Fade Away

159 10 0
                                    

Cheongdamdong House

Herin terjaga dari tidur lenanya.. Dia membangunkan dirinya dan keluar dari bilik tidur.. Dia berjalan menuruni tangga menuju ke ruang tamu.. Matanya melilau mencari sesuatu.. Melihat ke arah laman, gazebo, dapur, ruang makan, ruang tamu, tingkat atas, dan juga laman belakang

Kosong? Jantung Herin berdegup laju dan dia mengusap dadanya perlahan.. Dia cuba menangkan dadanya yang seperti akan meletup bila2 masa sahaja.. Dia memejamkan matanya.. Dia membuka matanya semula tetapi masih tiada apa2.. Dia mencapai telefonnya di tepi Tv dan mendail nombor Seokjin

"Oppa.. Oppa busy ke hari ni?" Herin menanti jawapan dari Seokjin

"Sikit.. Kenapa? Herin nak jumpa oppa ke?" Herin terdiam dan segera meletak panggilan.. Dia duduk seketika di atas sofa cuba menenangkan dadanya yang masih tidak berhenti seperti ingin meletup.. Dia menaiki tangga dan menuju ke tingkat atas.. Dia membuka pintu bilik Jungkook

                                  ****

Eef Cafe

Jungkook menghirup kopi panasnya dan duduk santai.. Tiba2 seseorang datang dan menghampiri dirinya.. Dia lihat Seokjin datang ke arahnya dan tersenyum sinis

"Kau nak apa?" Jungkook tanya direct tanpa senyuman

"Kasarnya.. Tak nak jemput aku duduk ke?" Seokjin masih melemparkan senyuman sinisnya itu

"Perlu ke aku jemput muka tembok macam kau" Jungkook menghirup kopi panasnya mengendahkan Seokjin.. Seokjin duduk berhadapan Jungkook, senyuman sinisnya masih dilemparkan

"Aku tertanya.. Apa lah yang Herin pandang kat kau ek?" Jungkook menahan sabar.. Mukanya semakin berkerut akibat terlalu geram

"Aku nak pesan satu je.. Herin memang takleh hidup tanpa aku.. Aku baru tak jumpa dia sehari dia dh call cari aku.. Tapi kau? Hanya lah patung boneka je bagi dia" Seokjin mengherdik Jungkook dengan senyuman sinisnya

"Suka hati dia lah nak cari kau ke apa ke.. Kau kena ingat, diri dia yang sekarang ini takkan bertahan lama macam itu selamanya.. And don't interfere with my life" Jungkook terus bangun mengambil fonnya di atas meja dan berjalan keluar dari kafe

                              ****

Herin menaiki tangga menuju ke tingkat atas dan membuka pintu bilik Jungkook.. Dia membuka pintu dan

Kosong? Takde nampak Jungkook walaupun batang hidungnya.. Jantung Herin semakin berdegup kencang.. Dia terduduk di atas katil Jungkook mengusap dadanya menenangkan dirinya.. Tetapi tak berjaya.. Dia terdengar pagar rumah terbuka dan bunyi garau kereta sport milik Jungkook

Dia terus berdiri dan keluar dari bilik Jungkook.. Dia menuruni tangga ke tingkat bawah dengan laju dan lihat Jungkook sedang melangkah masuk ke dalam rumah.. Apabila padangan mata Jungkook melihat dirinya jantungnya berhenti berdegup kencang.. Dadanya yang seperti bom yang akan meledak seperti bom yang sudah dimatikan masanya.. Jungkook berdiri diam di hadapan pintu melihat Herin dan dahinya berkerut

"Kenapa tengok macam tu? Nak makan saya ke?" Herin memegang dadanya dan dia pelik mengetahui jantungnya berdegup normal dan tidak kencang.. Dia memejamkan matanya kemudian membukanya semula.. Jungkook masih di situ

Herin turun sehingga kakinya menyentuh lantai bawah.. Jungkook berjalan mendekatinya.. Tetapi sangkaan Herin meleset.. Jungkook berjalan melepasinya dan menaiki tangga menuju ke tingkat atas

"Kenapa.. Kenapa dengan jantung aku" Detik hati Herin

Night At Cheongdamdong

Herin terbangun dari tidurnya.. Dia mendapati dirinya tertidur di atas sofa dengan badannya berselimut.. Dia bersangka maybe Jungkook yang menyelimutkan dirinya.. Dia menjenguk ke tingkat atas gelap, malam sudah berlabuh

Dia menuju ke dapur untuk minum air.. Dia mengambil gelas dari kabinet dan menadah air masak dari mesin air.. Dia ingin minum tetapi tiba2 gelas yang dipegang jatuh berkecai.. Dia terkejut dan tangannya menggigil

Sekali lagi dadanya berdegup kencang.. Begitu juga jantungnya.. Dia menyedari Jungkook tiada di rumah.. Dia cuba berjalan tetapi kakinya lemah.. Kepalanya tiba2 sakit dan sedikit memori masa lampaunya terlihat.. Tetapi tidak jelas

Tiba2 dia merasai seseorang memegang lengannya dan bayang orang tersebut samar2

"Herin.. Herin kenapa ni" Kini pandangannya jelas dan dia lihat Jungkook berada di depannya.. Mata Jungkook memandang tepat ke matanya.. Dia cuba bangun dengan bantuan Jungkook

Jungkook membawanya dan mendudukkan dirinya di atas sofa.. Jungkook mengusap rambutnya dan jantungnya berhenti berdegup kencang

"Awak pergi mana?" Pertanyaan Herin menyebabkan Jungkook terdiam dan terkaku

"Awak tinggalkan saya lagi?" Jungkook menjadi pelik dan mukanya berkerut

"Saya tak"

"Awak hilang macam tu je" Kata2 Jungkook dipotong.. Tiba2 Herin memeluk Jungkook erat.. Cukup erat.. Pelukan ini lain dan berbeza even masa Herin dengannya sebelum ini.. Pelukan ini Jungkook dapat rasakan cukup erat

"Saya tak nak awak hilang macam tu je.. Saya tak kenal awak siapa, saya tak tahu awak siapa.. Tapi jantung dan hati saya seperti mengatakan saya kenal awak" Jungkook membiarkan Herin memeluknya dan tidak memeluk Herin kembali malah menolak Herin

"Saya nak cakap.. Saya tak tinggalkan awak.. Saya tak akan buat benda tu.. Kenapa ni?" Air mata Herin tiba2 mengalir jatuh ke pipinya dan Jungkook mengusapnya

"Saya akan tenang kalau saya dapat tengok awak.. Tapi saya akan gelisah bila awak tak ada.. Don't fade away from me" Jungkook melihat Herin dengan bermacam perasaan

TBC

[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2Where stories live. Discover now