The Truth

128 11 0
                                    

Jungkook's House

Jungkook tersedar dari mimpinya.. Dia bangun dan nampak satu kelibat yang menyeramkan

"Argh!!" Jungkook menjerit dan mengambil bantalnya lalu baling ke arah kelibat itu

"Oppa!!"

Jungkook membuka matanya perlahan lahan dan lihat Jungmi berdiri di hadapannya mencekak pinggang

"Oppa, ada banyak benda kita kena bincang" Jungmi terus berjalan keluar dari bilik Jungkook

"Macam mana pulak dia boleh ada dalam ni.. Nasib baik aku takde heart attack" Jungkook bangun dan menuju ke bilik air

Gazebo di laman

Jungkook menghampiri Jungmi yang sedang menanti dirinya

"Duduk lah" Jungmi mengarahkan Jungkook, dan jungkook hanya akur

"Nak bincang apa?"

Jungmi melihat sekeliling dan menjenguk ke arah rumah tetapi tiada, apa yang dicari

"First.. Kenapa unnie tak kenal siapa Jungmi?" Jungkook menaikkan bola matanya ke atas

"So nak suruh oppa jadi kaunter pertanyaan lah ni?" Jungkook mengeluh panjang

"Bagitahu or Jungmi bagitahu omma oppa dengan unnie bergaduh" Jungmi menyilangkan tangannya

"Fine!! Dah pandai ugut dah sekarang.. Herin terlibat dalam kemalangan jalan raya.. Dia mengalami hentakan yang kuat dekat kepala masa accident tu.. So doktor kata Herin akan lupa ingatan tapi jangka masa pendek.. Bermakna ingatannya akan kembali jika kita bantu dia untuk ingat" Jungkook menerangkan kepada Jungmi

"So, oppa bantu tak?" Reaksi wajah Jungkook berubah

"Cepat jawab!!"

"Ya2.. Oppa ada bantu tapi maybe dia perlukan masa lagi" Jungkook tidak melibatkan Seokjin di dalam hal ini kerana tidak mahu Jungmi menjadi semakin memberontak

"Second.. Kenapa oppa tak tidur sebilik dengan unnie?" Jungmi memberikan renungan yang tajam terhadap Jungkook

"Itu privacy" Jungkook mengelak

Jungmi tidak berani untuk melawan apabila oppanya mengatakan ia suatu privasi..

"Oppa dah cuba bawak dia dekat tempat2 yang ada kenangan dia?" Jungmi risau dengan keadaan Herin

"Oppa dah cuba lah, tapi dia susah sikit.. Dia tak kenal oppa so, kepercayaan dia pada oppa macam hilang lah" Jungkook cuba mengelak dengan memberi alasan lain

"Oppa kena lah buat unnie yakin.. Macam mana unnie nak yakin kalau oppa asyik give up" Jungkook menjeling ke arah Jungmi

"Amboi, dia cakap macam dia nampak apa kita buat 24 jam agaknya.. Kalau Jungmi ada, boleh nampak kat situ macam oppa ni obses sangat dengan Herin padahal dia tak hiraukan pun" Jungkook cuba menahan marahanya apabila kenangan Herin dengan Seokjin masih terngiang di dalam mindanya

Tiba2 Jungmi lihat Herin datang ke arah gazebo.. Dia segera memberi isyarat kepada Jungkook untuk tukar topik

"Bual apa ni?" Herin melihat Jungmi dengan senyuman

"Oppa tanya tentang pelajaran Jungmi.. Unnie meh lah join sekali" Jungmi meminta Herin untuk duduk tapi Herin sikit pun tidak layan dengan pelawaan Jungmi

"Awak, saya nak keluar kejap" Mimik muka Jungkook berubah 360°

"Keluar mana? Sini saya hantar" Herin menggelengkan kepalanya

"Takpe.. Ada orang teman saya.. Nanti saya telefon kalau dah sampai.. Bye" Herin terus berjalan keluar dari perkarangan rumah itu

Jungmi yang tadi bersemangat tiba2 mukanya muram dan masam

"See? Jungmi sendiri dia buat macam tu, lagi kan oppa" Jungmi hanya memandang ke arah bawah

"I miss my old Unnie.. I miss my old sister Herin" Jungmi cuba menahan air matanya

Koll Cafe

Herin memasuki kafe tersebut dan ternampak Seokjin sedang menunggu di meja.. Dia segera berjalan menghampiri Seokjin

"Oppa.. Lama ke tunggu Herin?" Seokjin menggelengkan kepalanya

"Oppa rindu Herin lah.. Nak kena jumpa Herin pun kena senyap2 tak syok lah.. Bila Herin nak cerai dengan dia" Seokjin memegang tangan Herin yang berada di atas meja, Herin segera menarik tangannya dan letak di bawah meja

"Sabarlah oppa.. Nanti mesti dia lepaskan Herin" Seokjin tersenyum sinis

Tiba2 seorang gadis datang ke arah meja diaorng dan menyimbah muka Herin dengan air kosong yang telah tersedia di atas meja

"So kau lah betina yang kacau tunang aku?" Seokjin terkejut melihat tindakan gadis itu

"Hyoyin!! What are you doing?" Seokjin menampar muka Hyoyin dan Herin terkejut melihatnya

"Sanggup U tampar I hanya disebabkan perempuan murahan macam dia ni?" Seokjin menahan amarahnya

"Dia bukan perempuan murahan.. Dia gadis yang I bakal kahwin dan bukan U" Herin semakin terkejut dan rasa bersalah

"Suka lah kau kan betina.. Lepas dah rampas hak orang.. Kau ingat eh perempuan murahan.. Jangan kau tanya dan menyesal bila suatu hari nanti hak kau orang lain ambil macam mana kau tengah buat sekarang" Hyoyin terus berjalan keluar dari kafe dengan tangisan

Herin terkejut apabila mengetahui Seokjin sudah ada tunang.. Dia tidak mampu berkata apa2

"Herin ssi.. Awak ok?" Seokjin cuba memegang lengan Herin tetapi ditepis oleh Herin

"Tak sangka kan.. Oppa tipu Herin.. Oppa sanggup buat macam ni" Herin terus mengambil begnya dan berjalan keluar

Seokjin menjerit geram.. Mukanya merah kerana tidak menjangka akan berlaku perkara seperti ini

Jungkook's House

Herin balik dalam keadaan rambutnya yang masih lembap.. Dia berjalan perlahan lahan untuk elak dari Jungkook tapi

"Dari mana?" Jungkook menegurnya.. Herin cuba untuk tidak menunjukkan bahagian depannya yang masih lembap akibat disimbah air tadi

"Saya tanya dari mana?" Jungkook semakin dekat

"Saya.. Saya dari kafe" Herin gagap kerana takut Jungkook mengetahui apa yang berlaku terhadapnya

Tiba2 Jungkook menarik Herin dan Herin kini berhadapan dengan dia

"Ni kenapa basah2 ni?" Jungkook melihat Herin lebih dekat

"Tadi hujan" Herin berbohong kepada Jungkook

"Bagitahu saya betul2 kenapa?" Herin hanya diam

TBC

[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2Where stories live. Discover now