3 | CHAOS

181 16 0
                                    


Faiz elok terlentang di tepi meja bersama kerusi yang sudah patah. Telefonnya tepelanting tapi masih berfungsi . Panggilan disambungkan .

" Hello , ye Faiz? " suara perempuan menyahut . Faiz merangkak mendapatkan telefonnya . Meski kudratnya semakin hilang dia cuba menggagahkan diri.

"Ba...Bal...Balqis , datang port kita . Ce..cepat..AAAAARGGGGH" bunyi hentaman kayu yang kuat membuatkan Faiz meraung kesakitan . Matanya semakin kabur.

"Hello? Siapa disana, saya tak order foodpanda, Bye" kata Ayie lalu menghempas telefon ke lantai sehingga pecah. Lalu dia melihat Faiz.

Faiz cuba menggerakkan badannya namun Nik Aqlan terus mencekik Faiz . Faiz sudah nyawa-nyawa ikan. Dalam hatinya cuma berharap Naim cepat datang bersama Dani dan Balqis . Nafasnya semakin tersekat-sekat . Pandangannya mulai kabur.

Nik Aqlan hanya tersenyum sinis. Dia melepaskan tangannya dari terus mencekik Faiz . Faiz sesak mencari nafas .

" Herh..herh..kau..kau kenapa Aqlan?" Soal Faiz sambil tercungap-cungap . Dia masih tak faham dengan perubahan Aqlan . Yang dia tahu , ini bukan Aqlan yang dia kenal.

"Aqlan tidur, panggil aku AYIE" satu tumbukan hinggap diperut Faiz.

"Sakit la sial" Faiz mengumpul kekuatan lalu membalas tumbukan Aqlan dengan sepakan di kepala.

"Sedar la , kau kenapa ni?"

" Aku tolong dia , kau sakitkan dia . Dia perlu aku , aku perlu dia , faham?" Faiz terkejut .

" Kau jangan ingat aku lupa apa kau buat!"

Aqlan bangun menghempaskan Faiz ke lantai. Dia ambil kayu lalu hendak memukul kepala Faiz. Tapi perbuatannya terbantut. Tangannya menjadi lemah. Kayu dilepaskan.

"Sial la Aqlan. Bagi Ayie bunuh dia"

Sekali lagi kayu diambil oleh Aqlan tapi tangannya seolah lemah dan tidak dapat menggenggam kayu itu.

Lalu dia terduduk memandang lantai.

"Pehal kau tak biar aku mati je tadi ?" Faiz mula bersuara.

" Aku nak tapi aku tak boleh" suaranya mendatar .

"Kau tak mampu kawal dia?"

"Kau diam. Kalau taknak mati" Aqlan mencengkam baju Faiz . Penumbuk sedia ditangan .

.

.

.

Balqis:

Aku terima panggilan dari Faiz secara tiba-tiba . Nasib aku baik masa tu aku berada di dalam tandas . Aku memerhati sekeliling mencari figura yang ada . Fuhh tak ada orang .

Aku ingin menjawab panggilan tersebut. Perasaan aku tak sedap . Aku dapat meneka hal kecemasan yang berlaku. Kalau tidak kenapa Faiz tiba-tiba call waktu sekolah macam ni.

Erm jangan tanya kenapa aku bawak fon pergi sekolah. Aku bawak sebab harini aku perlawanan bola jaring peringkat negeri . Kalau ikutkan lepas rehat aku gerak. Sekarang aku tengah tukar pakaian sukan .

Aku berlari keluar dari tandas ke belakang banggunan. Akibat tandas tu bergaung. Jadi aku tak selesa nak menjawab panggilan disitu. Aku menjenguk sekeliling memastikan tiada orang yang mencuri dengar atau mengintai.

Aku menarik nafas sebelum meletakkan telefon ditelinga. Namun tiada sebarang suara yang muncul . Dan aku hanya mendengar bunyi seretan sesuatu. Tapi aku tak dapat meneka apakah itu.

Perasaan aku masih tak sedap.

"Hello, ye Faiz?" Diam seketika. Aku mendengar bunyi nafas yang sesak. Dah kenapa dengan Faiz ni.

"Ba...Bal...Balqis , datang port kita . Ce..cepat..AAAAARGGGGGH!" suara jeritan Faiz membuatkan aku terkejut dan gementar. Apa yang dah jadi ?

