1 | PERTEMUAN

286 21 0
                                    

Nik Aqlan terus berjalan kearah mejanya. Dia berjalan seperti samseng taik kucing eh sory-dia berjalan seperti seorang gengsta yang berkuasa. Butang baju yang elok terbuka mempamerkan t-shirt hitamnya. Sungguh kacak sekali anda Nik Aqlan. Dia memanggil Amat yang merupakan ketua kelas.

"Ni Cikgu Sumatri tak datang harini. Cover aku japgi. Nak projek sikit"dia tersenyum nakal. Dia menepuk-nepuk belakang bahu Amat. Amat tersenyum kambing membalas senyuman Nik Aqlan.

"Kau senyum pehal? Dah pergi sana!". Dia menolak Amat sehingga sang ketua kelas terlanggar bucu meja. Sungguh kejam kamu. Eyyy!

"Mengapa kamu kelihatan lelah dipagi ini sahabatku? " Faiz Haiqal melihat wajah Nik Aqlan seperti keletihan. Harini takde PJ woi. Jog ke dia ni?!

"Aku kena tahan dengan Cikgu Syah pasal meja patah kat Dewan tu. Menggelabah aku lari, malas nak hadap bala "  .

"Aik ? Bukan kau terlepas ke? Ni mesti ada report!" Naim Firdaus pula berbicara. Kaki port memang nak kena sepak pala.

"Itula, kau pegi belasah Mifzal kat dewan dah kenapa? Bwk jelah dia pegi tandas. Dah setel..." Faiz mengesyorkan. Naim hanya mengangguk tanda setuju.

"Tempat private tak best nak gusti, kena ramai penonton, baru ada sorakan, cikgu pun satu hal, kerajaan bagi duit beli jelah meja baru ni tak sibuk cari kesalahan pelajar "

Mereka bertiga ketawa serentak. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Nik Aqlan . Pasal gusti tu saya sokong pasal meja patah tu malas nak komen lebih.

Nik Aqlan menyandarkan badannya ke kerusi. Lalu dia memandang jam di tangannya. Sempat lagi nak jalan-jalan ni. Ayuh bergerak! Tenangkan hati sikit.

Lepas ni kelas math wuish favourite I lahai! Lambert lagi nak jadi fav subjek, cikgu dia cantik sebab tu aku suka.

"Aku keluar jap, cikgu datang tolong cover "

Faiz dan Naim hanya mengangguk perlahan. Sebagai tukang cover dan member paling berguna, mereka berdua selalu ada bila Nik Aqlan memerlukan. Begitu juga bila salah seorang dari mereka bertiga ditimpa kesusahan. Kita kan 4 muskeeteers!

Sedang berjalan kearah tangga untuk turun dari tingkat tiga, tiba-tiba bahu sebelah kirinya dilanggar dari belakang dan ia menyebabkan  Nik Aqlan hilang keseimbangan.

Buk!

"Aduh!" dia menjerit kecil sambil memegang bahunya. Jadi keja kena minum susu nanti. Nak kuatkan tulang balik.

" Maaf !" terus sahaja perempuan itu pergi. Nampaknya dia terburu-buru.

"Oi! Aku punya besar tak nampak, buta kayu." Nik Aqlan terus bangun dan memandang kearah perempuan itu. Dia hanya memerhati bahagian belakang gadis itu. Siapalah dia ni, Tak pernah nampak pun selama 3bulan dia di sini?

Nik Aqlan membiarkan fikirannya berlalu. Dia kemudian berpusing kembali mengarah ke tangga. Kakinya lantas terpijak sesuatu.

"Buku apa ni? "

"1001 Tentang Dia"

Dia mengambilnya dan terus berjalan. Dia tersenyum melihat buku yang kulitnya berwarna putih dengan hiasan pokok lavender dan memegang buku itu erat.

"Kunonya nama "

.



.



.



.



.

