Bab 11

2.1K 208 20
                                    

Mereka berlima duduk di barisan kelas masing-masing dengan bingung. Minda mereka tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Setiap kali mereka terpandang akan satu sama lain, hanya jongketan bahu ditunjukkan. Tiada apa yang mampu dikatakan kerana kini seluruh bangunan amat gelap akibat kerosakan teknikal.

"Adoilah! Siapalah yang berani-berani rosakkan suis utama ni. Stress-nya aku!" Tuan Ramli berkata sendirian. Songkoknya yang terletak di atas kepala dibetulkan berkali-kali.

Cikgu Fazleenda berkata dengan lantang. "Saya suruh kalian berkumpul di sini bukan sebab lawatan, ya. Saya tahu saya ni guru lawatan tapi ini bukan sebabnya." Dia melihat semua pelajar yang berada di tapak berkumpul tersebut. Matanya tertancap pada lima orang pelajar perempuan yang sedang keresahan.

"Kamu berlima, datang sini." Panggilnya seraya menggamit kelima-lima pelajar itu. Aineen, Hanie, Aisyah, Niysa dan Yazmin bangkit lalu berjalan menuju ke tempat Cikgu Fazleenda.

Cikgu Fazleenda mengusap kepala mereka seorang demi seorang. "Kamu semua pasti tertanya-tanya kenapa cikgu cakap macam tu kan? Jangan risau, bukan kamu seorang saja, pembaca pun sama." Ujarnya.

"Saya bersyukur sangat kamu berlima selamat. Disebabkan blackout tadi, ramai pelajar yang hilang. Ada makhluk yang mengambil kesempatan untuk menculik mereka." Jelas Cikgu Fazleenda setelah menyuruh kelima-lima gadis itu duduk di hadapannya. "Kenapa kamu semua nampak pucat ni?" Soalnya.

"Waktu kami tengan melakukan aktiviti masing-masing di dalam dorm, tiba-tiba saja lampu terpadam. Apa lagi, kami pun menjeritlah. Lepas tu, tiba-tiba pintu terbuka dan Cikgu Fazleenda pun muncul lalu membawa kami semua keluar dari situ." Luah Aineen.

Belum sempat Cikgu Fazleenda membuka mulut, Aisyah memintas. "Sebaik sahaja kami dapat cari jalan keluar, kami pun bersorak kegembiraan. Bila Hanie panggil cikgu, cikgu hilang macam tu saja. Sedang kami mencari cikgu, tiba-tiba cikgu panggil kami dari belakang."

"Jadi, siapa yang bantu kami tu?" Hanie menyoal. Masing-masing menggigil ketakutan.

Cikgu Fazleenda ternganga besar. Tuan Ramli yang sibuk mendengar dari belakang juga ternganga besar.

"Yang pastinya itu bukan Cikgu Fazleenda. Itu bukan!" Tukas Tuan Ramli yang berlalu di sisi Cikgu Fazleenda. "Saya yakin, itu hanyalah satu makhluk yang ingin menggunakan kamu namun sempat melarikan diri apabila dapat mengesan kehadiran Cikgu Fazleenda. Kamu semua kena berhati-hati, faham? Kamu semua ni harapan sekolah." Sambungnya lagi.

Gadis-gadis itu menganggukkan kepala mereka. Mereka rasa bersemangat untuk melindungi sekolah. Dengan kelebihan yang ada, mereka mendapat idea.

"Tuan! Apa kata kalau kami gabung kelebihan untuk bina semula kubah pelindung tu?" Cadang Niysa, bersemangat. Sahabat-sahabatnya mengangguk setuju dengan mata yang dipenuhi sinar harapan.

Sekali lagi, Tuan Ramli dan Cikgu Fazleenda ternganga besar.

"Itu bukan perkara senang. Kamu ingat kejadian lepas?" Cikgu Fazleenda berkata risau. Dia melihat anak-anak muridnya seorang demi seorang.

Kelima-lima gadis itu mengeluh perlahan. Mereka sudah agak yang perkara ini akan berlaku.

"Saya setuju dengan cadangan itu." Kata seorang gadis molek yang muncul secara tiba-tiba di sebelah Niysa.

Niysa menoleh ke arah gadis itu. "Eh, awaklah pelajar yang terlanggar saya tu." Tuturnya terkejut. Gadis itu hanya memberikan sebuah senyuman.

Cikgu Fazleenda dan Tuan Ramli saling berpandangan. Aneh kerana pelajar itu muncul secara tiba-tiba.

"Tapi sayang, kamu baru tingkatan satu. Kakak-kakak kamu ni berada di tingkatan tiga. Apa yang kamu tahu, yang? Ada cadangan ke?" Soal Cikgu Fazleenda dengan memanggil pelajar yang tidak dikenali itu dengan panggilan 'sayang'.

Gadis itu berkata dengan mesra. "Saya ada cadangan." 

Senyuman sinis cuba untuk disembunyikan.



Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now