Tiba-tiba dengar suara yang tak asing bagi aku tapi dengan nada yang tak biasa aku dengar . Ni suara... suara Nik Aqlan .

"Hello? Siapa disana, saya tak order foodpanda, Bye" dan talian dimatikan. Apa dah jadi dengan Aqlan pulak. Aku kena cari Dani dengan Faiz . Tapi aku pergi bilik Sakit dulu.

Cari Abang Faizul . Abang aku .

" Assalamualaikum, saya nak jumpa Abang Faizul boleh tak? " tanya aku kepada kakak yang menjaga kaunter . Bilik sakit sekolah aku dijaga oleh jururawat. Sebabkan setiap hari ada ja hal bebudak ni buat . Sakit sana sakit sini.

"Jap eyh , Zul tengah makan kat belakang tadi." Aku menunggu di kerusi menunggu dengan penuh gelisah. Aku terus memikirkan Faiz dan Aqlan . Dengan jeritan Faiz tadi aku dah boleh agak dia kena pukul dengan Aqlan.

Faizul muncul sambil mengelap tangannya dengan tisu lalu dibuang ke tong sampah berdekatan. Aku bangun dan terus menariknya ke sudut yang lebih sunyi.

"Zul , kau kena tolong aku. Aqlan ngan Faiz gaduh . Aku rasa Faiz dah teruk tu . Lepas ni aku ada game . Aku kena gerak sekarang. Cari diorang kat Blok Seni tinggal belakang , cepat tau"

"Eyh jap jap, bukan dorang tu geng kau ke? Pehal gaduh ni , ni mesti pasal awek ni. Tak habis la budak-budak" Aku tak tahu apa yang dia merepek sekarang ni. Aku teringat satu nama yang menyahut selepas jeritan suara Faiz tadi .

"Aku rasa Aqlan macam tak betul masa cakap tadi pastu aku dengar Faiz mintak tolong. Macam bunyi benda kena hempas pun ada. Aku risau gila ni"

"Bal , jom tengok Aqlan sekarang . Dia meracau tak tahu kenapa?!" Dihadapan aku berdirinya Naim yang sedang berpeluh-peluh. Dia kemudian menarik nafas lalu menghembuskannya.

"Eik tadi kata gaduh ,sekarang meracau pulak, kena rasuk ke?" Faizul bersuara. Dia melihat Naim yang sedang mengipaskan dirinya menggunakan buku .

"Jom la cepat , aku tengah cari Dani ni. Dia kat mana tah? Nampak dia?" Soal Naim kepada aku. Aku hanya mampu menggeleng . Aku memang tak tahu kat mana si Dani ni pergi. Masa rehat hampir tamat. Aku melirik jam di tangan. Dah tiba masa untuk aku pergi.

"Aku gerak lu , pape roger tau. Bang , tolong Naim settle hal ni , be careful" Aku nampak Faizul mengangguk . Dan aku terus berlari keluar kerana nampak kelibat teman aku yang sama ikut perlawanan bola jaring.

Risau memang risau sebab kitaorang kawan kamcing dari sekolah rendah. Termasuk Aqlan meskipun dia baru pindah tahun ini. Aku dah kenal dia lama. Tak sangka bole gaduh tiba tiba . Aku berusaha menumpukan perhatian pada pelawanan.

Kawan memang penting tapi tanggungjawab perlu diutamakan. Aku harap tak dapat berita kematian ja. Cukup la Naiyah ja kawan aku yang pergi sebelum aku .

Cukupla Aqlan tanggung kematian dia . Jangan Faiz pulak jadi mangsa yang seterusnya.

"Hai Balqis, Good Luck game"

"Eh Dani , ada emergency Aqlan dengan Faiz gaduh kat port kita , pergi tengok . Bye and thanks"

Nasib aku pergi kantin dulu kalau tak sampai kesudah Dani ni tak tahu apa benda. Harap dia tak heret cikgu disiplin la. Aku cuma berdoa di dalam hati berharap semuanya baik-baik saja.

🧚‍♀️✨
Jangan tunggu aku
Aku buat bila aku rasa nak buat . Sory kalau hiatus . Aku pergi tapi aku kembali . Cuma jangan menunuggu :)

Pusing  | ONGOING |Where stories live. Discover now