《Cheongdamdong House》
Jungkook memimpin Herin perlahan berjalan masuk ke rumah omma Herin.. Omma Herin meminta kepada Jungkook agar membiarkan Herin duduk dengannya buat seketika kerana tidak ingin berlaku banyak pertanyaan dan kecelaruan fikiran
Herin pada mulanya tidak mahu Jungkook memimpinnya tetapi setelah mendapati dirinya masih tidak mampu berjalan dengan sendiri akibat kecederaan kakinya yang tidak sembuh 100%..
Jungkook membawa Herin memasuki bilik Herin kemudian dia biarkan Herin duduk di atas katil dan menenangkan dirinya
"Saya tak kenal awak siapa, dan saya tak tahu apa sebab awak baik sangat dengn saya tapi terima kasih sebab pimpin saya tadi.. Tapi saya harap ini kali terakhir awak tolong saya" Jungkook melihat ke arah Herin [seperti di gmbr] kemudian dia melutut di hadapan Herin lalu memegang lutut kanan Herin
"Kalau awak nak berharap saya tolong awak buat kali terakhir, pastikan masa tu awak kenal siapa saya dan sebab apa saya tolong awak.. Waktu tu saya akan lepaskan awak macam yang awak nak" Jungkook berdiri semula lalu tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya sambil matanya tertumpu melihat wajah Herin
"Saya akan pegang kata2 awak"
Jungkook berjalan keluar dari bilik Herin dan berjumpa dengan omma Herin Puan Gong.. Jungkook duduk di sebelah Puan Gong dan tersenyum kepadanya
"Jungkook harap omma kuat hadapi semua ni.. Omma tahu kan, Herin tak nak kalau omma dia sedih2 disebabkan dia" Puan Gong tersenyum apabila mendengar kata2 Jungkook.. Jungkook menyalam tangan Puan Gong dan mencium pipinya dan dia bergerak pulang ke rumah
Setelah itu, Puan Gong masuk ke dalam bilik Herin dan ketika itu Herin masih duduk termenung di atas katil
"Herin fikirkan apa ni?" Herin terdiam seketika
"Siapa lelaki tadi omma? Kenapa dia buat semua tu sedangkan Herin tak kenal pun siapa dia" Puan Gong cuba menahan sebaknya dengan senyuman lebar
"Suatu hari Herin akan tahu kenapa dia sanggup buat semua tu walaupun Herin kata tak kenal dia" Herin masih termenung dan terdiam memikirkan tentang Jungkook
《RR Cafe》
Jungkook berdiri di kaunter pembayaran setelah mendapatkan kopi take away.. Dia menghulurkan beberapa helai wang kertas ke arah cashier di situ dan berjalan keluar.. Langkahnya terhenti apabila dia lihat di luar Herin berjalan dengkut2 dan dia segera pergi mendapatkan Herin
Sekali lagi langkahnya terhenti apabila seorang lelaki yang susuknya sedikit kurus tetapi tinggi lampai memimpin Herin berjalan.. Jungkook bersembunyi di sebalik pokok2 yang berada di situ
"Oppa ok ke temankan Herin.. Susahkan je" Jungkook terdengar kata2 Herin kepada lelaki itu.. Herin juga melontarkan senyuman yang lebar ke arah lelaki itu
Air kopi yang Jungkook beli tadi jatuh dan airnya mengalir keluar memnuhi ruang di sekeliling.. Dia memegang dadanya dimana hatinya lebih bertambah sakit apabila Herin yang tidak ingat apa2 mampu melontarkan senyuman yang begitu lebar kepada lelaki yang sudah tentu bukan apa2, tapi kepada nampyeonnya sendiri sedikit senyuman bahkan wajah Jungkook tidak ingin dipandang
Jungkook menggenggam tangannya dan memberanikan dirinya berjalan ke arah lelaki itu dan Herin.. Dia menolak lelaki itu dan menarik Herin ke arahnya
"Appayo!!" Herin menjerit ke arah Jungkook kerana Jungkook menarik Herin dengan kuat sehingga tidak perasan akan keadaan kaki Herin
"Mianhaeyo.. Jom, Jungkook hantar balik" Herin tiba2 melepaskan tangannya dari genggaman Jungkook
"Ouh so nama awak Jungkook.. Maaflah Herin takkan ikut orang yang Herin tak kenal.. Seokjin oppa kajja" Lelaki yang digelar Seokjin itu memimpin Herin dan Jungkook menahan mereka berdua lagi
"Seokjin? Dugu? Macam mana awak boleh kenal dia sedangkan awak lupa ingatan" Herin terdiam dan bersuara
"Dia kata dia nampyeon Herin, dan dia tunjukkan cincin perkahwinan kami.. So awak boleh pergi" Jungkook menarik tangan Herin sekali lagi
"Leave me alone!! Jeball.. Tolong tinggalkan saya, saya perlukan masa bersama orang lain juga" Herin dan Seokjin berjalan meninggalkan Jungkook dibelakang
"Siapa pun kau Seokjin, siapa pun kau untuk menipu dia dan berlakon sebagai aku, aku akan dapatkan dia balik.. Sebab dia.. Dia hak aku" Jungkook berjalan pergi bertentangan arah dari mereka
《TBC》
YOU ARE READING
[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2
FanfictionKehidupan yang diimpikan Jungkook apabila bersama gadis yang dicintai hanya lah kebahagiaan dan ketenangan...Tetapi dia tidak pernah lupa bahawa setiap kehidupan akan ada cabaran Setiap kali dia inginkan perkara tersebut untuk menjauh, itu lah cabar...