Sesi mengenyangkan perut telah tiba!
Kringg!
Bunyi loceng yang sangat kuat itu didengari disetiap pelusuk blok. Yey masa rilek rilek selepas 3 jam menelaah buku . Ayuh semua ke kantin dan ko-op. Kita segarkan minda dan otak untuk masa depan yang lebih cerah supaya dapat membanggakan sekolah yang tercinta ini . Ups terover, kbye .
Pelajar -pelajar berpusu pusu ke kantin sekolah. Muka barai lapar, muka macam zombie, ada yang belum sarapan dari pagi, dan ada yang berebut kueh macam harini hari terakhir dia kat muka bumi ,senang cerita semua perangai ada . Ada yang melencong ke tandas dengan muka tak tahan nak melepas. Menjawab panggilan alam katanya.
Tetapi tidak bagi Nik Aqlan. Dia bersama dua orang rakannya memilih untuk ke bilik seni di blok lama yang tidak digunakan. Mereka membawa satu beg plastik hitam bersama air coke. Tak juga lupa kotak ro-ro .
"Aku rasa kita takle jadikan tempat ni port kita dah la. Cikgu dah tau tempat ni." Naim Firdaus mula bersuara.
"Habis kat mana port yang paling sesuai? " Faiz Haiqal membalas pernyataan Naim .
Nik Aqlan yang hanya mendengar perbualan dua ekor makhluk Tuhan ni berjalan dan duduk dia kerusi kayu berdekatan dengannya.
"Julia tak datang ke? " kata Nik Aqlan memotong perbualan Faiz dan Naim.
"Dia demam. Semalam main hujan. " Naim membalas.
"Dia demam? Mana kau tau dia main hujan, dia main dengan kau eh? " Nik Aqlan tersenyum mengejek. Sudah dia tahu yang Naim dan Julia memang rapat. Mereka tinggal dalam satu kawasan kejiranan. Rumah mereka hanya selang beberapa buah rumah sahaja.
"Eik, aku yang sekelas pon tak tahu. Macam mana kau tahu ni? Owh, Patutlah aku ajak futsal taknak semalam rupanya pergi dating! " Faiz pula berkata sengaja mahu melihat reaksi Naim.
Faiz ditempatkan sekelas dengan Julia di kelas 5 Persen tapi selalu melepak kat kelas sebelah. Bukan 5% tapi gabungan subjek perniagan dan seni . Kelas ketiga dalam tingkatan.
Manakala Nik Aqlan , Naim , dan Dani di kelas 5 Sukun bersama dengan Balqis. Subjek elektif Sains Sukan dan Akaun . Ye mereka pelajar sukan dan dilatih untuk cergas , sangat cergas sampai diajak orang bergusti. Bagi keluar peluh katanya.
Berbalik pada riak wajah Naim . Muka Naim sudah memerah malu. Dia tersenyum kambing . Lalu dia berkata,
" Pale hotak dating. Aku teman dia beli hadiah birthday mama dia pastu masa nak balik hujan. Tu je "
" Tu je? Takkan tu je, kau tak try ngorat dia? " soal Nik Aqlan.
Naim menggelengkan kepala perlahan. Nik Aqlan dan Faiz hanya menepuk dahi. Begitu suci hati jejaka bernama Naim Firdaus ini. Julia hot kot. Apa lagi yang Si Naim ni nak pun aku tak tahu.
"Eh dua ekor beruk ni, dia kawan kita la, takkan aku nak buat something yang boleh buat kita renggang, lagipun Julia tu 'not my taste' lah"
Tapi jantung Naim sentiasa berdegup kencang apabila bersama Julia. Cuma lebih baik hilang crush dari member kan?
"Not my taste bole pergi mampus . Kau tu single abadi , Julia pon sama, sepadan la korang merpati dua sejoli " Faiz Haiqal suka mengkenengkan mereka berdua. Mereka bertiga ketawa serentak. Biasalah sapot member buat maksiat. Couple! Couple!Couple!
