi teruk ada yang ingatkan aku ni adik bongsu. Well, aku berfikiran postif je, mungkin aku awet muda kott? okay lah tu! :)
"I'm only gonna repeat this one more time, awak bisu ke? " Eh, eh berlagaknya orang putih ni. Baru je aku nak sanjung, tapi lupakan je lah. She brings me no good. "Err, sorry. Saya tak bisu." Saya menggeleng-gelengkan kepala. "Ahh, awak buta?" Walaupun dia orang putih, aku tak dapat tahu pun bahawa dia tu anak Mat Salleh jika aku hanya bercakap dengan dia melalui telefon. Tutur katanya terlalu lancar untuk seorang anak mat salleh yang baru sahaja tiba di Malaysia. Mungkin anak kacukan lah ni... Bisik hati aku lagi. "Then, why you can't response?!" Suaranya yang lemah lembut kedengaran agak meninggi. Dia marah ke ni? Tak macam pun. HAHHAHAA. "Erm. sorry cik. Saya agak terkejut tadi. Maaf." Aku menundukkan kepala aku lalu keluar daripada lif tersebut.
"Aah, tak faham English lah ni. It's okay." CLOSING. Anak mat salleh itu memberi aku laluan untuk melimpasinya lalu masuk ke dalam lif tersebut. Dia memakai sunglassnya dengan cermin berwarna merah jambu.....lagi. WHAT, I DO KNOW ENGLISH OKAY?! Aku berasa tercabar dan marah. Suka hati dia je buat spekulasi macam tu! Aku nervous je sebab pintu lif tu dah nak tertutup sebelum aku keluar. And to be honest aku agak terpegun dengan kecantikan anak mat salleh tu. Sebelum pintu lif itu tertutup, wanita itu senyum terhadap aku sambil melambai-lambaikan jari-jemarinya yang lemah longlai ke arah aku seperti seorang artis sedang melambai-lambai ke arah para peminatnya. Giginya tersusun rapi dan putih berkilat. Walaubagaimanapun, senyumannya agak sinis. Mungkin disebabkan aku tak pandai English (itu hanyalah pendapatnya. She doesn't know the fact that one of my As in SPM is ENGLISH. ENGLISH!) Hatiku agak panas.
YOU ARE READING
Cik Debar
Teen FictionCerita ini mengisahkan seorang remaja, Nia yang merupakan lepasan SPM mencari peluang pekerjaan setelah di berputus asa untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keputusannya yang kurang memuaskan. Nia juga baru sahaja menyedari betapa mencabarnya ke...