Trouble

125 11 0
                                    

Jungkook's House

Pagi menjelang di cheongdamdong.. Jungkook tersedar dari tidurnya akibat jam lonceng yang di set semalam.. Dia membangunkan dirinya dan terus menuju ke bilik air

Tidak lama kemudian, Selesai membersihkan dirinya, Jungkook mengenakan pakaian suits yang cukup kemas dengan rambutnya yang perang itu di sikat ke belakang.. Dia mengambil begnya kemudian berjalan menuju ke tingat bawah

Jungkook ternampak Herin yang tertidur di sofa dengan berselimut.. Dia hanya mengendahkan Herin dan mengambil kunci keretanya yang terletak di atas meja di ruang tamu.. Dia berjalan menuju ke keretanya dan keluar menuju ke tempat yang dituju

After 30 minutes

Kereta sport Jungkook memasuki perkarangan rumahnya.. Dia keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke dalam rumah.. Di tangannya terdapat beg plastik.. Berisi bungkusan makanan yang dibeli di kedai yang tidak jauh dari rumahnya

Dia meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja makan.. Kemudian dia berjalan menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.. Dia mencapai pen yang berada di dalam bekas alat tulis dan sehelai kertas yang dikoyakkan dari bukunya.. Selesai menulis sesuatu dia turun kembali ke tingkat bawah.. Meletakkan helaian kertas itu di atas meja dan ditindih di bawah remote control

Jungkook merenung Herin seketika.. Dia melihat jam tangannya dan dia segera berjalan menuju ke keretanya dan pergi ke pejabatnya

Jj Company

Jungkook menaiki lif dan berjalan menuju ke pejabatnya.. Dia membuka pintu biliknya dan terlihat kelibat seorang yeoja sedang membelek helaian akhbar di atas meja ruang menunggu di dalam bilik Jungkook

Jungkook berjalan ke arah mejanya dan meletakkan begnya di tepi meja, menyangkut kot tebalnya dan berdiri melihat yeoja tersebut

"Ha Jungmi.. Ada apa?" Jungkook menarik kerusinya dan kemudian duduk.. Dia menghidupkan komputernya

"Ai, dah tak boleh ke nak jenguk oppa sendiri?" Jungmi melihat Jungkook yang tidak memandangnya

"Takde kata tak boleh.. Yelah dongsaeng oppa ni kan busy belajar kat luar negara kan.. Ingatkan dah tak ingat oppa kat sini" Jungkook menaip sesuatu begitu laju

"Alah sekarang tengah cuti sem.. So ada banyak masa tu yang balik sini" Jungkook hanya mengangguk kerana matanya terlalu fokus di komputernya

"Oppa, unnie macam mana? Sihat?" Jungkook berhenti menaip seketika kerana tidak menjangka Jungmi akan menanyakan Herin.. Kemudian dia kembali menaip

"Sihat.. Kenapa?" Jungmi membangunkan dirinya dan bergerak ke arah meja Jungkook

"Susah lah ada oppa yang kuat cemburu ni.. Nak tanya pasal wife dia pun dah jealous" Jungmi kemudian duduk di kerusi di hadapan meja Jungkook

"Nak tanya boleh.. Tapi jangan buat oppa macam kaunter pertanyaan lah" Jungkook bangun lalu menuju ke rak2 dan mencari sesuatu

"Yelah2.. Jungmi jumpa oppa nanti eh.. Oppa tengah busy kan" Jungkook menoleh ke belakang sekejap kemudian sambung mencari

"Annyeong oppa"

"Nae" Jungmi terus mengambil kot tebalnya yang di letakkan di kerusi dan berjalan keluar dari bilik Jungkook

Loby Jj Company

Jungmi berjalan menuju ke luar

"Kalau buat surprise dekat rumah dia, oppa mesti takkan tahu.. Hihi oh yeah" Jungmi terus berjalan dan menaiki kereta yang dimana pemandu sudah menunggunya

Jungkook's House

Pemandu Jungmi memberhentikan kereta di hadapan rumah Jungkook dan menyuruh pemandunya untuk kembali kerja.. Dia mendekati pagar rumah Jungkook dan menekan lonceng rumah

Tidak lama kemudian, pagar rumah Jungkook terbuka dan Jungmi berjalan masuk.. Mulut Jungmi ternganga besar begitu juga matanya.. Dia berjalan dan ternampak Herin sedang berdiri di hadapan pintu dan dia terus berlari ke arah Herin dan memeluk Herin

"Unnie!! Jungmi rindu Unnie" Herin pelik dengan kelakuan Jungmi yang tiba2 memeluknya

Jungmi melepaskan pelukan dan memegang tangan Herin

"Nuguseyo?" Jungmi terdiam seketika

"Amboi unnie.. Ok Jungmi tahu salah Jungmi jarang jumpa unnie.. Tapi takkan sampai tak ingat Jungmi.. Ni Jungmi lah, Jeon Jungmi.. Your sister in law" Herin mengecilkan matanya cuba untuk mengingat sesuatu

"Maaflah, saya tak kenal awak.. Awak siapa?" Jungmi terdiam seribu bahasa selepas kata2 Herin mengejutkannya

"Unnie.. ni Jungmi lah.. Jungkook dongsaeng" Jungmi cuba untuk buat Herin ingatnya

"Mian.. Mungkin saya tak ingat awak, tapi awak ingat saya" Jungmi semakin pelik dan tertanya.. Dia terus menarik Herin ke dalam dan duduk di sofa di ruang tamu

Night At Jungkook House

Kereta sport Jungkook memasuki perkarangan rumahnya.. Jungkook berjalan masuk ke dalam rumahnya dan dia terkejut apabila melihat Jungmi tertidur duduk di atas sofa di ruang tamu.. Dia mencari Herin di tingkat bawah tapi tiada

Jungkook menaiki tangga dan menuju ke tingkat 2.. Dia nampak Herin keluar dari bilik dia terus menarik tangan Herin dan membawa Herin ke biliknya.. Dia menutup pintu

"Sakitlah.. Boleh tak awak jangan tarik tangan saya kuat2.. Kalau nak saya ikut awak cakap je lah.. Bukannya saya tak faham" Herin memicit pergelangan tangannya yang sakit itu

"Mian.. Macam mana dia boleh ada kat dalam?" Herin berfikir seketika

"Dia kata dia dongsaeng awak, so saya bagi lah masuk" Herin tidak memandang wajah Jungkook

"Awak ingat dia ke?" Jungkook cuba meneliti ingatan Herin

"Saya kenal pun tak, lagikan nak ingat" Herin berjalan keluar dari bilik Jungkook tetapi Jungkook menarik tangannya menyebabkan Herin mengaduh sakit

"Mian2.. Saya belum habis cakap lagi.. So awak bagitahu dia ke awak lupa ingatan?" Jungkook menanti jawapan Herin

"Ish! Saya kata saya tak tahu.. Saya takde cakap apa2 pun memandangkan saya tak kenal dia.. Awak jugak mintak saya jangan cakap dengan orang yang saya tak kenal.. Tapi saya bagi dia masuk pun sebab dia beria kata dia adik awak" Herin masih menahan sakitnya

"Ok fine" Jungkook berjalan keluar dari biliknya dan Herin membuat muka annoyednya

[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2Where stories live. Discover now