《Cheongdamdong》
Siren ambulans memecahkan kesunyian kawasan setempat itu.. Di dalamnya Herin sedang memegang tangan seseorang yang berdarah.. Darah di mana mana.. Tiba di hospital Herin keluar dari ambulans dan mengiring tubuh yang terkujur di atas troler katil itu
Herin menunggu di kerusi menunggu.. Bilik icu, di hadapan Herin.. Herin rebah dan jatuh terduduk menanti Jungkook
*****
《Flashback》
Seokjin datang bersama konco2 nya dengan beberapa kayu.. Seokjin berlari ke arah Jungkook menghayunkan kayu di tangannya tetapi pukulannya tidak mengena kerana Jungkook berjaya elak
Konco2 Seokjin yang lain menghampiri Jungkook dan cuba memukul Jungkook tetapi sekali lagi Jungkook berjaya elak.. Tiba2 seorang konco memukul Jungkook di kepala menyebabkan Jungkook pening dan hilang imbangan.. Apabila Jungkook terbaring jatuh mereka beramai memukul Jungkook sehingga Jungkook berlumuran darah
Jungkook membangunkan dirinya dan menolak kesemua konco2 Seokjin.. Dia berlari ke arah Seokjin memeluk Seokjin dan menghumban Seokjin ke tanah.. Dia duduk di atas Seokjin dan menumbuk muka Seokjin sehingga Seokjin tidak mampu bergerak.. Sekali lagi kepala Jungkook diketuk dan Jungkook terbaring.. Seorang konco Seokjin menendang Jungkook dan memukulnya.. Kemudian mereka memapah Seokjin lari sebelum polis sampai
Jungkook membangunkan dirinya masuk ke dalam.. Dia memegang pinggangnya yang ditendang dan menaiki tangga peralahan.. Dia mengetuk pinti biliknya dan memanggil Herin.. Tapi pandangannya gelap dan dia pengsan
*****
《Hospital》
Beberapa jam kemudian doktor keluar dari wad icu dimana Jungkook dimasukkan.. Doktor menyatakan keadaan Jungkook tidak teruk cuma dia masih belum sedarkan diri.. Dan pihak hospital akan pindahkan dia ke wad biasa.. Dan Herin meminta wad vip khas untuk Jungkook berehat
《Wad VIP》
Herin masuk dengan air matanya masih jatuh.. Dia duduk di kerusi di sebelah katil Jungkook.. Dia duduk dan menggenggam tangan Jungkook erat.. Dan tangisannya tidak dapat ditahan.. Dahi Jungkook yang bertampal itu membuatkan Herin bertambah risau dan sedih..
Dia dapat merasakan apa yang Jungkook rasa sewaktu dia terbaring di atas katil seperti Jungkook.. Dia mengusap rambut Jungkook yang menutupi dahinya.. Dia memegang tangan Jungkook dengan erat dan dia tertidur di sisi Jungkook
《Next Day》
Jungkook terjaga dari kesan ubat tidurnya.. Dia melihat Herin yang tidur dengan muka menghadapnya.. Dia mendapati Herin nampak comel ketika tidur.. Dia mengusap rambut Herin perlahan kemudian dia mengusap pipi Herin, menyebabkan Herin terjaga.. Dia terus meletakkan tangannya kembali di atas perutnya..
"Awak dah sedar" Jungkook tersenyum mengelakkan Herin sedih
"Saya kuat.. Mestilah saya akan sedar" Herin menepuk lengan Jungkook perlahan
"Kalau awak kuat.. Kenapa awak pengsan depan saya? Awak buat saya tunggu awak, tapi awak datang dengan keadaan macam tu.. Kenapa awak buat macam tu?" Jungkook malah tersenyum mendengar Herin memarahnya
"Kita serius dia gelak pulak" Herin mencebik bibirnya muncung
"Awak ni sayang jugak dekat saya kan.. Ingatkan tak kenal and tak tahu siapa saya, tak sayang saya" Herin memukul lengan Jungkook dan Jungkook mengaduh sakit
"Saya dah kata kan.. Hati saya ini yang buat saya macam ni.. Cuma diri saya saja tak" Jungkook mengusap pipi Herin
"Saya mintak maaf buat awak tunggu lama2 dalam bilik itu.. Maaf terpaksa muncul depan awak dalam keadaan macam tu" Tiba2 Herin menangis.. Jungkook terus bangun dan duduk.. Dia melihat wajah Herin dengan lebih dekat
"Kenapa ni? Janganlah nangis.. Saya dah sedar kan" Jungkook cuba memujuk Herin
Herin tidak mampu menahan tangisannya.. Air matanya mengalir lebih banyak apabila dia cuba tahan
"Awak tahu tak.. Saya tengok awak berdarah.. Satu badan awak berlumuran darah.. Awak masuk wad icu dan berejam saya tunggu awak.. Saya ingatkan awak nak tingga"
"Aip.. Tak.. Saya dah cakap saya takkan tinggalkan awak.. I won't leave you" Jungkook mengusap pipi Herin yang mengalir air mata
"Sekarang saya rasa apa awak rasa masa saya terbaring.. Tapi awak mesti lagi sedih bila tahu saya tak ingat awak" Herin mengalirkan air matanya lagi
Jungkook mengangkat muka Herin memandang mukanya
"Memang saya sedih.. Tapi saya bersyukur.. Lebih baik awak lupa saya daripada saya hilang terus kesempatan untuk bersama awak" Herin terus memeluk Jungkook erat dan kali ini Jungkook membalas pelukannya
《TBC》

YOU ARE READING
[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2
FanfictionKehidupan yang diimpikan Jungkook apabila bersama gadis yang dicintai hanya lah kebahagiaan dan ketenangan...Tetapi dia tidak pernah lupa bahawa setiap kehidupan akan ada cabaran Setiap kali dia inginkan perkara tersebut untuk menjauh, itu lah cabar...