Aria Wangi melangkah dengan lafaz bismillah. Dia sangat berdebar-debar pada ketika ini. Cepat sungguh waktu berlalu. Rasanya baru seminggu yang lalu Umi Sofea memberikannya fail kes. Dia telah membaca berkali-kali maklumat berkaitan jejaka itu.

Dia tersenyum. Dengan matlamat dan tujuan dia melangkah bersemangat. Tak sabar nak masuk sekolah baru sebenarnya. Kawan baru, persekitaran baru dan yang paling penting sekali bagi hidup seorang gadis iaitu CRUSH baru , ayohh!

Aria melangkah dengan yakin ke pintu pagar . Terdapat 2 orang pengawas sedang menunggu kehadiran pelajar. Baju pengawas sekolah ini bertemakan merah putih. Seorang pelajar lelaki yang berdiri dengan penuh keyakinan , memakai baju kemeja putih dan tali leher berwarna merah begitu juga jaket merahnya tampak kemas bersama senyuman yang dihadiahkan kepada manusia dihadapannya.

Seorang pengawas perempuan yang elok berdiri disebelahnya pula memakai tudung merah yang dimasukkan kedalam baju kemeja putih berserta tali leher persis pelajar lelaki tadi. Kainnya juga merah dan memakai jaket pengawas .

"Woi cepat sikit jalan yang kat sana tu! Lambat seminit aku tulis nama"

"Okey dah cukup, tarik pagar Dani"

"Cik adik ni budak baru ke? Tak pernah nampak pun. Cepat jalan sempat lagi ni sebelum akak singa marah"

Terkejut Aria apabila ditegur oleh pengawas lelaki itu. Dia terus memalingkan wajahnya dan berjalan laju. Tak sempat masuk sekolah dah kena, macam mana ni, heish!

"Takda peraturan tetap peraturan. Nama apa?" Soal perempuan yang sedang mencekak pinggang sambil melihat tajam ke arah mereka.

"Ari..Aria Wangi"

"Harini aku lepaskan kau. Esok datang awal"

"Aria kan? Sedap nama awak" Dani tersenyum manis.

"Amboi yang perempuan kau tegur kemain, tu budak lelaki yang jalan macam siput tu, ha kawan-kawan kau yg kat garaj motor tu , taknak tegur?" leteran demi leteran masuk dan keluar dari telinga pengawas lelaki itu.

"Kau rilek la Bal, aku ni kan peramah, semua perempuan aku tegur, kau yang singa, semua lelaki takut dengan kau " Pengawas lelaki itu gelak terbahak-bahak sampai tersedak air liur sendiri.

"Eyy Dani , kau jangan sampai aku sumbat kasut aku dalam mulut kau. Kau jaga la sini sorang-sorang. Aku pergi pantau budak kat garaj motor. Sakit hati je melayan kau ni"

Bal ataupun Balqis berjalan laju kearah garaj motor pelajar. Kelibatnya semakin hilang dari tatapan Dani. Sesungguhnya Balqis memang singa kat sekolah ni. Diakui oleh semua pelajar. Maklumlah Penolong Ketua Pelajar .

"Eleh cakap sikit touching, ni lah perempuan . Nasib sayang, ehem, ha yg kat sana tu cepat jalan jangan lambat-lambat, bontot korang tebal sangat dah ke?! "

Datang lambat denda dia rotan punggung dan lari pusing padang 2 kali. Ada paham kah?

Setiap hari mereka diwajibkan memantau semua kawasan. Juga setiap pagi diwajibkan mereka bergaduh kat pintu pagar. Dani Irham merupakan ketua pelajar. Pelajar lelaki idaman semua pelajar perempuan.

Setiap masa dilihat sebagai paling disiplin . Tapi ada udang disebalik batu .Time spotcheck dialah yang paling berguna . Kalau geng yang buat hal , kita cover dulu. Kalau pelajar lain , jangan harap aku nak kesah .

Bukan tak amanah tapi bagi peluang untuk berubah lagipun ni kan senior year. Rilek rilek sudah.

Pusing  | ONGOING |Where stories live. Discover now