《Cheongdamdong》Jungkook turun dari kereta setelah meletakkan kereta di parking.. Dia terus berjalan membawa beg plastik shopping tadi memasuki rumah.. Herin mengikuti Jungkook dari belakang dan tidak bersuara
Jejak saja kaki mereka di dalam rumah Jungkook meletakkan beg2 plastik tadi di sisi sofa di ruang tamu kemudian menaiki ke tingkat atas
"Dia jealous ke chingu aku tegur tadi.. Masalah jugak dapat husband jealous tak kena tempat ni" Herin mengangkat beg2 plastik itu dan membawanya naik ke atas
Herin memasuki bilik tidur dan lihat Jungkook sudah berbaring menghadap sisi yang lain.. Herin mengeluh tetapi tidak terlalu kuat.. Dia menukar bajunya dan baring di atas katil.. Dia baring dan menghadap ke sisi lain yang bertentangan dari Jungkook
Beberapa minit kemudian, Herin yang merasakan kesejukan seketika tadi tiba2 merasa hangat.. Dia lihat dirinya berselimut dan tangan seseorang memeluknya dari belakang.. Dia menggerakkan sedikit kepalanya dan terliha Jungkook yang tidur lena sambil memeluknya.. Herin memandang semula ke arah yang dia lihat pada awalnya dan tersenyum
《Keesokan Harinya》
Lonceng rumah Jungkook dan Herin berbunyi banyak kali.. Dan akhirnya Herin terjaga dari tidur, manakala Jungkook masih lena dibuai mimpi
Herin membangunkan dirinya dari katil dan menuju ke tingkat bawah.. Dia lihat di monitor dan terlihat susuk tubuh seorang namja sedang menekan lonceng banyak kali.. Herin membuka gate rumahnya, dan namja itu berjalan masuk ke arah pintu utama rumah itu
Dia mengetuk pintu dengan sekuat hati dan ketukannya terhenti apabila Herin membuka pintu dengan matanya yang mengecil dek kerana silauan mentari
"Mr Jeon Jungkook ada?" Namja itu membelek gajet yang ditangannya sambil menanti jawapan dari Herin
"Ada, ada apa cik cari dia?" Namja itu menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Herin dan Herin mengambilnya
"Bukan saya yang cari puan.. Tapi ada tadi seorang yeoja datang pejabat pos minta hantarkan barang ni pada Jeon Jungkook.. Betulkan alamat rumahnya?" Namja itu menghulurkan gajet yang tertera nama Jungkook dan nama pengirim juga maklumat penting lain
"Ya betul" Muka Herin masih berkeriut tidak tahu apa yang berlaku
"Ok, puan sign sini and sini" Herin mengambil pen touch di tangan namja itu dan menurunkan tandatangan.. Namja itu pun berjalan pulang keluar dari halaman rumah tersebut
Herin menutup pintu kemudian membawa bungkusan itu ke ruang tamu.. Dia melabuhkan punggung di atas sofa dan bungkusan itu diletakkan di atas meja berhadapan sofa tersebut
Herin membiarkan rasa tertanya dan ingin tahunya, dia memasuki ruang dapur dan memulakan rutinnya.. Memasak, membasuh dan mencuci
《Beberapa minit kemudian》
Jungkook turun ke tingkat bawah berpakaian kemas ingin menuju ke tempat kerja.. Matanya terus melihat kotak bungkusan yang berada di atas meja.. Kemudian Herin bersuara
"Bungkusan atas meja tu, for U" Jungkook melabuhkan pungguggnya di atas sofa dan mengambil bungkusan tersebut
Jungkook mengoyakkan kertas yang menutupi isi bungkusan itu.. Dia menarik keluar sebuah frame gambar dia bersama seorang yeoja.. Mereka tersenyum gembira di sebua pantai, di dalam gambar itu yeoja itu menunjukkan gaya peace dan Jungkook gaya love mini.. Jungkook tersenyum
Dia menyeluk ke dalam bungkusan dan merasakan sampul surat.. Dia menarik sampul surat itu keluar dari bungkusan dan membukanya.. Isi kandungan surat
"Annyeong Jungkook, still remember me? I tak boleh lupa masa kita berseronok sekeluarga berkelah tepi pantai.. Masa itu kita masih pelajar smk tetapi kita seronok.. Meet me at Yooi Cafe.. Tak sabar want to meet you"
Yours sincerely,
HyoyinJungkook menutup semula surat tersebut dan memasukkan ke dalam sampulnya semula.. Gambar dia dan Hyoyin di bawa bersamanya.. Dia tidak pergi bertemu Herin, dan terus keluar dari rumah dan menuju ke keretanya
《Yooi Cafe》
Jungkook menolak pintu cafe tersebut dan dia menjejakkan kaki di dalam cafe tersebut.. Dia mencari Hyoyin, agak susah kerana dia sudah lama tidak ketemu Hyoyin.. Tiba2, seorang yeoja melambai ke arahnya dan Jungkook terus berjalan menuju ke sana.. Langkahnya terhenti apabila mendapat panggilan dari Herin,
《TBC》
YOU ARE READING
[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2
FanficKehidupan yang diimpikan Jungkook apabila bersama gadis yang dicintai hanya lah kebahagiaan dan ketenangan...Tetapi dia tidak pernah lupa bahawa setiap kehidupan akan ada cabaran Setiap kali dia inginkan perkara tersebut untuk menjauh, itu lah cabar...