"Btw Aqlan, kau ada dengar tak pasal Naiyah?" Soal Faiz seolah memancingnya sambil mengeluarkan telefon dari poketnya .
"Ye la Aqlan , kau hilang dia pun hilang sekali" sambung Naim Firdaus. Nik Aqlan hanya memandang mereka dengan tatapan kosong.
Naiyah yang dimaksudkan ialah gadis comel dan kerdil yang selalu bersama Aqlan dulu. Naiyah antara geng yang rapat dengan mereka . Tapi semasa cuti persekolahan akhir tahun pertama sewaktu mereka berumur 15 , Najmi hilang kabar berita . Tak tahu kemana .
" Naiyah?" suara Nik Aqlan terus berubah. Ini membuatkan Faiz dan Naim lantas merenung Nik Aqlan lama. Dah kenapa mamat ni tadi elok je. Faiz meletakkan tangannya dibahu Aqlan.
"Aqlan, kau okey tak? Takkan kau mar-" kata kata Faiz dipintas .
" Jangan tanya , kalau taknak mati " Nik Aqlan bangun berdiri . Matanya ditutup rapat. Nafas ditarik dalam . Kepalanya sakit sangat sakit . Dia mendengar jantungnya berdegup laju. Menunggu yang tak dijemput datang .
"Aqlan kitorang just tanya je, kenapa dengan kau ni? Cakap pasal mati bagai " soal Naim Firdaus yang sedari tadi berasa pelik dengan kelakuan Nik Aqlan.
Mata dibuka , senyuman sinis dibentuk . Nik Aqlan mengangkat kepala melihat Faiz dan Naim. Dia memandang tajam kearah mereka berdua. Matanya berubah kepada ungu gelap. Kini dia bukan Nik Aqlan yang kita kenal lagi.
"Lamanya tak jumpa kau" soal Nik Aqlan. Dia mengerling kaarah Faiz kemudian beralih kepada Naim. Mereka hanya berdiam membatu melihat Nik Aqlan yang menakutkan sebegini. Jadi yang dikatakan oleh Nik Aqlan dulu memang benar .
Nik Aqlan pernah cerita yang dia ada kawan lelaki masa kecil. Kawan dia muka nak dekat sama dengan dia. Tapi sejak masuk sekolah menengah ni kawan dia hilang tanpa jejak. Ayie memang kasar dalam percakapan baik perbuatan tapi dia banyak tolong Nik Aqlan . Dia bagi kehidupan baru pada Nik Aqlan .
Ayie ni panas baran , kasar dan terlampau protective. Tapi Nik Aqlan cakap tu sebenarnya versi kedua Nik Aqlan. Naim dan Faiz tak pernah berjumpa dengan Aqlan sejak dia pindah ke Kuala Lumpur 4 tahun lepas . Dan tahun ini, tahun keempat persekolahan , Nik Aqlan muncul kembali .
" Nik Aqlan Hakeem , kau okey tak ni. Asal tenung kitorang centu? " soal Naim Firdaus cuba memastikan kondisi Nik Aqlan.
"Siapa Aqlan ? Nama aku Ayie, yang berhak atas tubuh ini . "
Oh shit.
"Naim panggil Dani cepat! " Faiz menggesa Naim untuk mencari Dani Irham secepat mungkin. Masa ni jugak kau nak keluar Ayie oii! Tak sekarang ni aku tinggal sorang dengan Ayie ni. Matilanak!
Faiz Haiqal mendail nombor di telefon bimbitnya. Dia meletakkan telefon ditelinganya. Tapi siapakah manusia yang ditelefonnya itu? Sempat ke dia call manusia tersebut? Hidup lagi ke dia masa mereka sampai?
...
YOU ARE READING
Pusing | ONGOING |
Mystery / ThrillerKarut . Mana mungkin manusia boleh ada pelbagai karakter yang dia sendiri tak sedar . Minda terlalu kompleks sampai membentuk hal-hal yang tak boleh diterima logik. Ada . Satu penyakit mental yang diberi nama Dissociative Identity Disorder (DID)...