Meet Adam

263 4 0
                                    

 Kereta hitam jenama BMW yang dipandu Encik Zul diletakkan di tempat letak kereta yang masih lagi kosong di Tanjung Lipat, tempat orang ramai memakirkan kereta mereka untuk berjoging pada awal pagi. Kami tiba di situ pada jam 7.30 pagi. Di sebelah kereta Encik Zul ada sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah mirip kereta Cik Rose, tapi aku hanya menghiraukannya kerana terdapat banyak lagi kereta yang sama seperti kereta Cik Rose, Mungkin kereta orang lain kot. Bisik hati kecilku. 

Patutlah Encik Zul berpakaian sukan, rupanya nak pergi jogging lah ni, tapi kenapa bawa aku sekali? Boleh je lepas habis jogging dia masuk ofis sendiri, epps, lupa. Mungkin sebab aku ni driver dia so sepatutnya aku kott yang drive dia pergi mana-mana jak, So tak payah nak tanya dia kenapa dia bawa kau pergi sini, Nia. Ikut jak, jangan banyak tanya okay? Aku mengekori Encik Zul dari belakang tanpa bersuara. Di hadapan kira-kira 100 m di hadapan terdapat satu pasangan yang sedang meletakkan basikal mereka masing-masing di tempat letak basikal yang disediakan lalu membuat aksi cooling-down sambil berbual mesra. Dari jauh lenggok tubuh wanita itu seperti tubuh Cik Rose, tinggi dan langsing. 

"Hai, Nia!!" Wanita yang aku perhatikan dari tadi sememangnya Cik Rose! Dia kelihatan sungguh teruja melihat aku di sana. Satu masalah aku, Aku megenakan pakaian formal ketika ini, baju blouse biru muda dan seluar slack hitam. Habislah aku,nasib aku tak pakai baju kurung tadi. Sikit lagi aku pakai baju kurung! Harap aku tidak kena ajak berlari sekali. Ya Allah, selamatkanlah aku!! Aku hanya melambai-lambaikan tangan aku ke arah Cik Rose sambil melemparkan senyuman kekok aku. Dia memeluk aku dengan erat. Jujur aku cakap, aku tak suka kena peluk!! No, No , and NO!! Aku rasa sangat rimas bila kena peluk, kawan-kawan aku pun faham dengan perangai aku, kami hanya akan high-5 apabila berjumpa. 

Setelah kami melepaskan pelukan, Walaupun aku tak peluk pun, setakat menepuk2 bahu Cik Rose tu hahaha Aku melihat lelaki yang juga tidak kurang kacaknya berbanding Encik Zul yang sedang berdiri di sebelah Cik Rose. Encik Zul dan jejaka tampan itu hanya saling berepandangan sambil senyum antara satu sama lain tanpa berbicara, Suasana menjadi agak hening seketika sehinggalah Cik Rose memecahkan kesunyian itu dengan memperkenalkan Encik Zul kepada jejaka tampan itu. "Sorry, lupa nak perkenalkan, okay. Zul, this is Adam. And Adam, this is Zul." 

"Assalamu'alaikum, hi saya Adam." "Wa'alaikumussalam, Dzulkifli. Panggil aku Zul jak." mereka saling bersalaman. Keadaan menjadi agak kekok sekali lagi. Seolah-olah Encik Zul dan Encik Adam dalam keadaan yang agak tegang buat masa ini. 

Sekali lagi Cik Rose menjadi penyelamat keadaan. "Okay, are we just going to stare each other and doing nothing? Hrm jomla kita jog ramai-ramai. Mesti best!" Mati! Aku tekad aku nak duduk santai-santai je di tempat rehat tu! Bukan tak pandai joging! Excuse me! aku setiap hari joging kan aku cakap, at 6 am ! Sebelum pergi kerja dah joging! Sekarang baju aku tak sesuai!

Aku mula berdebar sekali lagi. Belum joging peluh dah mula mengalir dari tepi dahiku ke pipiku. Cik Rose seolah perasan mengenai pakaianku yang tidak sesuai untuk beriadah. Aku laju-laju menyatakan hasratku yang tidak ingin berjoging buat masa ini. "Err, maaf Encik Zul, Encik Adam dengan Cik Rose joginglah. Saya tunggu kat sini je tak apa, hehe lagipun baju saya kurang sesuai ni. " Aku melemparkan senyumanku terhadap Cik Rose yang tidak pernah leka mengukir senyuman pada wajahnya itu. Dia ni, tak penat senyum kah? Ugh

"Okay then, Kejap kami datang balik. Boys, jom!" Cik Rose memulakan jogging lalu diikuti Encik Adam dan Encik Zul. Aku berjalan menuju ke tempat duduk yang menghadap laut Tanjung Lipat itu. Hatiku sungguh tenang ditiup angin pagi dan mendengar bunyi desiran ombak membuat aku bahagia sekali!Dah lama aku tak duduk-duduk tepi pantai menghayati ciptaan alam semesta. Ya Allah, indah sungguh ciptaanMu ya Allah! Jerit hatiku kegirangan. Jam menunjukkan hampir jam 8 pagi tetapi keadaan masih mendung. Mungkin nak hujan tapi hujan belum turun. Ini membuatkn masih terdapat ramai orang kebanyakannya warga emas sedang beriadah di litar joging di sekeliling Tanjung Lipat ini. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cik DebarWhere stories live. Discover now