bab6

117 12 5
                                    

“ok..siapa yang ada bawak telefon atau barang yang tidak boleh dibawa ke sekolah..tolong keluarkan...”seorang guru yang paling ditakuti ramai iaitu Cikgu Seungri A-K-A  'CSI' datang ke kelas 4-B...

Hanya segelintir orang sahaja yang memberi telefonnya kepada CSI..

MARK POV

Tadi aku rasa bambam ada cakap yang dia bawak telefon hari ni..apasal dia tak bagi dekat CSI..

aku mula berasa hairan dengan tindakan bambam..dia tiba² mengambil telefon samsung yang berada di dalam begnya perlahan-lahan dan meletakkan telefon itu di dalam poketnya..

Aku hanya mendiamkan diri selepas melihat perbuatannya..

Yelah..aku sebagai kawan kenalah bersubahat jugak sesekali..takkan lah aku nak bagitahu yang bambam bawak telefon..nanti putus kawan pulak..lagipun kitaorang baru seminggu berkawan..

End mark pov

“perempuan boleh bangun dan berdiri kat depan..lelaki pulah kat belakang..”CSI berkata dengan tegasnya..dia menyuruh pengikutnya..iaitu pengawas sekolah mengspotcek beg kami..

Mereka juga ada meraba-raba di bahagian badan kami..tapi kalau perempuan pengawas perempuan lah..kalau lelaki..lelaki lah...takkanlah pengawas lelaki nak pegang² perempuan..silap² kena tampar sampai mati katak kang....katak jugak kena..

Mark melihat muka bambam yang kelihatan gelisah..dia tidak tahu untuk berbuat apa kecuali mendiamkan diri..

Sedang dia melihat bambam..dia ternampak bambam mengeluarkan telefonnya yang berada di dalam poket itu dan meletakkan di dalam rak yang kebetulan berada di sebelahnya..

“cikgu..bambam bawak telefon..!!”seorang perempuan yang lagi bising daripada bambam menjerit dan memberitahu CSI bahawa bambam membawa telefon ke sekolah..

Hati mark mula berasa gelisah walaupun telefon itu bukan miliknya...

Apalagi bambam..peluhnya sudah kelihatan di bahagian dahi..hatinya pula rasa seperti mahu tercabut...

“mana ada aku bawak!!hak alah kau..!!cek lah sendiri!!”bambam menipu semua orang yang berada di dalam kelas termasuklah mark..

Mark terkejut kerana bambam sanggup menipu semua orang demi keselamatan telefonnya yang bernama petai itu..

Vote and comment😘😘
Sorry typo..

[C]FRIEND -MARKBAM-Where stories live. Discover now