Larian semakin dilajukan. Tiada kata yang mampu diungkapkan. Sesungguhnya, ujian yang diberikan kepadanya kali ini amat membuatkannya terkilan. Bukan sahaja terkilan, malah rebah menyembah bumi. Tidak rela lagi diterima oleh hati terhadap apa yang pasti. Wallahi, hanya mampu berdoa kepada illahi.
"Apakah semua ini!" Jerit Tuan Ramli dengan sekuat hati lalu pantas berlari meredah semak samun. Para guru dan para pelajar tergesa-gesa mengejar guru terhormat itu.
Tuan Ramli melutut di atas lantai. Sesungguhnya, sekolah yang dijaga rapi olehnya selama bertahun-tahun telah hancur dimakan api. Dia menangis semahu-mahunya.
Kelihatan pelajar berlari-lari di sana dan di sini. Mereka berkeliaran di seluruh tempat. Sebaik sahaja terlihat kelibat guru-guru, mereka terus sahaja berlari ke situ.
"Tuan, bawa bersabar. Iman kena kuat." Ucap Niysa lalu duduk di sebelah pengetua akademinya itu. "Cuba tuan tarik nafas, lalu lepaskan dengan perlahan-lahan. Bawa bertenang dan kemudian berdoa kepada Allah. Tuan tak akan sangka apa yang saya lihat." Sambungnya lagi.
Tuan Ramli memandang Niysa dengan wajah putus asa. Namun, dikuatkan juga untuk mengikut setiap tutur bicara pelajarnya yang seorang itu. Dia menutup mata buat beberapa ketika kemudian, kelopak matanya terbuka perlahan-lahan.
"Apakah semua ini?"
Makhluk yang berwarna hitam dan merah berjalan-jalan di atas bumbung akademi. Wajah menakutkan mereka kelihatan hangus dan terbakar. Tuan Ramli tidak lagi sanggup bagi melihatnya.
"Niysa, ini bukan kebakaran ya?" Soal Aineen sambil menyentuh bahu Niysa.
"Ini hanya halusinasi yang direka, bukan?" Tanya Aisyah pula. Niysa tersenyum kecil kemudian mengangguk.
"Teruskan apa yang tergendala di dewan tadi!" Arah Rafiq, Izzat dan Farhan serentak. Ketiga-tiga ketua itu mula terkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. Para pelajar mula bertenang kemudian mengikuti langkah ketua mereka.
Seorang wanita muncul di udara. Wajah yang asalnya dihiasi senyuman ceria, kini dihiasi cebikan sinis. Semakin lama, semakin kuat tawanya.
"Kau fikir kau boleh lawan aku?" Soal Xyphea Cressent dengan sinis. Sesungguhnya, dia telah merasakan kemenangan akan berpihak kepadanya.
Dia duduk bersila di udara sementara semua insan yang berada di situ bersungguh-sungguh membaca ayat-ayat suci kalam Allah. Dia hanya tersenyum sinis sehinggalah, kelihatan cahaya muncul pada wajah kelima-lima gadis yang digeruninya itu.
Yazmin, Aisyah, Niysa, Hanie dan Aineen terkejut. Mereka melihat seluruh tubuh mereka yang bercahaya itu.
"Tuan, apakah ini? Pelik betul perkara yang terjadi kepada kami ni." Soal Aineen kerana perkara yang terjadi kepada mereka itu sungguh tidak dapat diterima oleh logik akal.
Tuan Ramli, Cikgu Fazleenda dan Ustazah Maisarah ternganga besar. Sungguh, perkara yang terjadi pada 8 tahun dahulu akan berulang semula!
"Argh!" Jeritan mula terbit daripada bibir gadis-gadis itu. Pelajar-pelajar yang berada di situ hanya menumpukan perhatian terhadap bacaan mereka kerana mereka tahu, perkara ini adalah bantuan daripada Allah.
"Tuan, perkara ini tidak boleh terjadi. Sepatutnya, pelajar lelaki. Bukan perempuan!" Jerit Cikgu Harraz sambil menggoncangkan bahu Tuan Ramli yang terkedu.
Mata mereka berlima dipenuhi dengan warna putih sepertimana keadaan Aineen, Yazmin dan Aisyah ketika mereka menjumpai kitab tersembunyi di perpustakaan dahulu.
Keadaan menjadi semakin kelam. Bukan kerana kuasa jahat namun, malam yang semakin pekat.
Secara tiba-tiba, Xyphea Cressent ditarik oleh Aisyah sehingga jatuh ke bawah. Wanita itu mengerang kesakitan kerana dia juga hanyalah manusia biasa.
"Kau, tak guna. Allahuakbar!" Jerit Yazmin sebelum melepaskan tumbukan pada pipi wanita itu. Tongkat sakti miliknya pula dipatahkan oleh Aineen.
Bacaan ayat-ayat suci daripada insan-insan lain sedikit sebanyak telah menjernihkan keadaan. Makhluk-makhluk hodoh yang berkeliaran telah banyak yang melarikan diri.
Niysa mengambil sebuah bola kecil yang diselitkan ke dalam serkupnya lalu menekan ke atas dahi Xyphea Cressent dengan sekuat hatinya. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu.
Xyphea Cressent yang ketakutan hanya melihat sahaja perbuatan kelima-lima gadis yang bermata putih dihadapannya itu. Kemudian, dia berpaling pula ke arah para guru dan pelajar-pelajar yang lain. Mereka juga turut ketakutan kerana kedua-dua mata mereka tertutup dengan rapat.
Wanita itu melawan dengan menepis setiap pegangan yang datang daripada gadis-gadis itu. Dia juga turut membaca ayat-ayat yang tidak difahami maksudnya. Sebaik sahaja dia ingin menumbuk Yazmin, tangannya dikunci erat oleh Aisyah dan Niysa. Aineen dan Yazmin pula memegang kakinya.
"Ah, apakah ini? Apa yang kalian mahu?" Barulah dia berani bersuara.
Dua cahaya putih muncul di hadapannya. Dia mengecilkan mata sebelum terlihat wajah Hanie yang tersenyum manis.
"Damiya, awak kena tahu, siapa yang berkuasa sekarang ni." Ujar Hanie seperti dikawal sesuatu. Nama samaran Xyphea Cressent sengaja digunakan.
Ahnaf membuka matanya setelah ditutup dengan rapat. Dia melihat Hanie. "Hanie apa yang awak nak buat tu?!" Jerit Ahnaf, lantang. Hanie hanya menghadiahkan senyuman sehingga menampakkan giginya.
Hanie menarik tangan Xyphea Cressent dengan kuat dan kemas. Sesungguhnya, kekuatan yang ada pada gadis itu bukanlah miliknya!
Aisyah yang sedang melihat perilaku Hanie teringat akan sesuatu. Mereka pernah menyatakan Hanie tentang kebolehan untuk memutuskan tali jodoh seseorang dan Hanie seperti merahsiakan sesuatu. Kemudian, dia seperti tersedar.
Hanie sudah bersedia. Bibirnya sudah mula mebicarakan sesuatu. Tangannya sudah mendekati jari kelingking Xyphea Cressent, sehinggalah...
"Hanie, jangan!"
Kedengaran empat suara menjerit namanya.
_____
Apa rahsia Hanie? Rujuk bab 5.
Kitab tersembunyi? Rujuk manuskrip lama.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sihir dan Jampi
FantasíaAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehingga suatu hari, pelindung yang berada di sekeliling bangunan akademi tersebut kehilangan cahayanya. Ini bermak...